Thursday 21 April 2011

IbTiLa' atau iStiDraJ???

Apa itu istidraj? Selalu dengar tapi tak pernah pula nak ambik tau maksud dia....Apa entah maksud dia...

Baiklah... Istidraj bermaksud sesuatu kesenangan yang Allah berikan kepada hamba-Nya untuk menambahkan lagi kesesatan hamba tersebut. Contohnya, seorang lelaki kafir. Tidak beriman kepada Allah. Namun begitu, kehidupannya sangat bahagia. Punya harta yang melimpah ruah. Kebahagiaan yang tidak terbatas. Pendek kata, orang lain juga akan berasa cemburu akan kehidupannya. Tetapi, keimanan terhadap Allah tidak pernah wujud dalam hatinya walaupun sekelumit. Malah, semakin jauh hatinya daripada keinginan untuk mengenali Allah. Situasi beginilah dikatakan sebagai istidraj.

Ibtila' ini apa pula? Lagi la tak pernah tau... Adik-beradik istidraj juga ke?

Ibtila' pula berlawanan dengan istidraj. Ibtila' ialah sesuatu musibah yang dikurniakan Allah kepada seseorang yang baik. Ibtila' ini dikurniakan Allah untuk memberi hikmah dan juga 'ibrah kepada hamba-Nya. Antara merek yang mendapat ibtila' ialah para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Ibtila' juga menunjukkan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Contohnya, seorang hamba yang taat telah ditimpa musibah berturut-turut. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Akan tetapi, hamba yang taat itu tidak pernah berpaling daripada Penciptanya malah semakin bertambah utuh keimanannya. Alhamdulillah...

Itulah sedikit perbezaan antara istidraj dan ibtila' yang dapat saya kongsikan.... 

Saturday 16 April 2011

Kisah KUMBANG dan BUNGA!!!

Pada suatu petang yang nyaman di sebuah taman bunga yang indah, "seorang Kumbang" yang hensem dan "seorang Bunga" yang cun sedang asyik memadu kasih...

Bunga : Kumbang, kenapa awak suka sangat hisap segala madu yang saya ada?

Kumbang : Dah memang kegemaran saya. Nak buat macam mana...

Bunga : Alah.... Awak bagi la sebab yang konkrit...

Kumbang : Sebenarnya saya suka sangat hisap madu awak sebab awak tak  pernah pun halang saya...Saya 
                  tidak pernah teringin pun nak buat macam tu. Tapi awak yang mula dulu..

Bunga : Apa yang saya buat? Saya rasa biasa je...

Kumbang : Awak sedar tak yang awak tu sangat cun. Pakaian awak, cara awak catwalk, makeup awak yang 
                  tebal-tebal tu membuatkan hati saya bergetar hebat...Bukan saya je macam tu... Cuba tanya 
                  kumbang-kumbang yang lain. Mesti mereka setuju dengan saya...

Bunga : Tapi, sebagai "seorang kumbang" yang dekat di hati saya, kenapa awak tak pernah tegur saya?
             Awak kan tahu betapa lemahnya saya. Saya kan dijadikan daripada tulung rusuk kiri yang bengkok. 
             Sepatutnya awak bimbing saya ke arah kebenaran...Awak kan bakal imam dalam keluarga....Tapi....

Bunga mula mengalirkan air mata penyesalan, Kumbang pula terdiam apabila menyedari kekhilafannya. Mereka berdua sedar bahawa gejala maksiat, kes buang bayi dan sebagainya tidak akan berlaku jika Kumbang dan Bunga faham akan peranan masing-masing. Faham akan batas-batas agama. Faham apa yang halal dan haram.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadi Kumbang yang soleh dan Bunga yang solehah.... InsyaAllah...

Monday 4 April 2011

Saya Malulah....

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Sifat malu sebenarnya dapat mendatangkan kebaikan kepada kita. Sifat ini juga merupakan sebahagian daripada iman. Dengan adanya sifat ini, kita akan berasa malu untuk melakukan kejahatan. Kita akan senantiasa berusaha untuk menambah amal kebajikan kita. Kerana apa? Kerana sifat ini menyebabkan kita takut akan Pencipta kita, Allah s.w.t. Sekiranya kita bersifat malu kepada Allah, kita akan berasa takut untuk menambah dosa. Kita sedar bahawa Allah s.w.t melihat setiap gerak-geri kita. Oleh itu, kita akan menjadi seorang yang sangat berwaspada dalam menjalani kehidupan seharian.

Namun begitu, jika dilihat pada situasi hari ini, keadaannya mungkin berbeza. Kebanyakan antara kita sudah mula hilang sifat malu ini. Buktinya, kes buang bayi makin meningkat dari setahun ke setahun. Kelab-kelab malam makin rancak menyajikan hiburan yang melalaikan kepada pengunjung-pengunjung setianya. Batasan aurat yang telah ditetapkan syara' makin dipandang enteng. Jika hendak disenaraikan segala maksiat yang mula bermaharajalela ini, mungkin lebih daripada satu "post" diperlukan.

