Monday 24 December 2012

Friendship Fillah!

"Hahaha...lawak gilos cerita ni..haila, penat aku gelak dari tadi."
"Ehem..ehem! Kau dah solat maghrib belum ni?
Aimi memandang Sofia yang sedang menanti jawapannya. Dia asyik menonton movie yang dipinjamkan oleh sahabat sekelasnya.
"He..he..belum lagi."
"Astaghfirullah..pergi la solat dulu. Cuba kau tengok jam tu, dah nak dekat pukul 8. Dah nak habis waktu maghrib."
"Ye la..ye la..aku gerak sekarang."
Aimi berjalan malas menuju ke bilik air. Sesudah berwudhu', dia menunaikan solat tergesa-gesa. 'Ada lagi dua episod nak habiskan ni..'
Sofia hanya mampu menggeleng. 'Semoga kau diberikan hidayah wahai sahabat.'

"Aimi, esok kau busy tak?"
"Tak busy kot. Kenapa?"
"Aku nak mintak kau teman aku pergi satu tempat ni.."
"Pergi mana?"
"Erm..adalah. Nanti aku bagitau. Tapi boleh tak temankan?"
"Yela..yela.."
"Yeay..sayang kau."

"Ni ke tempat yang suruh aku temankan tu??"
"Yup! Jomlah masuk."
Sofia menarik tangan Aimi yang teragak-agak untuk memulakan langkah ke dalam masjid tersebut.
Mereka lalu duduk didalam sebuah bulatan yang telah dibentuk oleh beberapa akhawat.
"Alhamdulillah, hari ini akak nak sharing pasal solat."
Tiba-tiba, hati Aimi bagai dijentik-jentik mendengar sharing itu. 'Ya Allah, apa aku dah buat selama ni?'

"Sofia, esok jangan lupa tau kita dating beramai-ramai kat masjid macam biasa."
"InsyaAllah, aku tak lupa. Sentiasa ingat."
Aimi semakin rajin mengikuti usrah. Dia juga mula berubah perlahan-lahan. Dia sering ingat pesan Sofia, "Drastikya perubahan itu tidak penting,tetapi apa yang penting adalah istiqamah."

"Aimi, uhibbuki fillah abadan abada."
Aimi hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Sofia itu pada suatu malam. Dia tidak mampu meluahkan kata-kata itu di mulutnya. Hanya isi hatinya sahaja yang membalas.


[credit]

   Percikan ombak yang mengenai wajahnya menyebabkan Aimi tersedar. Lama sungguh lamunannya di tepi pantai ini. Dari tadi dia duduk di atas batu besar ini, membuang pandang jauh ke tengah lautan. Hatinya rindu pada Sofia, namun apakan daya, dia tidak akan bertemu Sofia lagi. Sofia telah pergi meninggalkannya akibat sakit yang dipendam lama. Sofia, sahabat yang banyak membantunya mengenal Allah. Merubah dirinya sehingga menjadi Aimi yang baru. "Ana uhibbuki fillah abadan abada ya Sofia." Baru hari ini kata-kata itu mampu diluahkan. Tetapi sayang, Sofia tidak mendengarnya. Dia redha.

'Terima kasih ya Allah, kerana menghantar Sofia untukku. Moga kau tenang di sana sahabat.'

Rasulullah saw. bersabda, “Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.” (Abu Dawud dan Tirmidzi, hadits shahih)

Wednesday 12 December 2012

Peristiwa LRT

"KL Sentral. KL Sentral."
Fuh! Sampai jugak kat KL Sentral setelah melalui hampir 7 stesyen. Selepas ni ada lagi 7 stesyen nak kena lalu. Tadi naik KTM. Sekarang ni kena naik LRT pulak.
'Mak aih! Ramainya umat dalam LRT ni. Sah-sah takda tempat duduk. Berdiri la jawabnya.'
Sebaik sahaja saya berjaya mencelah ke dalam perut LRT, guruh mula berdentum. Saya berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku. Hujan semakin mencurah-curah membasahi bumi.

"Pasar Seni. Pasar Seni."
Seorang auntie berlari-lari masuk ke dalam LRT sambil mengepit sekaki payung. Dia juga berdiri seperti saya. Saya menanti sesiapa yang sudi bangun untuk memberikan tempat duduk kepada auntie itu. Walaupun saya panggil auntie, tapi saya kira kedut sudah mula kelihatan pada wajahnya.

5minit..10minit..

Takda siapa pun bangun. Sehinggalah dua stesyen berikut, seorang lelaki bangun kerana sudah tiba di destinasinya.  Auntie tersebut pun duduklah. Kesian dia, penat berdiri.

"KLCC. KLCC."
Semakin ramai di dalam perut LRT ini. Termasuklah seorang kakak yang sedang sarat mengandung. Saya yang sedang berdiri masih lagi menjadi penunggu setia. Menunggu insan-insan hebat yang sanggup berkorban tempat duduk mereka.

Tiba-tiba, auntie tersebut bangun lalu memberikan tempat duduknya kepada kakak tersebut. Saya hanya mampu memandang sambil menggeleng kepala. Bukan tidak ada orang muda di sekeliling tempat itu, tetapi ramai yang buat-buat tidak tahu. Ada yang berpura-pura tidur.

Mana akhlak kita? Perkara sesimple ini pun gagal dilaksanakan. Bayangkan ketika kita tua nanti, tiada siapa peduli akan kita. Kalau jatuh tepi jalan pun, sendiri la tanggung. Ingatlah, apa yang kita lakukan hari ini akan dibalas Allah suatu hari nanti. Walaupun bukan dengan cara yang sama. Yang pasti, balasan itu tetap ada. Semoga kita semua diberi kesedaran. InsyaAllah.

Saturday 24 November 2012

Tak Perlu Susah2 Boikot! -_-

Bismillahirrahmanirrahim.

  1 Muharram baru-baru ini, Gaza sekali lagi diserang dengan hebat oleh zionis. Maka, timbul kembali isu boikot-memboikot. Pihak yang rasa mereka akan diboikot, mulalah bangkit membela diri. "Kami tak bagi hasil keuntungan kami ke israel." Beberapa hari selepas itu, Malaysia dikejutkan dengan pemberian 'burger telur' F.O.C. Maka, ramailah rakyat Malaysia berbondong-bondong menuju ke premis terbabit untuk mendapatkan 'burger telur'. Buat sendiri kat rumah pun boleh, siap boleh ikut suka hati nak letak berapa biji telur. Nak letak satu papan pun tak ada siapa nak marah. :p

Mungkin ramai antara kita masih belum sedar isu Gaza ni. Bagi diorang, tak penting mana pun Gaza ni kot..

  Melalui perbincangan dengan sumber-sumber yang boleh dipercayai, tahukah anda bahawa Gaza sebenarnya tidak dibenarkan menubuhkan pasukan tentera? Sedangkan Israel mempunyai kekuatan ketenteraan mereka. Maka, adakah situasi di Gaza itu layak dipanggil WAR? Sebenarnya situasi di Gaza itu lebih layak dipanggil GENOCIDE (pembunuhan secara beramai-ramai).

Mereka di Gaza tercari-cari air untuk menunaikan solat, kita di Malaysia solat pun liat.
Mereka di Gaza tidur tak lena, kita di Malaysia dengar azan Subuh terus tutup telinga dan mata.
Mereka di Gaza tercari-cari makanan, kita di Malaysia buang-buang makanan.
Mereka di Gaza bunyi bom jadi santapan telinga, kita di Malaysia dengar bunyi mercun terus menyinga.

Gaza tak dibenarkan tubuh pasukan tentera. Secara logiknya, kekuatan untuk Gaza berperang adalah lemah. Tapi, kenapa zionis tetap nak serang Gaza? Apa yang best sangat main bom-bom Gaza ni?

  Kerana mereka yang berada di Gaza itu amat kuat individu muslim mereka. Maksudnya kat sini, Islam terpahat dengan kukuh dalam hati mereka. Anak-anak Gaza itu sendiri rata-rata sudah menghafaz al-Quran. Kerana itu zionis sangat berminat menyerang Gaza terutamanya membunuh anak-anak kecil Gaza. Pernah diceritakan mengenai kisah seorang rakyat Malaysia yang telah menjejakkan kaki ke Gaza. Kisahnya lebih kurang dialog kat bawah ni. M untuk orang Malaysia. G untuk orang Gaza.

G :  Juzuk al-Quran berapa yang dah kamu hafaz?
M : Saya dah hafaz juzuk 30. Alhamdulillah.
G : Eh! banyak itu je yang kamu hafaz? Bukan ke Malaysia itu aman damai? Tak macam kami di sini.
M : (terdiam)
G : Apa yang kamu sibukkan sampai satu juzuk je yang kamu hafaz?? Kamu sibuk berperang ke??
M : (sentap)

Itulah beza kita dan mereka. Mereka di Gaza ibarat al-Quran bergerak. Kita kat sini? Tafsir al-Fatihah pun tergaga-gagap lagi.

  Berbalik pada isu boikot. Bagi mereka yang ingin memboikot, ada tiga syarikat jenama yang paling perlu kita boikot : McD, Nestle, Starbucks.  Setakat ini belum ada lagi laporan berita mengatakan mereka yang memboikot produk-produk ini mati kebuluran. Mungkin usaha boikot ini kecik, tapi InsyaAllah ganjarannya besar di akhirat nanti.  Sumbangkan apa-apa sahaja walaupun sekecil-sekecil sumbangan.

   Bagi mereka yang tak nak boikot, mungkin kena cakap macam ni --> Tak yah susah-susah nak boikot. Buat penat anda je nanti. Takut-takut anda mati kebuluran pula. Maafkan saya jika ayat ini agak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kerana saya berpendapat bahawa manusia ini sifatnya semakin ditegah, semakin kuat rasa untuk melakukan sesuatu. Tetapi apabila disuruh, bukan main malas lagi nak buat.

Tepuk dada, tanya iman. Bak kata UAI, makan McD itu tidak haram. Tetapi bayangkan anak anda disembelih, kemudian orang yang menyembelih anak anda itu memberi anda makan. Apa perasaan anda?? Sedih? Marah? Tiada apa-apa yang berlaku? Keputusan di tangan anda.

Saya mohon maaf andai ada mana-mana bahagian pada entri ini yang membakar hati anda. Saya hanya meluahkan apa yang terbuku di hati. Untuk menjejakkan kaki ke Gaza, mungkin infiniti peluangnya. Tetapi doa sebagai seorang mukmin itu sangat hebat. Marilah membina individu muslim dalam diri kita. Agar kita memjadi lebih kuat. #PrayForGaza






Monday 5 November 2012

Kedekut VS Pemurah

Suatu petang, di sebuah warung di tepi jalan yang indah.

A : Nak pinjam duit boleh?
B : Kau nak guna untuk apa?
A : Aku nak keluar hujung minggu ni. Tapi takde fulus la...
B : Owh..dengan siapa?
A : Kesayangan aku la..siapa lagi..hehe
B : Makwe kau la ni??
A : Yup! Tepat sekali! Aku janji dengan dia nak belanja tengok wayang. Pinjam duit kau eh?
B : Alamak! Tidak mencukupi la untuk dipinjamkan..sori bangat..
A : Bukan kau baru keluarkan duit ke?
B : Eh, mana anda tau? Kantoi la kau intai aku..
A : Takde masa aku nak intai kau. Aku ternampak kau hari tu la..
B : Yeke..? Tapi serius sori ni, tak dapat memberi pinjam.

Tiba-tiba...

C : Assalamualaikum bro-bro sekalian!
B : Waalaikumussalam w.b.t. Hang dari mana ni?
C : Aku dari pekan. Beli barang-barang untuk program kerohanian hujung minggu ni.
B : Owh..dah settle ke semua benda?
C : Hampir laa..tapi duit ada problem sikit. Untuk makanan, duit tak berapa nak cukup..
B : Jangan risau(sambil seluk poket)..ambik la ni..buat bayar untuk makanan nanti.
C : Alhamdulillah. Tapi banyak sangat la ni..
B : Takpe..takpe..yang lebih tu kau masukkan dalam next program punya dana. Ok?
C : Baiklah kalau begitu. Thanks bangat bro. Aku gerak dulu. Assalamualaikum.
B : Waalaikumussalam w.b.t.

B : Apesal kau pandang aku dengan pandangan yang menakutkan?
A : Kau kata tak cukup duit nak bagi aku pinjam, tapi elok pulak kau bagi duit kat dia tadi. Siap bagi free 
     tak perlu bayar balik lagi. Aku nak pinjam bukannya banyak pun. Lagi sikit kot dari yang kau derma tadi.
B : Tenang..tenang..aku buat semua ni ada sebab aku sendiri.
A :  Apa sebabnya? Kau memang saja kan kedekut dengan aku..? fine la!
B : Memang pun aku saja kedekut dengan kau. Dan memang aku saja pemurah dengan dia tadi.
A : Atas alasan??
B : Kedekut dan pemurah biar pada tempatnya. 
A : Maksud?? Tak faham aku..(garu kepala laju-laju)
B : Aku kedekut dengan kau sebab kau nak pinjam duit aku untuk bawak awek kau tengok wayang.
     Wayang tu kan gelap. Lepas tu kau nak keluar dua orang je dengan awek kau. Mana boleh gitu. 
     Kalau aku bagi pinjam duit tu kat kau, nanti tak pasal-pasal aku dapat sekali saham neraka kau.
     Kenapa aku bagi duit kat bro tadi? Sebab aku tau duit tu akan digunakan untuk program-program
     kerohanian. Semoga keberkatan majlis itu sampai kepada aku. InsyaAllah, boleh la tolong isi saham 
     akhirat aku. 
A : Kau nak cakap aku ni jahat ke sebab keluar dating?
B : Bukan gitu. Aku cuma nak bagi kau nampak beza kedekut dan pemurah pada tempatnya tu. Kalau kau 
      rasa kau jahat, berubah la jadi baik.
A : Yela..yela..nanti aku berubah la.
B : Aku doakan kau berubah. :)

RENUNGAN BERSAMA.
Nak jadi kedekut boleh, tapi biar pada tempatnya. Jadilah kedekut pada perkara-perkara maksiat. Nak jadi pemurah boleh, tapi biar pada tempatnya.Jangan sampai jadi terlebih pemurah. Habis semua surat khabar, ada muka dia tengah sampaikan replika cek kat anak-anak yatim. It's not good. Segalanya terletak di tangan anda untuk jadi pemurah atau kedekut.

LETS BECOME A BETTER PERSON!!!

Sunday 14 October 2012

Tolonglah bersyukur!

Bismillahirrahmanirrahim.

Tengok tajuk pun dah boleh agak kan nak cerita pasal apa. Hari ni nak cerita pasal SYUKUR. Macam mana nak luahkan rasa bersyukur tu? Macam-macam cara ada. Tapi yang paling penting, segeralah ucapkan ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi Allah. Kalau nak tambah lagi, buat sujud syukur. Lagi bagus! Mari kita membuat sedikit penghayatan melalui petikan dialog di bawah ni. Percayalah, semua dialog ni selalu sangat dengar. Entah-entah, kita pun suka cakap jugak. Ops!!

"Wah, hebatnya kau jawab soalan ni!"
"Well..aku penat kot cari jalan macam mana nak jawab."
-> Hello bro/sis, please say Alhamdulillah. Kalau Allah tak bagi buah fikiran tu, tak terjawab jugak soalalan tersebut walaupun kacang je.

"Tengok warna kuah ni je, aku dah tau rasa dia entah pape."
-> Boleh tak kalau makan je makanan tu tanpa mengeluarkan sebarang komplen? Cuba bayangkan andai suatu hari nanti, takde sesiapa dah nak menghasilkan makanan, bahan nak masak makanan tu pun xde. Masa tu macam mana nak cari makanan? Mati kebulur gitu je la jawabnya. (Saya bagi andaian macam ni sebab saya rasa orang dah bosan kalau suruh bayangkan macam mana orang yang dekat Iraq sume tu.)

"Ya Allah. Kayanya kau sekarang..!"
"Ni semua hasil titik peluh aku sendiri selama aku hidup ni."
-> Wah..wah..wah..manisnya mulut anda berkata-kata. Anda hidup kat atas dunia ni pun pakai oksigen yang Allah s.w.t. bekalkan tau. Walaupun anda berusaha ibarat anda bekerja seperti akan hidup 100 tahun lagi, kalau Allah s.w.t. tak nak turunkan rezeki tu kepada anda, takkan kayalah anda jawabnya. Usaha itu penting, tetapi keberkatan rezeki itu lagi penting.

"Kacak gila mamat ni.."
Anda yang dipuji mulalah kontrol macho..ehem..ehem..'Ni semua hasil pencuci muka yang aku pakai.'
-> Jangan nak perasan sangatlah. Asyik nak kontrol macho je, dibuatnya terlanggar tiang, benjol kepala. Tak pasal-pasal dahi terlebih jendul. Hilang macho bro. Ingat sikit, semuanya datang daripada Allah s.w.t. Bukannya datang daripada pencucui muka ke apa, walaupun guna pencuci muka yang paling mahal.

Kalau nak tulis segala dialog yang seangakatan dengan dialog di atas ni, sampai esok pun saya tak habis lagi menaip.huhu. Apa yang penting, sentiasa hadirkan rasa syukur dalam diri kita. Ingatlah bahawa kita ni hamba Allah. Hamba yang lemah. Kerana untuk bernafas di muka bumi ini pun, kita menggunakan oksigen yang Allah s.w.t. bekalkan. Ada ke orang hidup kat dunia ni pakai oksigen sendirian berhad? Sekali Allah tarik oksigen tu, goodbye je lah jawabnya. Air takde kejap je pun kita dah menggelebah macam apa. Kan??

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu."       (Ibrahim : 7)

Maka, tidak ada ruginya jika kita bersyukur. Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Terpulang kepada kita bagaimana kita mahu menggambarkan rasa syukur itu. Lagi satu, situasi ni selalu berlaku kat kita. Bila ada orang puji kita, kita terkesima. Dah sejam lebih berlalu, "Alamak, aku terlupa nak ucap Alhamdulillah!" Sebab apa jadi begini? Budaya mengucapkan Alhamdulillah at the first place tu takda dalam jiwa kita. Maka, mari kita budayakan ucap ALHAMDULILLAH terlebih dahulu.

Say what???? Say "ALHAMDULILLAH." Tak susahkan nak sebut? Simple je bro.. Tak sampai tiga saat pun..

(credit)

PengAKHIRan kita BAGAIMANA?

"Assalamualaikum Encik X. Encik bapa kepada Y bin X ke?"
"Ye saya. Siapa yang sedang bercakap ni?"
"Saya Inspektor Z. Anak Encik X berada dalam tahanan kami sekarang atas sebab merempit. Harap encik dapat hadirkan diri ke balai."
"Ye lah..ye lah..saya datang sekarang."
"Terima kasih encik."

"Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku."
"Maaflah pak. Saya janji tak buat lagi."
"Janji..janji..janji! Tu je yang kau tau sebut. Buatnya tak reti. Hidup menyusahkan orang, mati nanti pun menyusahkan orang agaknya."


Adakah anda pasti bahawa seseorang yang berperangai buruk ketika hidupnya akan mati sebagai seorang yang dikeji juga? Adakah anda juga pasti bahawa seseorang yang terkenal dengan sifat yang baik akan mati sebagai seorang yang disanjung?

Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Boleh jadi kita mati dalam keadaan sempat mengucap kalimah syahadah. Boleh jadi juga kita mati dalam keadaan sedang meneguk arak. Nauzubillah. Ada orang yag ketika hayatnya, asyik dikeji. Tetapi urusan kematiannya dipermudahkan Allah. Ada juga orang yang hayatnya sentiasa disanjung, tetapi jenazahnya tidak dikunjung. Sesungguhnya Allah s.w.t.  itu berkuasa untuk menjadikan segala sesuatu. Sebagai seorang hamba, kita mesti sentiasa berdoa agar kita mendapat husnul khatimah.

Beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari. Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seratus tahun lagi.

Semoga kita semua mendapat husnul khatimah. InsyaAllah.

Al-Fatihah buat mereka yang telah menuju ke alam barzakh.

Friday 5 October 2012

Aku Menyesal!

"Argh!!!"
"Opocot mak kau..terkejut aku. Kau kenapa jerit tiba-tiba ni?" Amirah memukul lengan Yana.
"Aku tensi la..tensi!! Kau tau tak tensi tu apa!?"
"Rileks..aku tau lah tensi tu apa. Takut aku tengok kau. Kusut semacam je. Cuba cerita dengan aku."
Amirah cuba memujuk Yana.
Yana menggaru-garu kepala. "Aku tak tau nak mula dari mana.."
"Takpa..takpa..take your time. Aku tunggu."
"Haih..kau tau apa jadi kat aku dengan si buaya tu?"
"Buaya?? Siapa tu?" Amirah membuat muka blur.
"Alah..si Ramlan tu lah.."
"Oh..! Tapi kenapa buaya? Elok je aku tengok dia. Takda gaya macam buaya pun?" Amirah menyeringai.
"Aku je tau sebab dia. Kau takyah sibuk nak tau." Bengang Yana dengan Amirah yang banyak bertanya.
"Tak baik kau panggil dia macam tu. Tak elok tau kita bagi gelaran yang bukan-bukan kat orang. Nanti tak pasal-pasal kau yang jadi buaya. Aku tak tau." Amirah cuba menasihati Yana dalam nada gurauan.
Yana mendiamkan diri. Malas untuk membalas kata-kata Amirah. Mukanya masam mencuka.
"Ok..ok..back to your story." Amirah segera mengubah topik.
"Aku menyesal.." Perlahan sahaja suara Yana memulakan bicara setelah lama mendiamkan diri. Amirah tidak berkata apa-apa. Dia setia mendengar perkataan yang bakal meluncur dari mulut Yana.
"Aku menyesal sebab couple dengan  Ramlan dulu. Setahun..setahun yang sia-sia. Tak mengubah hidup aku apa-apa pun. Bukannya aku jadi makin baik..makin tak baik adalah..kenapalah aku bodoh sangat dulu..?"
Yana mula menangis. Terhenjut-henjut bahunya menahan tangis.
"Aku bodoh!!" Yana menggeleng-gelengkan kepala.
Amirah memujuk. Amirah menarik Yana ke dalam pelukannya, membiarkan air mata Yana tumpah ke bahunya. "Istighfar banyak-banyak Yana. Share dengan aku. Biar lapang dada kau."
"Aku tak tau kenapa aku boleh terjebak nak couple dengan 'dia' tu. Aku tau couple tu tak elok. Tapi.."
Semakin kuat esakan Yana.
"Aku menyesal..sangat menyesal. Aku nak lupakan setahun yang aku dah lalu dengan 'dia'. Aku nak segala memori aku dengan 'dia' tu hilang selama-lamanya.."
"Yana..anggaplah setahun yang kau dah lalu tu sebagai satu pengajaran. Allah takkan pilih kau untuk lalui semua ni kalau kau tak mampu."
"Aku nak lupakan segala memori aku dengan 'dia'..boleh tak?"
"Kau nak lupakan macam mana?"tanya Yana.
"Tak kisahlah macam mana pun. Aku rela kalau aku terhantuk kat pokok, aku hilang ingatan..asalkan memori aku dengan 'dia' hilang!" Yana masih belum reda dari tangisnya.
"Astaghfirullah..jangan macam tu Yana. Tak baik cakap macam tu. Tak semua perkara yang kita inginkan itu baik untuk kita. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 216 : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
Yana mendiamkan diri. Tangisannya mula reda. Amirah menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan bicara.
"Andai kata kau terhantuk pokok, kau rasa memori kau dengan 'dia' sahaja ke yang hilang? Macam mana pula memori kau dengan keluarga kau? Memori kau dengan sahabat baik kau ni? Kau sayang keluarga kau kan? Mesti kau tak nak memori kau dengan keluarga kau hilang. Betul tak?"
Yana mengangguk perlahan. Dia amat menyayangi keluarganya. Dia sayang akan persahabatannya dengan Amirah. Dia tidak mahu hanya kerana seorang lelaki, dia hilang segala memori dengan keluarga dan sahabatnya.
"Hidup perlu diteruskan. Kita kena maju ke hadapan. Jangan kenangkan perkara yang dah lepas."
"Tapi sekali-sekala kena toleh ke belakang juga. Ambil iktibar agar tidak tersasar di masa hadapan."
Yana menambah kata-kata Amirah sambil tersenyum. 
"Kau dah ok kan?"
"Alhamdulillah..terima kasih tau nasihat aku.."
"That's what friends are for.." 
Yana memeluk sahabat baiknya. "Aku sayang kau.."
"..kerana Allah.." sambung Amirah.




Saturday 29 September 2012

Terbang Bebas



Hidup ini umpama layang-layang...
Terbang bebas di udara...
Namun sesekali perlu ditarik agar tidak tersasar...
Tetapi jangan terlalu kuat hingga terputus talinya...

Monday 17 September 2012

Taubatku

"Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu
 Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu
 Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku
 Ampunkanlah dosaku
 Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar"

Khusyuk menghayati zikir taubat ini, mata semakin perit menahan tangis. Akhirnya, tanpa dapat dibendung lagi, air mata bercucuran jatuh membasahi bumi. Maka bermula saat ini, hadir satu rasa yang kuat untuk berubah menjadi lebih baik. Namun, apakah aku kuat untuk melawan segala dugaan dan rintangan yang bakal mendatang sepanjang perjalanan menjadi baik itu? Goyah.

Kata seorang teman : jangan pernah toleh ke belakang andai dirimu mula terasa ingin berubah menjadi baik. Kerana Allah sentiasa ada bersamamu. InsyaAllah, niatmu itu akan dipermudahkan. Peluklah hidayah yang telah Allah kurniakan itu seerat-eratnya. Jangan sampai Allah jemu dengan kita. Nauzubillah.

Ini pengalaman saya sendiri.

Seingat saya, sehingga hari ini, sudah berkali-kali saya diingatkan Allah untuk kembali dekat denganNya. Tetapi sering saya alpa. Sering kali saya campak kembali hidayah itu jauh-jauh. Apabila hati terasa kosong, saya berusaha mencariNya. Ketika saya diuji dengan rasa keasyikan dunia, saya lupakan Dia. Saya hanyut. Teman yang sering menasihatkan saya, saya abaikan. Saya mula mencari teman untuk bergembira. Tetapi ternyata teman gembira hanya seketika. Sebaliknya teman yang saya abaikan dahulu, itulah teman sejati. Friends till jannah.

Saya bersyukur kerana Allah masih sayangkan saya. Saya bersyukur kerana Allah masih mengurniakan teman yang baik untuk saya tempuh jalan ini. Saya bersyukur kerana Allah jadikan suasana sekeliling saya sesuai dengan matlamat saya untuk berubah. Alhamdulillah.

Saya takut andai suatu hari nanti, saya dibiarkan hanyut dalam kejahilan. Semoga saya kuat menghadapi pancaroba ini. Buatmu sahabat, temanilah aku di jalan ini. Melihat wajahmu, semakin bertambah dekat aku dengan Allah. Uhibbuki fillah abadan abada.

Pesan saya, jika anda ingin berubah menjadi baik, teruskan niat anda. Jangan sesekali toleh kebelakang. Berusahalah untuk berubah. Berusahalah untuk mencari teman yang benar-benar mampu membantu anda. Teman yang tidak takut menegur kesalahan anda walaupun ianya pahit. Teman yang bukan sekadar berkongsi kegembiraan. Tetapkan hati, kuatkan semangat. Teruslah berusaha menjadi baik. Moga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah.

"Rintangan pasti melanda
 Jangan undur walau selangkah
 Teruskan perjuangan
 Hingga ke akhirnya"
~Satu Perjuangan oleh Brothers~


Sunday 16 September 2012

Buatmu Bernama Sahabat

Sahabatku,
Andai suatu hari nanti kau melihat aku terjatuh sehingga tidak mampu bangkit kembali, 
pimpinlah aku.
Andai suatu hari nanti kau melihat aku lena dibuai mimpi,
bangkitkanlah aku.
Andai suatu hari nanti kau melihat aku menangis tidak berhenti, 
kesatkanlah air mataku.
Andai suatu hari nanti kau melihat aku jauh tersasar, 
dekatkanlah aku.
Andai suatu hari nanti kau melihat api amarahku membuak-buak, 
redakanlah aku.
Andai suatu hari nanti kau melihat aku kecewa kerana gagal, 
hiburkanlah aku.
Andai suatu hari nanti kau melihat aku terlupa, 
ingatkanlah aku.
Andai suatu hari nanti kau melihat semangatku pudar, 
peluklah aku, salurkan semangatmu.
Kerana aku percaya,
Kau sahabatku dunia akhirat.
Ya Allah,
Janganlah kau jauhkan sahabatku dariku,
Sokongan dan dorongannya sangat aku perlukan,
Tanpanya ku bisa lemas,
Dengannya aku mampu jadi hebat,
Kerana aku percaya,
Kau sahabatku dunia akhirat.

Uhibbuki fillah ya ukhti,
Friends till jannah,
InsyaAllah..


Monday 10 September 2012

Sila berWaspada ye!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada minggu lepas, saya telah melawat sebuah kedai yg menjual barang-barang dengan harga yang murah. Tahap kemurahan barang tu ada yang sampai mencapai tahap di luar kewarasan saya. Tetapi, sebagai manusia biasa, perempuan pulak tu, nak kata kaya pun tidak, maka saya telah terjatuh hati dengan harga barang-barang tersebut. Habis rambang mata dibuatnya. Rasa macam tak nak keluar dari kedai tu pun ada.huhu

Long story short. Setelah kepenatan berpusing-pusing di dalam kedai terbabit, saya pun mengambil keputusan untuk membeli dua barang. DUA BARANG SAHAJA. Pusing dalam kedai tu dekat setengah jam. Tak berbaloi langsung masa yang diluang tu ye anda semua.haila..haila... Salah satu daripada dua barang tu ialah berus gigi jenama colgate. Satu lagi barang, biarlah rahsia.

Ada apa dengan berus gigi? Berus gigi yang dibeli tu jenamanya colgate. Harganya RM1.95. Nak tau jenis yang mana? Colgate yang 360 tu wa cakap sama lu. Kat Carrefour yang berdekatan dengan rumah saya, harga colgate 360 tu mencecah belasan ringgit. Kat kedai dua hengget pun tak sampai. Gila tak gila. Tanpa berfikir panjang, saya ambik-pergi kaunter-pakcik cashier scan harga-keluar duit-bayar-pulang dengan gembira.

Sampai di rumah, saya pun tayang la dekat kawan saya. Beberapa dialog pun terhasil la dari mulut kami berdua.
               Saya    : Harga colgate 360 berapa eh selalunya?
               Kawan : Belas-belas la gak..
               Saya    : Tengok ni aku beli berapa ringgit je..(sambil menayang-nayang berus gigi tu)
               Kawan : Murahnye..tapi....
               Saya    : Kenapa???
               Kawan : Aku was-was siket la kalau berus gigi yang murah-murah sangat ni. Lagipun tulisan colgate tu macam ada something wrong. Takut gak kalau berus dia tu..

Jeda. Saya terkesima sebentar. Terus saya meng"compute" sesuatu. Aah la...why la saya tak fikir waktu beli tu. Tangan yang tadi dah gatal-gatal nak bukak, terus tak jadi. Saya pun tengok balik berus gigi tu punya pembungkus. Tulisan kat pembungkus tu pun sepatah haram saya tak faham. Dari negara mana pun saya tak tahu. Saya kesal. Mengapakah saya tidak perasan akan hal itu. Saya dibutakan dengan harganya yang boleh menjulingkan mata saya tu. Sehinggakan saya tidak mengambil kira halal-haram-syubhah sesuatu tu.

Saya benar-benar mendapat pengajaran. Selepas ini, memang kena berhati-hati ketika nak beli sesuatu. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Halal-haram-syubhah, orang macam tak ambik kisah. Kesimpulannya, sebagai umat Islam, marilah kita berwaspada dan berhati-hati untuk membeli sesuatu barang tu. Jangan bagi perkara haram sebati dengan diri kita. Wallahualam.

p/s : dah beli berus gigi baru. InsyaAllah, yang ni ok. =)

Tuesday 4 September 2012

Saya nak kahwin, tapi...

Tidak lama lagi Syawal akan meninggalkan kita. Jadi, ingin saya bertanya bagaimanakah puasa 6 anda? Harap-harap anda berjaya menghabiskannya sebelum syawal melabuhkan tirai.

Seperti biasa, pada hari raya sanak saudara semua berkumpul. Yang dah berkahwin dan mempunyai anak, soalan biasa, "Bila nak tambah lagi?". Bagi yang baru berkahwin, "Bila nak ada isi ni?". Bagi golongan seperti saya yang masih muda remaja ni, macam biasalah.."Bila nak kahwin?"

Hadoi, penat jugak saya tersenyum memaniskan muka tatkala mendengar soalan tu. Nak jawab beria-ia, malas pulak. Satu hari, berkali-kali ditanya soalan yang sama. Sabar pakcik, makcik, abang, kakak. Bila tiba masanya, InsyaAllah kad jemputan sampai di dalam peti surat rumah anda..hehe..

Sebenarnya, bukan saya tidak ada calon. Calon tu dah ada, tapi tak tahu lagi siapakah gerangannya. Tarikh nikah pun dah tetapkan, tapi tak tahu lah bila. Bukan itu sahaja, tempat majlis pun dah ditempah, tapi tak tahu kat mana. Tu je masalah yang menyebabkan saya masih solo hingga sekarang..hehe

Segalanya dalam ketentuan Allah s.w.t. Sebagai manusia, saya hanya mampu merancang, berusaha dan berharap. Sehebat mana pun rancangan dan usaha saya, Allah juga yang bisa menentukan segalanya. Saya nak kahwin, tapi masanya belum tiba lagi.

InsyaAllah, jodoh tu akan tiba. =)

Doakan saya ya.. :)

Saturday 11 August 2012

illuminati??so??

Olimpik London 2012 sudah hampir melabuhkan tirai. Majlis perasmiannya menjadi perbualan yang hangat. Ramai yang memuji. Hasil tangan pengarah Slumdog Millionare, kemunculan nama-nama hebat pada majlis tersebut meletakkan Perasmian Olimpik London 2012 antara yang perlu diingati sepanjang zaman.

Namun begitu, tidak kurang juga yang mengutuk. Dalam kalangan umat Islam, tiba-tiba heboh majlis itu dikatakan mengutuk Islam. Majlis itu dikatakan rancangan illuminati. Maka, ramailah umat Islam yang bersuara mengutuk majlis itu. Secara keras, terang-terangan, dan sorok-sorok.

Tetapi, ini apa yang saya rasa. Sebagai seorang umat Islam, siapa saja yang tidak berasa marah jika agama dijadikan bahan senda? Sedikit sebanyak mesti terasa punya. Namun begitu, kita kena fikir kembali beberapa perkara.
 1) Majlis tersebut diadakan di mana? Di London.
 2) London tu agama rasminya Islam ke? Tidak.

Daripada dua soalan tadi, saya dapat simpulkan beberapa perkara. Sebelum itu, saya ada soalan. Sebagai seorang yang beragama Islam, adakah kita berasa bangga dengan agama kita? Secara lojiknya, mestilah ya. Maka, adakah perasaan bangga itu akan menyebabkan kita cuba menonjolkan agama kita pada agama lain? Secara sedar atau tidak, mesti ada. Maka, seperti itu juga dengan orang yang bukan Islam. Mereka juga ada perasaan bangga terhadap agama mereka. Mereka juga ingin menonjolkan agama atau pegangan mereka kepada kita. Jadi, sebenarnya sama sahaja kita dan mereka.

Dalam Islam, kita buat usrah. Mereka pun ada usrah juga. Kita berusaha menyampaikan dakwah, ajak orang bukan Islam untuk peluk Islam. Mereka pun macam tu juga. Mereka pun sedang menggerakkan dakwah mereka. Mereka juga berusaha mengajak orang lain memeluk agama mereka. Contohnya, penganut Yahudi. Mereka sangat berusaha keras dalam melakukan apa yang dituntut dalam kitab mereka dan sangat bersungguh-sungguh meninggalkan apa yang ditegah. Oleh itu, jangan salahkan semangat mereka menonjolkan agama dan pegangan mereka. Anggap itu sebagai 'wake up call' untuk kita membaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.

Jika kita mengaku kita seorang umat Islam yang pantang jika Islam dicaci, maka jangan hanya berdiam diri. Jangan hanya pandai memaki kembali. Buktikan kita produk Islam yang berjaya duniawi dan ukhrawi. Bersama-sama kita teguhkan diri dengan Islam yang hakiki. Barulah kita boleh berbangga diri bahawa kita umat Islam yang sejati. InsyaALLAH. =)


Tuesday 31 July 2012

Asyik terjatuh je..!?

Bermulalah alkisah..

"Kau ni kenapa jalan macam tak betul je aku tengok? Terhencut-hencut?" tanya Adam dengan kerutan di dahi.
"Ngeh3..aku tergolek la tadi kat dalam bilik air.." jawab Azim sambil tersengih.
"Laa..jatuh lagi. Kau ni letak mata kat mana ha? Minggu ni dah berapa kali kau jatuh?" tanya Adam dengan suara yang tinggi.
"Alah..baru 3 kali.." selamba Azim menjawab.
"Asyik tergolek je kau ni. Agaknya sebab kau kurus sangat, badan kau susah nak balance. Tu yang terjatuh je kerja kau." balas Adam, pedas menusuk ke hati Azim.
"Kau ni, ada ke salahkan badan aku. Bukannya aku tak makan. Tapi kalau dah memang kadar metabolisme aku tinggi, nak buat macam mana. Bukan semua orang sama. Ada sebab kenapa Allah jadikan aku macam ni." balas Azim.
"Ok la. Fine. Aku mintak maaf pasal tadi. Tapi kenapa kau selalu jatuh?" tanya Adam kembali.
"Sebab Allah sayang aku." balas Azim sambil tersenyum.
"Apesal lak kau cakap macam tu?" tanya Adam penuh hairan.
"Ye la. Kau tau tak, bila kita jatuh tu, dosa-dosa kita yang kecil diampunkan. Dosa kecil aku bukannya satu dua. Banyak. Sebab tu aku macam tak kisah kalau jatuh. Selalunya kalau terjatuh, mesti keluar sumpah seranah kat mulut kita. Sebab kita tak sedar ada hikmah disebalik kita terjatuh tu. Patutnya kalau terjatuh tu, kita kena ucap Alhamdulillah. Tu yang aku faham la." terang Azim panjang lebar.
"Oh, macam tu rupanya! Baru aku faham. Selama ni pun kalau aku nampak orang jatuh, aku gelakkan. Rugi je aku gelakkan orang tu, sedangkan orang yang jatuh dapat manfaat." kesal Adam.
"Takpe, lepas ni kita ubah diri kita jadi lebih baik. InsyaAllah." pujuk Azim.

p/s : Kalau terjatuh lepas ni, jangan menyumpah. Sebaliknya, ucapkan Alhamdulillah. :)

Sunday 22 July 2012

Alah..esok ada!!

Adiq dan Rizal berehat-rehat sambil berbual setelah selesai menunaikan solat Terawih 20 rakaat.

"Esok Ramadhan dah nak mula. Aku ingat nak jadi baik la." Adiq membuka bicara.
"Bagus la kalau kau niat macam tu. Aku tumpang gembira."
"Aku dah lama dah nak berubah. Tapi aku memang nak tunggu Ramadhan datang, baru aku berubah."
"Eh, apasal macam tu pulak?"
"Yela, masa bulan Ramadhan kan syaitan takde. So, aku rasa inilah masa yang sesuai untuk aku berubah."kata Adiq sambil tersenyum.
"Boleh pulak macam tu. Macam mana kalau umur kau tak sampai Ramadhan esok ni?"
"Kau ni, cubalah bagi semangat kat kawan kau ni. Ada ke cakap macam tu."
"Takde la. Aku cakap benda yang betul. Kenapa kau mesti nak tunggu esok baru nak berubah? Kalau umur panjang, takpe. Kalau tak, rugi je weh."
"Kau ni memang nak kena hempuk la. Kau tengok je la nanti. Bermula Ramadhan ni, aku akan menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni, sampai bila-bila. Kau tunggu je la!"

Dengar-dengar itu
Beduk telah berbunyi
Sebulan berpuasa...


Lagu raya tidak henti-henti diputarkan di semua stesyen radio. Sempena Aidilfitri yang mulia, Rizal ke rumah Adiq untuk beraya.

"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam. Masuk la." pelawa ibu Adiq.
"Adiq, Rizal datang ni."
"Weh Rizal, selamat hari raya. Mintak maaf kalau aku ada salah kat kau. 0-0 eh?"
"Aku pun macam tu gak Diq. Kita 0-0.!"
"By the way,kau berjaya tak melakukan perubahan?"
"Err..belum lagi la Rizal. Aku rasa aku tak ready lagi la nak jadi baik ni. Aku rasa sekarang ni pun dah cukup baik kot."
"Memang la kau baik. Tapi baik in terms of Allah and Rasul, macam mana?"
"Err..yang tu nanti-nanti dulu la. Dah sampai seru, sku berubah la."
"Hari tu, kau jugak yang semangat nak berubah. Kau jugak yang kata Ramadhan takde syaitan. Ni ape cer?"
"Tu hari tu punya dialog. Hari ni, aku dah tukar dialog."
"Ingat weyh, mati itu pasti. Aku tak nak kau rugi je sebab tak berubah dari sekarang."
"Alah..aku muda lagi la. Esok-esok ada!"
"Sekarang ni syaitan dah ada balik. Macam mana?"
"Nak buat macam mana syaitan dah ada balik. Baru la mencabar kalau aku nak berubah. Tak gitu ke?"
"Haih kau ni. Perangai pun memang sama. Tak kira la syaitan tu ada ke takde. Aku harap kau tak bazir masa muda kau. Aku balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Hai, bila nak berubah ni? Alah, esok je la aku berubah!" Adiq berkata dalam hati.


Aiyoo! Bila macam ni berlaku, sapa kita nak salahkan? Nak salahkan syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk tidak berubah atau diri sendiri yang salah??

p/s : Selamat Menyambut Ramadhan. Tingkatkan ibadah di bulan mulia ini. :)



Sunday 24 June 2012

DnT

DnT tu apa? Dolce and Gabbana kot..tapi Gabbana tu G, bukan T. Takkan la Dolce and Tabbana. EH!?
Ha!! Kalau nak tau DnT tu maksud dia Dakwah dan Tarbiyah.  Bukan jenama yang mahal-mahal tu. So, hari ni nak coret-coret pasal DnT. JOM!!

Ada orang tak nak buat DnT sebab dia rasa takde sapa yang nak ikut apa dia cakap. Ada pulak yang bila dia start je DnT, semua orang pakat ramai-ramai nak condemm dia. Kesian dia. Mana yang kuat semangat tu, dia buat bodoh je apa orang cakap. "Lantak pi kat depa la. Asalkan tanggungjawab aku lepas." Tapi, mana yang lemah semangat tu, baru kena sembur sikit, terus tak nak terbabit langsung dengan DnT. "Kalau aku sibuk DnT, nanti semua orang tinggalkan aku. Baik tak payah la DnT ni."

Tapi kan, DnT ni wajib. DnT ni dah jadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam lebih-lebih lagi sejak kita dah takde sistem khalifah. Lagipun matlamat hidup kita ialah menjadi khalifah dan beribadah kepada Allah. Maka DnT itu salah satu ibadah yang perlu kita lakukan. Jika kita tidak buat, takut-takut nanti di akhirat apabila mereka yang tidak diberi DnT oleh kita disoal, kita dipersalahkan. "Orang ini tidak pernah memberi DnT kepadaku. Bagaimana aku mahu bertaubat?"

Justeru, kuatkan semangat, tanamkan azam dan bulatkan tekad untuk melaksanakan DnT. Memang akan ada dugaan yang perlu ditempuh. Sedangkan Rasulullah s.a.w. diuji, apalagi kita sebagai manusia biasa. Laksanakanlah walaupun berat. Sekurang-kurangnya tanggungjawab itu kita lakukan.

Firman Allah,
"Orang-orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka; tetapi (berkewajipan) mengingatkan agak mereka (juga) bertakwa."        (Al-An'am : 69)

Allah berfirman lagi,
"Dan (ingatlah) ketika  suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa."     (Al-A'raf : 164)

Maka, jom DnT. Tapi mesti ingat bahawa urusan mereka berubah atau tidak setelah DnT itu ialah urusan Allah. Kerana bukan kita yang pegang hati mereka, tetapi Allah. Kita juga tidak berdaya memegang hati kita sendiri. Peace!!


