Wednesday 12 December 2012

Peristiwa LRT

"KL Sentral. KL Sentral."
Fuh! Sampai jugak kat KL Sentral setelah melalui hampir 7 stesyen. Selepas ni ada lagi 7 stesyen nak kena lalu. Tadi naik KTM. Sekarang ni kena naik LRT pulak.
'Mak aih! Ramainya umat dalam LRT ni. Sah-sah takda tempat duduk. Berdiri la jawabnya.'
Sebaik sahaja saya berjaya mencelah ke dalam perut LRT, guruh mula berdentum. Saya berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku. Hujan semakin mencurah-curah membasahi bumi.

"Pasar Seni. Pasar Seni."
Seorang auntie berlari-lari masuk ke dalam LRT sambil mengepit sekaki payung. Dia juga berdiri seperti saya. Saya menanti sesiapa yang sudi bangun untuk memberikan tempat duduk kepada auntie itu. Walaupun saya panggil auntie, tapi saya kira kedut sudah mula kelihatan pada wajahnya.

5minit..10minit..

Takda siapa pun bangun. Sehinggalah dua stesyen berikut, seorang lelaki bangun kerana sudah tiba di destinasinya.  Auntie tersebut pun duduklah. Kesian dia, penat berdiri.

"KLCC. KLCC."
Semakin ramai di dalam perut LRT ini. Termasuklah seorang kakak yang sedang sarat mengandung. Saya yang sedang berdiri masih lagi menjadi penunggu setia. Menunggu insan-insan hebat yang sanggup berkorban tempat duduk mereka.

Tiba-tiba, auntie tersebut bangun lalu memberikan tempat duduknya kepada kakak tersebut. Saya hanya mampu memandang sambil menggeleng kepala. Bukan tidak ada orang muda di sekeliling tempat itu, tetapi ramai yang buat-buat tidak tahu. Ada yang berpura-pura tidur.

Mana akhlak kita? Perkara sesimple ini pun gagal dilaksanakan. Bayangkan ketika kita tua nanti, tiada siapa peduli akan kita. Kalau jatuh tepi jalan pun, sendiri la tanggung. Ingatlah, apa yang kita lakukan hari ini akan dibalas Allah suatu hari nanti. Walaupun bukan dengan cara yang sama. Yang pasti, balasan itu tetap ada. Semoga kita semua diberi kesedaran. InsyaAllah.

No comments: