Thursday 4 July 2013

Secebis Pendapat Cuma

Bismillahirrahirrahmanirrahim.

Perkara pertama yang saya lakukan setelah solat subuh hari ini ialah melayari Facebook.

"Ya Allah! Dr. Morsi dah digulingkan!?"

Hati tiba-tiba seperti tertusuk duri.

Lebih sakit lagi apabila saya membaca status rakan-rakan yang berada di Mesir.

"Golongan Tamarrud sedang meraikan kejatuhan Dr. Morsi."
"Bagai sedang berpesta. Wanita juga turut terpekik terlolong meraikannya."

Astaghfirullah..!

Setahun yang lepas, kita gembira apabila Hosni Mubarak berjaya digulingkan. Kegembiraan itu semakin bertambah apabila Dr. Morsi ditabal sebagai Presiden yang baru. Kerana kita nampak kewibawaan beliau sebagai presiden. Dengan tertabalnya Dr. Morsi, Ikhwanul Muslimin juga semakin dapat meneruskan kegiatan dakwah dengan lebih mudah. Alhamdulillah.

Bukan itu sahaja, kita dapat lihat bagaimana Dr. Morsi memberi sokongan yang padu terhadap rakyat Syria yang ditindas. Sudi memberi bantuan kepada Gaza. Banyak lagi usaha beliau untuk menjulang Islam.

Tetapi, hari ini, kegembiraan kita terhenti. Dr. Morsi digulingkan. Rentetan itu, IM diburu. Terowong-terowong bawah tanah yang menghubungkan Mesir dan Gaza ditutup kembali.

<Al-Ankabut : 1-7>

Alif, Laam, Miim. [1]

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan). [2]

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka(dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. [3]

Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. [4]

Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [5]

Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. [6]

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan. [7]

Kita semua sedar akan hakikat setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Kita nak panas sampai ke petang, tiba-tiba hujan turun di tengah hari. Kita berasa kecewa. Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi yang indah."

Pernah dengar kan sesuatu yang berbunyi seperti ini?

Mungkin kita masih belum cukup berusaha dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi.
Mungkin juga kita berasa terlalu selesa kerana kita merasakan, dengan terlantiknya Dr.Morsi, maka Islam dapat ditegakkan sepenuhnya, tetapi kita lupa yang Allah akan menguji hamba-hambaNya seperti ayat kedua Surah Al-Ankabut.
Mungkin kita lupa setiap perkara yang baik pasti akan ditentang. Semakin baik sesuatu perkara itu, semakin hebat tentangan yang akan diterima.
Mungkin doa kita masih belum cukup kuat walaupun kita tahu dan sedar doa itu senjata mukmin.
Dan mungkin kerana Islam masih belum menang.

Namun, kita harus sedar "kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih!"

Maka, ayuh kita bangkit meneruskan usaha. Jangan hanya sekerat jalan. Hari ini kisah Mesir sedang panas, berkobar-kobarlah setiap antara kita untuk berjuang. Esok lusa, dilupakan begitu sahaja seperti isu boikot sebelum ini. Usaha dan doa kita jangan seperti pisang goreng yang hanya sedap dimakan apabila panas sahaja.

Ingatlah, kita dan IM itu ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

Ke arah membina Ustazatul Alam. InsyaAllah.

#pray for muslimin around the world




Wednesday 3 July 2013

Kisah Tanpa Tajuk (xde idea sebenarnya)

Assalamualaikum.

Nama saya...takpe la. Biarlah rahsia.
Saya nak bercerita pasal sesuatu. Pasal diri saya sebenarnya. Saya rasa saya ni pemalu dan sangat lemah lembut. Tapi, kawan-kawan semua panggil saya Mat Gagah. Nampak je gagah, tapi dalam hati ada bunga..giteww!!

Ok..ok..sebelum saya melalut lagi panjang, baik saya straight to the point. Saya rasa pun semua orang tertanya-tanya tang mana pemalu and lemah lembut tu..hehe

Saya cerita yang lemah lembut tu dulu la. Sebab tengah ada idea nak cerita. Hihi..macam ni, waktu zaman kanak-kanak ribena dulu, saya praktis puasa. Tapi biasa la, tengah kanak-kanak comey lagi, selalu la puasa tak habis. Sekerat hari je mampu. Sekerat2 pun, dapat duit raya tau. Budak-budak..

Bila dah besau, saya rasa saya terbawak-bawak perangai comey tu dulu. Selalu puasa sekerat hari. Pantang perut berbunyi sikit je, saya terus cari makanan. Bagi perut ada isi. Saya langsung takde rasa nak bersabar or nak tahan diri untuk terus berpuasa. Lemah lembut bebenau. Walaupun orang kata saya ni gagah, hakikatnya saya kalah dengan perut sendiri waktu puasa. Budak kecik lagi hebat dari saya. Ish..ish..ish..teruk kan? 

Satu lagi, saya ni pemalu orangnya. Sebab apa? Sebab saya rasa saya sangat malu untuk tegur orang lain. Hari tu, adalah sorang mamat ni, dia bagitau orang dia puasa. Tiba-tiba, tengah hari tu saya nampak dia macam tak senang duduk. Dia asyik terintai-intai orang lain. Saya pun rasa curiga la kan.. Maka saya pun follow la beliau. Rupa-rupanya dia cari port nak melantak. Saya nak terjah dia, tapi rasa segan sangat. Saya pun tinggalkan dia sorang-sorang kat situ. Saya pernah dengar orang cakap nak tegur orang lain tak semestinya kena tunggu jadi baik. Bila kita tegur orang lain walaupun kita tak baik mana, insyaAllah benda tu secara tak langsung menjadi dakwah untuk diri kita sendiri. Lambat laun nanti, kita pun boleh jadi baik. Saya tau tapi saya tak buat..hmm

Sekarang ni, saya sedang berusaha untuk ubah sikap tu. Saya tak nak lemah lembut sangat dengan diri sendiri. Baru diuji dengan bunyi perut sikit je, saya dah lemah.huhuhu..satu lagi, saya nak jadi berani. Tak nak dah malu-malu. Semoga saya berjaya. Doakan ye. 

Ok..itu je cerita saya hari ni. Kalau ada yang boleh diambil as pengajaran, silakan. Kalau takde, abaikan je pun takpe. Peace!

p/s: kadang2 kita tak sedar kita termasuk dalam dua golongan atas tu. Refleks diri.

Sori, gambar tak masal. Letak sebab rasa lawa. Kbye.

Monday 1 July 2013

Julai dah datang!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Pejam mata, celik balik. Lepas tu pejam balik. Bukak je mata, "eh! Dah julai?!"
Terkezut ke? Tak pun sebenarnya. Sebab banyak benda yang tak sabar dah tunggu bulan julai ni. Apa dia???

First of all, bulan julai ni start Ramadhan. Bila sebut Ramadhan, apakah perkara yang terlintas di fikiran anda?
1) puasa
2) bazar
3) buka puasa kat hotel
4) terawih
5) moreh
etc...etc...

Jom baca Surah al-Baqarah : 183~186
Ayat 183 tu ayat femes, orang selalu tulis kat banner, lepas tu gantung kat masjid.
Saya sebenarnya nak tekankan ayat 185. Dalam ayat tu, sebelum cerita pasal puasa, Allah state pasal penurunan al-Quran dulu. Nak cakap kat sini, kepentingan mendalami al-Quran. Sebab tu ada tadarus masa Ramadhan. But, it's not kita lumba siapa khatam dulu. The most important is kita faham ayat al-Quran tu. How? Baca tafsir. Kalau kita baca ayat al-Quran tu semata-mata, kita takkan faham apa maksud di sebaliknya. We are not arabian. Tapi, siapa yang boleh faham bahasa jannah itu, Alhamdulillah. Subhanallah. Hebat! Pada saya, saya kurang gemar jika al-Quran berjaya dikhatam, tetapi tafsirnya sangat kelam. So, bolehlah Ramadhan nanti ajak kawan-kawan tadarus untuk faham al-Quran. Bukan baca al-Quran semata-semata.

Next, perkara yang tak sabar nak tunggu is my birthday. Nak kata excited tu tak jugak. Sebab rasa macam dah makin berumur. 21. Muda lagi kot...! Tapi, bila fikir-fikir balik, selama hidup ni, apa je diri ini sudah memberi kepada masyarakat sekeliling? Selama hidup dua dekad ni, adakah apa yang diberi setimpal dengan apa yang diterima? Sangat tertanya-tanya. Sepanjang 21 tahun kau hidup ni, apa je yang kau dah sumbangkan untuk islam? Krik...krik...krik...

Maka, mari kita reflect diri kita balik. Jom muhasabah. Adakah sumbangan kita sama dengan usia kita sekarang? Atau maybe separuh sahaja? Atau maybe suku sahaja? Atau maybe xde langsung? Tepuk dada, tanya iman, lihat kebelakang balik dengan mata hati. Dan mari perbetulkan niat. Bulan Ramadhan bukan hanya untuk mengejar ganjaran. Beribadahlah kerana Allah.

Oh ye! Last but not least, bulan ni kimatsu shiken(final exam). Good luck to myself, my friends, and to all yang sedang, akan and telah ber'exam'. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin!!




Monday 10 June 2013

Malaslah nak Belajar!

BELAJAR!!?

"Penatlah belajar."
"Aku dah fed up belajar."
"Oh! Cukup..cukup..boleh jadi gila kalau aku sumbat lagi otak aku."

Biasa bukan mendengar keluhan-keluhan seperti ini. Kita juga mungkin pernah mengeluh seperti di atas.

Saya juga sering berasa begini. Tipulah kalau kata belajar itu tak penat. Antara menggunakan kekuatan tenaga dan kekuatan otak, percalayah kekuatan otak itu lebih memenatkan. Betapa penatnya otak itu sehingga mampu memberi kesan kepada badan kita. Memang belajar itu penat! 

Namun, apabila rasa itu mula ingin menampakkan dirinya dalam hati saya, cepat-cepat saya bunuh dia dengan kata-kata Imam Syafie.

"Bila kamu tak menahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."

Saya segara bertanya kepada diri saya, "sekarang ni hang pilih. Hang nak penat belajar tapi jadi pandai ke hang nak dok rilek tapi nanti hang menyesal sebab ilmu hang tak sampai mana!?"

"Eh, siapa je yang nak jadi kurang pandai! Semua orang nak jadi pandai! "

"Maka, belajar la penat macam mana pun!"

Ya, begitulah cara saya memotivasikan diri sendiri. Sebagai manusia, memang akan ada satu tahap di mana kita rasa seperti kita perlu menjerit untuk melepaskan segala-galanya. Ok, saya tak larang kalau nak jerit. Silakan. Jeritan anda hak anda. Apa yang penting bagi saya, bagaimana cara kita mengatasi rasa tensi itu. Itulah pentingnya motivasikan diri sendiri.

Akhir kata daripada saya, sentiasa fikir positif dan mari jadi positif.

Hari ni, bersepah orang yang pandai. Tapi orang yang betul-betul pandai sikit je. So, pilih nak jadi yang mana. 😉

Friday 17 May 2013

The Power of Al-Quran

Bismilahirrahmanirrahim.

Setelah sekian lama tidak mencoret di sini atas faktor-faktor tertentu, akhirnya dengan izin Allah S.W.T, coretan di blog ini kembali lagi. Alhamdulillah. :)

Ok, kita kembali ke format yang tak berapa nak serius. Hari ni, nak cerita pasal satu kejadian yang telah berlaku kepada saya yang membuatkan saya rasa seperti, "Oh, Alhamdulillah, aku lahir dalam Islam, dapat kenal al-Quran dengan lebih rapat." Cerita bermula...

Kawan Jepun (KJ) : Kelas hari ni macam takde je..
Kawan senegaraku (KS): Aah la..sensei tak mari2 lagi pun. Cuti kot.

Setelah dipastikan sensei masih melanjutkan cutinya, maka keluarlah gakusei tachi dalam kelas tu. Tinggal kami berempat, kawan jepun, kawan mongolia, kawan senegaraku dan saya.

Kawan mongolia (KM) : Korang tak boleh minum sake kan?
Saya : Aah..
KM : sikit pun??
Saya : yup..
KM : tak kan takde rasa nak minum walaupun sikit?
KS : Sudah perintah Tuhan, kena ikut jugak.
KM : korang ada ke apa2 yang mengatakan sake tu tak boleh diminum? Manual ke?
KS : mochiron ada.
KJ : apa dia?
KS : al-Quran, pernah dengar?
KJ : oh..pernah..pernah..
KM : saya pun, tapi tak pernah baca. Saya pernah baca bible je.