Saturday 23 June 2012

Aku nak jadi baik!

Sedang Rasya khusyuk menatap majalah fesyen terbaru, Myra datang duduk di sebelahnya.
"Aku rasa aku nak jadi baik la.." Myra membuka bicara.
"Bukan ke kau memang dah baik selama ni?" tanya Rasya dengan dahi berkerut.
"Aku rasa aku belum cukup baik lagi..ada lagi lompong-lompong."
"Lompong-lompong kebendanya? Kau kan memang baik dengan semorang? Apa lagi?"
"Aku rasa kosong kat dalam ni."(sambil tangan menunjuk ke dada)
"Maksud kau?"
"Aku rasa macam ada benda yang kurang."
 "Huh!? By the way, malam ni jangan lupa tau date kita kat tempat biasa."
"Hmm."
'Pelik la aku dengan budak ni. Buang tabiat ke apa?' terdetik hati Rasya.
..........................................

"Weyh, kau ni dah kenapa? Dari tadi menung je aku tengok?" tanya Irfan dengan suara yang tenggelam timbul dalam kerancakan bunyi muzik.
"Huhh.."
"Cite la kenapa? Mana tau aku boleh tolong." desak Irfan.
"Takde pape la weyh. Aku rasa penat je."
"Jom la join aku minum. Mesti kau happy balik. Nah!" Irfan menggoyang-goyangkan gelas berisi air kuning itu ke arahnya.
"No, thanks! Aku nak balik."
"Awalnya. Rileks la Myra. Malam masih muda ni." pujuk Irfan.
"Takpe la. Aku serious tak larat ni. Aku chow dulu!"
Myra terus berlalu meninggalkan kelab tersebut tanpa mempedulikan Irfan yang memanggil-manggilnya dalam keadaan separuh sedar itu.

...........................................

Baru sahaja Myra mahu melelapkan mata, Samsung S3 kepunyaannya berdering. Tertera nama 'Hubby'. 
"Hello sayang! Dah tidur ke? Sorry i kacau u tidur. I rindu sangat kat u la sayang!"
"I baru je nak tidur. U buat apa ni tak tidur lagi?"
"I tengah fikir pasal u la sayang. Sayang, I love U tau!"
"I love u too!"
Sejam kemudian baharulah Myra menamatkan perbualan dengan Hisyam, kekasih hatinya yang dicintai sepenuh hati. Mata yang tadi terasa berat dirasakan sukar untuk lelap kini. Entah mengapa, dia berasa kosong akhir-akhir ini. Akhirnya, dia terlena juga setelah memaksa matanya untuk tidur.

..............................................

Hari ini cuti. Seperti biasa, Myra mengonlinekan driri di Facebook dan Twitter. Rasya sudah hilang entah ke mana, dia tidak tahu. Dia mengushar timelime Faceboknya. Tangannya terhenti menggerakkan tetikus pada salah seorang rakannya yang telah jauh berubah. Pakainnya makin tidak mengikut trend, statusnya semua pasal dakwah. Selama ini Myra tidak pernah peduli dengan status kawannya itu, tetapi entah mengapa hatinya tergerak untuk stalk kawannya itu. 
Dia berasa tersentuh dengan salah satu status kawannya, "Being good in terms of Allah and Rasul is not a crime." -Versus from Hlovate- 

Sayup-sayup kedengaran azan berkumandang. Myra teringat bahawa sepanjang 20 tahun dia hidup di bumi Allah ini, hanya 3 tahun sahaja dia menunaikan solat. Itupun kejap solat kejap tak. Hatinya tergerak untuk bersujud kepada Yang Maha Esa kembali. Nasibnya baik kerana Allah masih belum menutup hatinya untuk bersolat. Dia berazam untuk tidak meninggalkan lagi solat mulai saat itu.

Usai solat, Myra bersiap-siap untuk keluar. Dia tidak sabar-sabar untuk mendapatkan novel Versus. Setelah mengenakan blaus lengan panjang dan seluar jeans Levi's, dia pun keluar dari biliknya. Namun, langkahnya terhenti di hadapan cermin. 'Seperti ada yang tak kena je kat aku. Tapi ape ek?'detik hatinya. Matanya memandang rambutnya yang tidak tertutp itu. 'Oh, aku tak bertudung!' Lalu Myra menelongkar kembali pakaiannya yang tersusun rapi di dalam almari. 'Nasib baik la ada tudung yang mak bagi masa mula-mula datang sini.' Setelah bertudung, Myra keluar meninggalkan rumah.

 .............................................

"Rasya, aku dah tau apa yang kosong kat hati aku ni." Myra berkata sambil tersenyum.
"Amende?"
"Aku dah lama hilang Allah. I don't want to lose Him twice. Aku nak jadi baik in terms of Allah and Rasul!"
"Apa kau cakap? Kau ni da hilang akal ke apa? Kau tu dulu bukannya baik sangat nak taubat tiba-tiba ni. Kau ingat Allah nak terima ke kaki kelab macam kau ni?"
"Rasya, apa kau merepek ni? Sampai hati kau cakap macam tu."
"What on Earth la Myra..dah la, aku nak blah. Boleh gila aku duduk dengan kau ni!!"

Setelah Rasya menghilang, Hisyam menghubunginya. 
"Hello sayang. I ada benda nak cakap dengan u sikit."
"Apa dia?"
"Tadi I macam nampak u kat MPH tadi. I nak tegur tapi takut salah orang."
"Kenapa pulak?"
"Sebab u nampak macam alienlah sayang pakai tudung tu. Takyah la pakai dulu. I malu la kalau orang nampak nanti."
"Ha? I taknak buka and i takkan buka!"
"Kalau u sayang i, buka la tudung tu. Please, sayang!!"
"No, i won't. Don't force me!"
"Fine! Kita clash! Pasal tudung yang apalah sangat tu, u nak gaduh kan? I dengan hidup i, and u go to hell with your life!"

Myra terhenyak di katil setelah apa yang berlaku. Dia berasa kesal dengan apa yang terjadi. Namun, dia berasa bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk kenal kembali Penciptanya. Dia sudah berasa sangat penat dengan hidupnya yang sia-sia selama ini. Cukuplah dengan apa yang telah dilakukannya selama 20 tahun hidup di bumi Allah.

'Biarlah aku hilang teman, biarlah aku hilang kekasih, biarlah aku hilang night life aku selama ni, asalkan aku tidak hilang ALLAH. Kerana aku nak jadi baik in terms of Allah and Rasul.' 
'If you forget Allah, Allah will make you forget about yourself.'
'Tunjukkanlah aku jalan yang lurus.'
'Bukakanlah pintu hati mereka yang masih belum tersedar untuk bertaubat kepadaMu Ya Allah. Amin.'

p/s: Coretan ni mungkin berulang-ulang kali pernah dibaca, tapi manusia itu sering lupa. Moga tidak bosan menghayatinya. Ingatlah, jadi baik in terms of Allah and Rasul is not a crime.(Hlovate). 



Thursday 21 June 2012

Kita Semua Sama je...

Bayangkan anda seorang yang jutawan, mempunyai paras rupa yang menawan lagi dabomb, punya akal yang bijak tak terhingga, punya segala-galanya yang orang lain takde. Anda masuk ke satu tandas awam yang penuh dengan mereka-mereka yang kenal anda. Ketika itu anda sedang sakit perut. Tanpa dapat ditahan lagi, anda terkentut dengan kuatnya. Dah la toilet tu bergema. Agak-agak orang kat luar tu dengar tak kentut anda tadi? Apa agaknya diorang cakap? Kalau saya di tempat mereka, saya akan berkata, "Mak aih orang kaya ni. Kentut pulak dia. Dah la 'wangi' gila!" Selalunya itulah yang akan orang perkatakan. Kalau anda di tempat mereka, tentu anda juga berkata macam tu. Apa pula perasaan anda yang berada di dalam toilet? Mesti anda malu semalu-malunya. Kan??? "Habislah jatuh maruah aku. Mana nak letak muka ni. Macam mana nak keluar ni!??" tu dialog yang akan keluar kat mulut anda.

Makanya, kalau anda seorang yang kaya-raya, cantik sampai kalau orang pandang anda boleh terhantuk langgar tiang, ada semua benda yang boleh buat orang lain jelous sampai terduduk, bijak anda mengalahkan Einstein, jangan sesekali rasa bangga diri. Sebabnya, kita semua ni sama saja. Kalau kentut, busuk jugak bau dia. Takde la pulak bau kentut tu ikut level banyak mana harta kita. Dan, bukan kecantikan atau kekayaan yang menjadi penentu kat mana kita di akhirat kelak. Apa yang menjadi penentunya ialah keimanan kita terhadap ALLAH s.w.t.

Sekian untuk kali ini. Ingat, jangan sombong dan bangga diri. Kalau mati, boleh masuk kubur, tanam mayat sendiri, silalah bangga diri. :)

Monday 4 June 2012

Agar Lenyap Dari Bumi


facebook


Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menentang kezaliman Bashar...See more with Peah and 9 others.

Like Comment  Share  10 hours ago


"Hmm..kenape ye kat Syria ni, macam budak-budak dengan perempuan yang banyak kena bunuh? Pening la fikir dari minggu lepas lagi, tak dapat-dapat jugak jawapan. Tanya Ayah la."

..................................................................................

"Ayah, kenapa kat Syria tu budak-budak dengan perempuan yang banyak kena bunuh?"
"Agar lenyap dari bumi ni."
"Err..tak faham. Apa yang lenyap?"
"Agar sesuatu suku kaum itu hilang lenyap dari bumi ini. Perempuan dibunuh agar zuriat mereka tidak lagi berkembang. Budak-budak dibunuh agar tiada lagi pejuang-pejuang di masa hadapan. Bila perempuan dan budak-budak dibunuh, yang tinggal nanti lelaki-lelaki dan orang tua-tua. Apa je orang tua boleh buat. Nak berperang lebih-lebih, dah tak larat. Yang lelaki pula hilang orang yang sentiasa memberi sokongan kat diorang iaitu isteri. Bila perkara tu berlaku, agak-agak boleh hilang tak suku kaum tu dari muka bumi ni?"
"Aah la..make sense."
"Contohnya dulu adakan satu suku kaum ni, kalau ayah tak silap, kaum Maya. Apa jadi dengan diorang sekarang? Dah takde kan dari muka bumi ni. Diorang pun kena macam tu la, budak-budak dengan wanita dibunuh."
"Baru sekarang faham."
"Dan sebab itu jugalah, Islam melarang untuk membunuh perempuan dan kanak-kanak ketika berperang.  Bukan sahaja sebab diorang tu insan yang lemah, tetapi juga untuk menjamin kesinambungan sesuatu suku kaum itu. Sebab Islam tidak kejam."
"SubhanAllah. Indahnya Islam itu."

p/s : Betapa indahnya Islam, segalanya sudah diatur Allah, Pencipta sekalian alam. :)


Thursday 31 May 2012

Surat Untuk Awak : Sekarang BUKAN Zaman Bersilat dah!

Assalamualaikum w.b.t.

Awak,

   Waktu kecik-kecik dulu, mak ayah kita mesti suruh kita belajar silat, taekwondo, senang kata martial arts kan?? Bila kita tanya sebab dia, mesti diorang jawab nanti kalau ada orang jahat, boleh kalahkan diorang. Kita pun mulalah berangan kita jadi power rangers la, powerpuff girl la dan sebagainya. Mulalah nak pasang impian nak jadi superhero, nak kalahkkan orang jahat. Bila cikgu tanya, "besar nanti nak jadi apa?" Terus jawab dengan penuh semangat, "Saya nak jadi superman!!" 

   Tapi bila umur dah makin bertambah, tiba-tiba kita rasa macam no point belajar martial arts segala tu. Sebab sekarang ni makin canggih. Orang jahat bawak M16. Barulah kita nak bukak langkah silat, diorang angkat je M16, terus kita bukak langkah seribu. Macam kita belajar martial arts tu saja-saja nak buang duit mak ayah. Rasa tak macam tu??

   Tapi kan awak, zaman sekarang ni bukan kehebatan kita dalam martial arts yang dipandang. Tapi kehebatan kita menjaga hubungan dengan Allah, menjaga iman, menjaga nafsu tu yang paling penting. Mesti awak tertanya-tanya apa kaitan martial arts dengan iman, nafsu ni semua kan. Mesti awak kata orang yang tengah tulis surat ni dah senget.huhu. Zaman sekarang ni, kalau kita tak kuat, senang je kita nak terjebak dengan benda merepek-repek tu. Cuba bayangkan, kalau orang tu iman dia macam biskut, mesti dia senang sangat nak jadi jahat. Sebab tu lah kita kena pelihara iman kita. Kalau hubungan kita dengan Allah kuat, iman kita pun jadi kuat, InsyaAllah yang lain pun jadi kuat. 

   Sebabkan awak, zaman sekarang ni dah macam zaman jahiliyah balik. Kalau ada orang tu "Baik in terms of Allah and Rasul", mesti orang pandang pelik kat dia. Maksudnya sekarang ni, maksiat tu sangat berleluasa. Tak kisah la kat ceruk mana pun. Jadi, apa yang boleh tolong kita nak counter maksiat ni, bukannya martial arts yang berbunga-bunga tu. Tapi hubungan kita dengan Allah dan juga iman kita. Kalau kita hebat kat gelanggang silat, tapi iman kita macam biskut, takde guna lah. Lagipun Allah tak pandang pun martial arts kita tu, so tak payah la nak bermegah-megah dengan martial arts tersebut.

   Saya tahu mesti awak kata susah la nak jaga iman. Iman ni kan senipis kulit bawang. Senang je nak terkoyak. Saya dah agak awak akan petik kata-kata tu. Takpe, kita semua tak perfect. Kita semua memang tak boleh jadi perfect, tapi kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik. "Perfection is impossible but effort to be a better is possible." 

   So, lets be a better person together! Ingat tau awak, sekarang ni bukan zaman bersilat lagi dah, tapi zaman  mengukuhkan iman kita supaya kita tak terjerumus sekali ke dalam kemaksiatan. 

Oklah awak. Dah panjang sangat surat ni. Peace!! :)


Saturday 26 May 2012

Dialog Hari Ini

Dialog 1


"Assalamualaikum, malam ni ada tahlil. Jemput la datang."
"Waalaikumussalam. Nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia? Tanyalah."
"Malam ni makan apa?"
"Oh! Makan simple-simple je. Ada la kuih sikit, buah dengan air."
"Nasi berlauk takde ke??"
"Saya tak buat nasi berlauk."
"Kalau macam tu, saya tak datang la."
"Eh!?"

Dialog 2


"Amboi, meriahnya majlis!"
"Tahniah, dah kahwin dah anak awak!"
"Eh, ni bukan kahwin. Tunang je baru."
"Tunang? Ni siap pelamin segala bagai?"
"Alah, biasa la zaman sekarang. Dah jadi trend kan tunang macam kahwin."
"Tak banyak ke habis ni?"
"Alahai, apalah sangat. Nak ikut trend la katakan."
"Kalau macam ni, baik kahwin je terus."
"Hei, jelous cakap je la!"


Kupasannya:
Pernah tak dengar dialog macam ni? Sekarang ni saya rasa benda ni normal. Kalau tahlil tu mesti nak kena ada makanan sedap-sedap. Orang kata, kalau makanan tak sedap, tok imam pun tak nak datang. hehe. Kalau majlis bertunang pulak dah macam kenduri kahwin. Bukan sebab jelous, tapi kesian sebab terpaksa berhabis banyak-banyak nak buat majlis. Lepas tu, hutang keliling pinggang nak bayar balik segala pinjaman waktu nak buat kenduri tunang or kahwin.

Situasi hari ini macam dah lari dari konsep sebenar. Islam tu kan mudah lagi tidak menyusahkan. So, buat apa nak susah-susahkan diri? Kalau ikut konsep sebenar Islam, senang hidup.

p/s: Ni hanya sebahagian je dialog hari ni. Banyak lagi dialog lain. Refleks diri! :)

Monday 30 April 2012

Si Tudung Labuh

Suatu pagi yang indah permai di kafe..

"Wei, tengok budak kat hujung sana tu. Pakai je tudung labuh, tapi makan gelojoh!"
"Haah. Geli geleman aku tengok wei. Dah la gelojoh, makanan menjejeh-jejeh kat tudung lak tu."
"Euw!!Kalau macam ni la perangai, buang je la tudung kau tu!"

Sementara itu, di meja makan tempat diamnya Si Tudung Labuh..

"Ya Allah, kenapa diorang ni pandang-pandang aku lain macam je dari tadi? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan aku ni.hish"

Si Tudung Labuh bergerak meninggalkan kafe sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang. Setelah menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, dia berusrah bersama naqibah dan rakan-rakan yang lain.

"Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. adik-adik semua. Kita buka dulu usrah kita dengan umul kitab Al-Fatihah.
Baiklah, hari ni akak nak kongsi satu topik mengenai Si Tudung Labuh.  Sebelum tu akak nak tanya, ada tak sesiapa yang kat sini pernah menerima jelingan ke, renungan atau pandangan macam nak telan kita je gaya?"

Hampir kesemua ahli usrah mengankat tangan.

"Nampaknya hampir setiap orang pernah merasai pengalaman menerima pandangan maut. Hehehe.
Baiklah, kadang-kadang korang ada tak terfikir kenada diorang pandang macam tu? Mestilah ada kan. Akak berani jamin la.."

Semua ahli usrah serentak menganggukkan kepala laju-laju.

"Ok, zaman sekarang ni golongan-golongan yang tudung labuh-labuh, besar-besar adalah sesuatu yang ghuraba. Ghuraba tu apa?"

"Asing!!" Serentak mereka menjawab dengan suara yang padu.

"Alhamdulilllah, semua ingat maksud ghuraba. Ni bagi pandangan akak la eh. Bila korang dah bertudung labuh, secara automatiknya orang akan sentiasa memerhati kita. Kita buat apa, tudung kita kemas ke tidak, makan macam mana, cakap ada tak yang tak elok, dan sebagainyalah. Secara tak langsung, kita macam jadi duta atau penanda aras macam mana akhlak umat Islam yang lain. Kalau kita yang tudung labuh ni pun, perangai entah apa-apa, agakny-agaknya macam mana perangai umat Islam yang lain? Selalunya macam tu la mentaliti diorang kat orang yang tudung labuh ni."

"Owh..."

"Maka, apabila korang decide untuk bertudung labuh ni, pastikan korang sentiasa berakhlak yang mahmudah. Supaya bila orang tengok kita lagi-lagi orang bukan Islam, mentaliti diorang kat kita dan umat Islam yang lain akan berubah. Mana tahu, terbuka hati mereka nak masuk Islam. InsyaAllah."

"InsyaAllah.."

"Kak, kadang-kadang ada orang yang dah bertudung labuh tiba-tiba kembali kepada gaya asal mereka. Maksud saya tudung bidang 45. Sebabnya, diorang rasa perangai diorang tak setaraf dengan kelabuhan tudung diorang. Macam mana tu kak?" tanya salah seorang ahli usrah.

"Erm..akak tak nafikan ada yang berubah sebegitu sebab rasa diri dia tak betul lagi untuk bertudung labuh. Tapi bagi akak, berubahlah perlahan-perlahan. Kalau perubahan terlalu drastik, takut orang mengata pulak. Biasalah, manusia. Tak pernah ada yang sempurna. Jarang yang dapat memuaskan hati mereka. Apa yang penting, pandangan Allah pada kita itu bagaimana?"

"Baiklah, akak rasa cukup dahulu perbincangan kita pada malam ni. Ingat ye, bila kita bertudung labuh, kita akan sentiasa diperhatikan. Jaga akhlak dan peribadi kita. Kitalah duta umat Islam. Kita sudahi pertemuan kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr."

Setelah pertemuan usrah itu, Si Tudung Labuh berazam untuk membaiki akhlaknya sekaligus menghilangkan pandangan-pandangan sinis orang lain terhadapnya sebelum ini. Dia mengakui kebenaran kata-kata naqibahnya sebentar tadi. Dia sedar betapa besarnya tanggungjawabnya terhadap Islam apabila bertudung labuh. Dia perlu menjaga imej Islam.

Suatu pagi yang indah permai di sebuah kafe..

"Ya Allah, lawanya budak tu. Dah la pakai tudung labuh, makan pun sopan je. Untunglah siapa yang ambik dia jadi isteri."
"Sejuk perut mak dia mengandungkan dia."
"Kalau semua umat Islam perangai macam dia, alangkah bagusnya."

p/s: Cerita ini ditulis setelah mendengar luahan seseorang mengenai pandangannya terhadap Si Tudung Labuh. Saya akui bahawa tanggungjawab menjadi Si Tudung Labuh itu besar. Kalau akhlak tidak dijaga, sudahnya kita dicela. Sekian.


 

Monday 23 April 2012

Kalau Ajal dah Helo2..

Bismillahirrahmanirrahim.

Tengah duk melangut tadi, tetiba teringat zaman kanak-kanak ribena. Teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang Ustazah ni. Cerita dia macam ni..

Adalah seorang raja ni hidup zaman dulu-dulu. Raja ni sangat takut jika nyawanya dicabut. Suatu hari, raja ni macam mendapat berita bahawa ajalnya tak lama lagi. Jadi, disebabkan rasa takut yang hiperbola lagi metafora, raja tersebut mengarahkan kuli-kulinya untuk mendirikan sebuah bilik yang kebal, yang tak ada satu lubang pun yang boleh menybabkan malaikat Izrail masuk ke dalam bilik tersebut.

Setelah bilik kebal tersebut siap, raja tu pun duduk la dalam bilik tu. Nak dijadikan cerita, bilik tu langsung takde lubang angin ke, tingkap ke, ruang-ruang kecil pun takde. Maka apa yang berlaku pada raja tersebut? Raja tersebut akhirnya mati kerana kegagalan mendapatkan udara yang secukupnya untuk bernafas.

Tu la dia jadinya kalau kita cuba nak melawan kekuasaan Allah. Kalau Allah dah kata jadilah, maka jadilah ia walau apa cara sekalipun. Kalau ajal dah helo2, jangan harap la nak suruh call balik. :)


Friday 6 April 2012

Jangan Lupa Allah

Bismilahirrahimanirrahim.

Hari ini nak tulis entri yang ada kena mengena dengan insan bergerlar pelajar. Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada calon-calon SPM 2011 yang berjaya memperoleh semua A. Jika kita sudah berjaya, jangan lupakan Allah yang memberi kejayaan itu kepada kita. Kerana ditakuti kejayaan itu tidak memberi apa-apa erti jika tiada rahmat Allah. Jika gagal, anggaplah kegagalan itu sebagai satu dugaan yang akan mendatangkan hikmah suatu hari nanti. InsyaAllah..

Sekian, entri ringkas hari ini. :)

Monday 27 February 2012

Nikah Khitbah

Assalamualaikum w.b.t.

Marcapada, seakan satu trend apabila ramai pasangan mendirikan rumah tangga pada usia awal. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan trend tersebut. Pada saya, apalah salahnya jika ingin berkahwin di usia muda lagi. Bermacam-macam maksiat dapat dielakkan. Namun begitu, ada yang ingin berkahwin tetapi tidak yakin kerana masih belajar. Jadi, bagaimanakah cara penyelesaiannya? Saya cadangkan nikah khitbah.  

Apa itu nikah khitbah?
Nikah khitbah lagi better daripada bertunang. Nikah khitbah ialah nikah gantung. Maknanya akad dulu tapi tidak tinggal bersama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya pasangan tersebut ingin berdating, tidak menjadi masalah kerana mereka telah sah menjadi suami isteri. Bestkan???

Tapi ada juga yang memilih untuk bertunang ketika belajar. Namun begitu, dugaannya lebih besar kerana belum sah menjadi suami isteri. Banyak batas pergaulan yang perlu dijaga ketika bertunang.

Islam itu tidak menyusahkan. So, fikir-fikirkanlah.. :)


Yakin Dalam Berdoa

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak kita terfikir kenapa doa kita macam tak dimakbulkan? Mesti ada punya..Sebenarnya, kalau nak berdoa, kena yakin dengan doa kita. Kalau kita berdoa tapi dalam hati tertanya-tanya, "boleh ke dapat apa yang aku doa ni?", payahlah jadinya. Sebab kita sendiri was-was dengan doa kita. Maka, mulai dari sekarang tanamkan keyakinan ketika berdoa. InsyaAllah~

Jika sudah ketentuan-Nya~

Assalamualaikum w.b.t.

Lama sungguh blog ini tiada coretan. Sebabnya tuan punya blog baru habis final exam. Sesungguhnya penantian result final exam adalah mendebarkan. Alhamdulillah, saya masih kekal di sini. Namun begitu, terdapat juga kisah sedih di sebalik kegembiraan mereka-mereka yang masih kekal di sini . Terdapat beberapa insan yang kurang bernasib baik. Langkah mereka terhenti di sini. Mungkin ada yang langsung menuding jari kepada mereka atas alasan mereka tidak berusaha. Tetapi, sedarkah kita bahawa masih ada yang lebih berkuasa dalam menentu segala-galanya? Ya, mungkin kita mendabik dada dengan usaha keras yang kita lakukan telah mebuahkan kejayaan yang tak terkata. Namun, seandainya Allah menghendaki yang sebaliknya, maka itulah yang akan berlaku. Jika kita diuji sedemikian rupa, maka terimalah dengan redha. Percayalah, ada hikmah disebalik tiap-tiap yang terjadi. :)

Tuesday 3 January 2012

Perspektif yang "Terpesong"

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni nak kongsi pasal perspektif yang sedikit terpesomg oleh orang bukan Islam terhadap orang Islam. Macam ni cite dia...

Ada segelintir orang bukan Islam ni ingat yang orang Islam berpuasa Ramadhan selama sebulan tanpa makan dan minum. Maksudnye, diorang ni ingat orang Islam ni langsung tak berbuka, tak bersahur. Sebulan tu memang bulan untuk puasa je..huhu

Sebenarnya, kami orang Islam ni takdenye puasa Ramadhan tu stret sebulan. Mesti la kami berbuka dan bersahur. Kalau nak kata kami tak buka2 puasa, kenapa tiap-tiap petang waktu Ramadhan tu ada baazar? Kalau kami tak berbuka, membazir je la diorang buka baazar. Ni jawapan secara logik la..

Kalau nak ikut dari segi saintifiknya, manusia perlukan makanan dan minuman sebagai keperluan asas untuk hidup. Maka, kalau kami tak makan, tak minum selama sebulan, besar kemungkinan ke alam barzakh la kami.

Ok la..tu saje nak berceloteh hari ni..sekian.:)