Perkara-perkara maksiat menjadi bukti bahawa kita sudah semakin hilang sifat malu. Gadis-gadis menjadi malu untuk menolak maksiat apabila diajak oleh putera idaman mereka. Mengapa ini berlaku? Fikir-fikirkan... Pupuklah kembali sifat malu untuk menolak maksiat. Tetapi berani untuk menegakkan Islam yang tercinta...








Sunday 3 April 2011

PELIK tapi BENAR

Zaman sekarang zaman serba-serbi moden. Gaya hidup yang moden. Kereta yang moden. Rumah moden. Semuanya moden-moden belaka. Pakaian pun moden. Baik lelaki mahupun wanita. Apakah yang dimaksudkan dengan fesyen moden hari ini? Kalau dilihat pakaian tersebut mesti yang mengikut potongan badan, terbuka luas di mana-mana bahagian. Pendek kata boleh menmpakkan apa yang disembunyikan. Pakaian seperti itulah yang menjadi kebanggaan kebanyakan manusia hari ini.

Bayangkan di tengah-tengah khalayak yang berfesyen moden, terdapat seorang wanita yang dipandang sinis. Kerana apa? Kerana pakaiannya yang sangat pelik jika dibandingkan dengan mereka yang lain. Apa tidaknya... Pakaiannya terdiri daripada sehelai tudung akel, pakaian yang longgar dan tidak jarang, kaki yang ditutup rapi daripada pandangan ajnabi. Pelik bukan pakaian tersebut??? Langsung tidak moden mengikut kamus hari ini.

Pasti ada wanita-wanita yang menurut syariah Islam digelar kolot. Tidak mengikut peredaran zaman. Sanggup berpanas-panas dalam pakaian seperti itu. Sedangkan zaman sekarang "sangat terbuka" dalam berfesyen.

Sebenarnya inilah bukti bahawa Islam pada hari ini dianggap ghuraba(asing). Golongan yang berusaha untuk mengamalkan Islam sebaik mungkin dipandang pelik. Sebaliknya golongan yang langsung tidak berusaha mendalami Islam diagung-agungkan. Walaupun mereka dipandang pelik namun mereka sebenarnya golongan yang benar. Kerana mereka berusaha mengamalkan Islam mengikut syariat yang sebenar. Biarlah pelik pada pandangan manusia, tetapi benar mengikut syariah Islam...

Segala apa yang ditulis bukan sahaja merujuk kepada kaum wanita tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali...
Biar PELIK asalkan kita BENAR pada syariat Islamiah.....

Saturday 2 April 2011

Rezeki Masing-Masing...

Pernahkan anda mendengar frasa "rezeki masing-masing"?.... Pasti ada.....

Cuba fahami kronologi ini :- Allah telah menetapkan lubuk ikan kepada para pemancing. Oleh itu, setiap daripada mereka akan memperoleh jumlah ikan yang di lubuk tersebut. Maksudnya di sini, setiap orang akan memperoleh bilangan ikan yang berbeza.

Begitulah juga dengan rezeki kita. Allah s.w.t. telah menetapkan rezeki kita. Jadi, kita akan memperoleh rezeki tersebut mengikut apa yang telah ditetapkan Allah. Namun begitu, rezeki tersebut akan diperoleh dengan adanya usaha daripada kita sendiri. Bayangkan, di hadapan kita tersedia sepinggan nasi. Nasi itu rezeki bukan?    Bagaimana kita mahu memastikan nasi tersebut berada di dalam perut kita? Adakah kita hanya perlu memandang atau berusaha untuk mengambilnya dengan tangan? Fikir-fikirkan....!!!

Sesungguhnya, kita adalah makhluk yang benar-benar beruntung. Kerana apa? Sedarkah kita bahawa Allah s.w.t mengurniakan nikmat kepada kita untuk kita menambah pahala kita? Contoh nikmat tersebut ialah tangan. Dengan tangan kita mengiinfakkan harta kita ke jalan-Nya. Perbuatan tersebut InsyaAllah mendatangkan pahala kepada kita. Ibaratnya, seorang tuan rumah menghadiahkan rumahnya kepada kenalannya tanpa meminta sesen pun. Kenalan tersebut pula bertindak menjual kembali rumah tersebut kepada tuan rumah. Jika anda lihat di sini, siapakah yang mengalami kerugian? Siapakah yang untung? Yang rugi semestinya tuan rumah manakala yang untung adalah kenalannya. Sekarang, kaitkan pula kronologi tersebut dengan kita. Adakah anda rasa bersyukur sekarang??? Alhamdulillah....
Katakanlah, Alhamdulillah atas kurnian-Nya