Sambil melayan diorang, menggunakan aplikasi yang wujud dalam phone masing-masing, kami berusaha mencari ayat al-Quran yang menunjukkan sake haram diminum.  Alhamdulillah, jumpa! Kitorang pun dengan penuh semangat yang membara, tunjuk kat diorang berdua.

"(Muhammad), they asked you about wine and gambling. Tell them that there is great sin in them. Although they have benefits for men, the sin therein is far greater than the benefit. They ask you about what they should give for the cause of God. Tell them, "Let it be what you can spare." This is how God explains for you His guidance so that perhaps you will think." (Al-Baqarah : 219)

KM : Eh, ni tulis benefits for men!?
Saya : Cuba tengok ayat yang seterusnya. The sin therein is far greater than benefit. (senyum simpul)

Sambil sengih-sengih, KM mengangguk.

KM : Korang rasa orang minum sake tu teruk tak?

Ambik kau, soalan cepumas gini. Kitorang pun bagi la iken dengan berlapik tapi shoujiki. Tu pun tak dapat dipastikan samada betul-betul terlapik ke tidak..huhu

Maka kisah sake tamat. Kisah baru pulak bermula. Pasal agama dan tuhan.

KM : Orang Islam ada satu je kan kamisama?
Saya : Betul. Satunya.
KJ : Agama awak apa? (tanya kepada KM)
KM : (Senyap kejap). Takde. Awak?
KJ : Maa..(muka konfius)
KM : Saya tak tahu sangat pasal tuhan orang Islam. Macam mana eh?

"(Muhammad), say, "He is the only God (1) God is Absolute (2) He neither begets nor was He begotten (3) There is no one equal to Him (4)" (Al-Ikhlas : 1-4)

KM membaca terjemahan tersebut, setelah saya tunjukkan ayat tersebut.

KM : Ooh...! (Muka berubah sedikit berbanding tadi)
KJ : Eh, dah rehat! Jumpa nanti. (sambil berlalu pergi)

Dengan ini, perbincangan ringkas kami tamat. Oh ye! Segala perbualan di atas sudah dialih bahasa daripada bahasa jepun ke bahasa Melayu. Semoga mereka terbuka hati untuk revert suatu hari nanti.




Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah betapa hebatnya Al-Quran itu. Segala persoalan sudah tertulis jawapannya di dalam al-Quran. Yang tinggal hanyalah kita. Samada kita memilih untuk mendalaminya setiap hari, atau baca hanya pada Ramadhan nanti. Jika novel yang tebal mampu dihabiskan dalam sehari, apa salahnya membaca al-Quran paling kurang sekali sehari. Mulai sekarang, moh kita jadikan al-Quran itu manual hidup kita yang sebenar. Bukan hanya hiasan semata-mata.

Yosh, ganbarou!!

Kosa kata :
sensei - cikgu
gakusei tachi - students
sake - arak
shoujiki - honestly
mochiron - semestinya
kamisama - tuhan



Friday 1 February 2013

Edisi Khas Untuk Hawa

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah berkurun lamanya tak bersua, hari ni nak kongsi pasal satu kisah...kot..
Kisah ini dimulakan dengan satu soalan. Kenapa perempuan yang sudah menutup aurat, bukan bertudung semata2, masih ada yang menjadi mangsa rogol, sexual harassment, etc? WHY??

So, this is what i got as the answer for the question.

Semua perkara dia atas itu berlaku adalah disebabkan kita sendiri sebagai kaum hawa.

Apakah?? Salah kita sendiri?? Tang mana salah tu??

Kadang2, bila orang lelaki pandang semacam kat kita, kita kata diorang pandang kita dengan penuh nafsu. Bila ada orang lelaki sentuh kita lagi2 kat part2 yang tidak relevan, kita kata diorang buat sexual harassment. Tapi, sedar atau tidak bahawa kadang kala kita juga membuat sexual harassment terhadap mereka.

Haa? Apa kes perempuan nak buat sexual harassment kat lelaki. Pandang diorang pun tak rasa apa2..

Kita semua tau, bahawa pandangan lelaki terhadap wanita itu tidak sama dengan pandangan kita terhadap mereka. Walaupun nafsu mereka hanya satu jika dibandingkan wanita yang ada 9 nafsu. Dan satu nafsu mereka itu adalah kepada kaum hawa.

