Monday 30 April 2012

Si Tudung Labuh

Suatu pagi yang indah permai di kafe..

"Wei, tengok budak kat hujung sana tu. Pakai je tudung labuh, tapi makan gelojoh!"
"Haah. Geli geleman aku tengok wei. Dah la gelojoh, makanan menjejeh-jejeh kat tudung lak tu."
"Euw!!Kalau macam ni la perangai, buang je la tudung kau tu!"

Sementara itu, di meja makan tempat diamnya Si Tudung Labuh..

"Ya Allah, kenapa diorang ni pandang-pandang aku lain macam je dari tadi? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan aku ni.hish"

Si Tudung Labuh bergerak meninggalkan kafe sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang. Setelah menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, dia berusrah bersama naqibah dan rakan-rakan yang lain.

"Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. adik-adik semua. Kita buka dulu usrah kita dengan umul kitab Al-Fatihah.
Baiklah, hari ni akak nak kongsi satu topik mengenai Si Tudung Labuh.  Sebelum tu akak nak tanya, ada tak sesiapa yang kat sini pernah menerima jelingan ke, renungan atau pandangan macam nak telan kita je gaya?"

Hampir kesemua ahli usrah mengankat tangan.

"Nampaknya hampir setiap orang pernah merasai pengalaman menerima pandangan maut. Hehehe.
Baiklah, kadang-kadang korang ada tak terfikir kenada diorang pandang macam tu? Mestilah ada kan. Akak berani jamin la.."

Semua ahli usrah serentak menganggukkan kepala laju-laju.

"Ok, zaman sekarang ni golongan-golongan yang tudung labuh-labuh, besar-besar adalah sesuatu yang ghuraba. Ghuraba tu apa?"

"Asing!!" Serentak mereka menjawab dengan suara yang padu.

"Alhamdulilllah, semua ingat maksud ghuraba. Ni bagi pandangan akak la eh. Bila korang dah bertudung labuh, secara automatiknya orang akan sentiasa memerhati kita. Kita buat apa, tudung kita kemas ke tidak, makan macam mana, cakap ada tak yang tak elok, dan sebagainyalah. Secara tak langsung, kita macam jadi duta atau penanda aras macam mana akhlak umat Islam yang lain. Kalau kita yang tudung labuh ni pun, perangai entah apa-apa, agakny-agaknya macam mana perangai umat Islam yang lain? Selalunya macam tu la mentaliti diorang kat orang yang tudung labuh ni."

"Owh..."

"Maka, apabila korang decide untuk bertudung labuh ni, pastikan korang sentiasa berakhlak yang mahmudah. Supaya bila orang tengok kita lagi-lagi orang bukan Islam, mentaliti diorang kat kita dan umat Islam yang lain akan berubah. Mana tahu, terbuka hati mereka nak masuk Islam. InsyaAllah."

"InsyaAllah.."

"Kak, kadang-kadang ada orang yang dah bertudung labuh tiba-tiba kembali kepada gaya asal mereka. Maksud saya tudung bidang 45. Sebabnya, diorang rasa perangai diorang tak setaraf dengan kelabuhan tudung diorang. Macam mana tu kak?" tanya salah seorang ahli usrah.

"Erm..akak tak nafikan ada yang berubah sebegitu sebab rasa diri dia tak betul lagi untuk bertudung labuh. Tapi bagi akak, berubahlah perlahan-perlahan. Kalau perubahan terlalu drastik, takut orang mengata pulak. Biasalah, manusia. Tak pernah ada yang sempurna. Jarang yang dapat memuaskan hati mereka. Apa yang penting, pandangan Allah pada kita itu bagaimana?"

"Baiklah, akak rasa cukup dahulu perbincangan kita pada malam ni. Ingat ye, bila kita bertudung labuh, kita akan sentiasa diperhatikan. Jaga akhlak dan peribadi kita. Kitalah duta umat Islam. Kita sudahi pertemuan kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr."

Setelah pertemuan usrah itu, Si Tudung Labuh berazam untuk membaiki akhlaknya sekaligus menghilangkan pandangan-pandangan sinis orang lain terhadapnya sebelum ini. Dia mengakui kebenaran kata-kata naqibahnya sebentar tadi. Dia sedar betapa besarnya tanggungjawabnya terhadap Islam apabila bertudung labuh. Dia perlu menjaga imej Islam.

Suatu pagi yang indah permai di sebuah kafe..

"Ya Allah, lawanya budak tu. Dah la pakai tudung labuh, makan pun sopan je. Untunglah siapa yang ambik dia jadi isteri."
"Sejuk perut mak dia mengandungkan dia."
"Kalau semua umat Islam perangai macam dia, alangkah bagusnya."

p/s: Cerita ini ditulis setelah mendengar luahan seseorang mengenai pandangannya terhadap Si Tudung Labuh. Saya akui bahawa tanggungjawab menjadi Si Tudung Labuh itu besar. Kalau akhlak tidak dijaga, sudahnya kita dicela. Sekian.


 

Monday 23 April 2012

Kalau Ajal dah Helo2..

Bismillahirrahmanirrahim.

Tengah duk melangut tadi, tetiba teringat zaman kanak-kanak ribena. Teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang Ustazah ni. Cerita dia macam ni..

Adalah seorang raja ni hidup zaman dulu-dulu. Raja ni sangat takut jika nyawanya dicabut. Suatu hari, raja ni macam mendapat berita bahawa ajalnya tak lama lagi. Jadi, disebabkan rasa takut yang hiperbola lagi metafora, raja tersebut mengarahkan kuli-kulinya untuk mendirikan sebuah bilik yang kebal, yang tak ada satu lubang pun yang boleh menybabkan malaikat Izrail masuk ke dalam bilik tersebut.

Setelah bilik kebal tersebut siap, raja tu pun duduk la dalam bilik tu. Nak dijadikan cerita, bilik tu langsung takde lubang angin ke, tingkap ke, ruang-ruang kecil pun takde. Maka apa yang berlaku pada raja tersebut? Raja tersebut akhirnya mati kerana kegagalan mendapatkan udara yang secukupnya untuk bernafas.

Tu la dia jadinya kalau kita cuba nak melawan kekuasaan Allah. Kalau Allah dah kata jadilah, maka jadilah ia walau apa cara sekalipun. Kalau ajal dah helo2, jangan harap la nak suruh call balik. :)


Friday 6 April 2012

Jangan Lupa Allah

Bismilahirrahimanirrahim.

Hari ini nak tulis entri yang ada kena mengena dengan insan bergerlar pelajar. Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada calon-calon SPM 2011 yang berjaya memperoleh semua A. Jika kita sudah berjaya, jangan lupakan Allah yang memberi kejayaan itu kepada kita. Kerana ditakuti kejayaan itu tidak memberi apa-apa erti jika tiada rahmat Allah. Jika gagal, anggaplah kegagalan itu sebagai satu dugaan yang akan mendatangkan hikmah suatu hari nanti. InsyaAllah..

Sekian, entri ringkas hari ini. :)