Jadi, bayangkan seandainya ada seorang wanita tidak menjaga aurat dengan sempurna. Secara tidak sengaja, menaikkan syahwat lelaki. Andaikan pada ketika kejadian itu, dia sedang berada dalam keramaian. Justeru, lelaki tersebut tidak akan mengambil kesempatan terhadapnya dalam keadaan yang ramai itu. Sukarkan? Pasti akan dilihat orang lain.

Tidak lama kemudian, seorang lagi wanita yang sangat menitik beratkan soal penjagaan aurat lalu di kawasan tersebut. Pada waktu itu pula, orang ramai mula berkurang. Orang yang lalu lalang boleh dibilang dengan jari sebelah tangan sahaja. Dan lelaki tadi, tentu sahaja masih membayangkan figura yang telah dilihatnya. Secara tidak sengaja, apabila terlihat akan wanita tersebut, terlintas di dalam kepalanya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya. Maka terpaparlah di akhbar, wanita ditemui dalam keadaan separuh bogel. Nauzubillah..

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? wanita atau lelaki?

Pada saya, kedua-duanya salah. Salah wanita kerana menaikkan syahwat lelaki. Salah lelaki kerana tidak mampu mengawal.

Ada sebab mengapa Allah mencipta syariat yang mewajibkan wanita menutup aurat. Sebagai pencipta, sesungguhnya dia Maha Mengetahui kelemahan setiap makhlukNya.

Mari amalkan hidup bersyariat! :)

-hasil dapatan usrah(hatsukoi)-

Monday 24 December 2012

Friendship Fillah!

"Hahaha...lawak gilos cerita ni..haila, penat aku gelak dari tadi."
"Ehem..ehem! Kau dah solat maghrib belum ni?
Aimi memandang Sofia yang sedang menanti jawapannya. Dia asyik menonton movie yang dipinjamkan oleh sahabat sekelasnya.
"He..he..belum lagi."
"Astaghfirullah..pergi la solat dulu. Cuba kau tengok jam tu, dah nak dekat pukul 8. Dah nak habis waktu maghrib."
"Ye la..ye la..aku gerak sekarang."
Aimi berjalan malas menuju ke bilik air. Sesudah berwudhu', dia menunaikan solat tergesa-gesa. 'Ada lagi dua episod nak habiskan ni..'
Sofia hanya mampu menggeleng. 'Semoga kau diberikan hidayah wahai sahabat.'

"Aimi, esok kau busy tak?"
"Tak busy kot. Kenapa?"
"Aku nak mintak kau teman aku pergi satu tempat ni.."
"Pergi mana?"
"Erm..adalah. Nanti aku bagitau. Tapi boleh tak temankan?"
"Yela..yela.."
"Yeay..sayang kau."

"Ni ke tempat yang suruh aku temankan tu??"
"Yup! Jomlah masuk."
Sofia menarik tangan Aimi yang teragak-agak untuk memulakan langkah ke dalam masjid tersebut.
Mereka lalu duduk didalam sebuah bulatan yang telah dibentuk oleh beberapa akhawat.
"Alhamdulillah, hari ini akak nak sharing pasal solat."
Tiba-tiba, hati Aimi bagai dijentik-jentik mendengar sharing itu. 'Ya Allah, apa aku dah buat selama ni?'

"Sofia, esok jangan lupa tau kita dating beramai-ramai kat masjid macam biasa."
"InsyaAllah, aku tak lupa. Sentiasa ingat."
Aimi semakin rajin mengikuti usrah. Dia juga mula berubah perlahan-lahan. Dia sering ingat pesan Sofia, "Drastikya perubahan itu tidak penting,tetapi apa yang penting adalah istiqamah."

"Aimi, uhibbuki fillah abadan abada."
Aimi hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Sofia itu pada suatu malam. Dia tidak mampu meluahkan kata-kata itu di mulutnya. Hanya isi hatinya sahaja yang membalas.


[credit]

   Percikan ombak yang mengenai wajahnya menyebabkan Aimi tersedar. Lama sungguh lamunannya di tepi pantai ini. Dari tadi dia duduk di atas batu besar ini, membuang pandang jauh ke tengah lautan. Hatinya rindu pada Sofia, namun apakan daya, dia tidak akan bertemu Sofia lagi. Sofia telah pergi meninggalkannya akibat sakit yang dipendam lama. Sofia, sahabat yang banyak membantunya mengenal Allah. Merubah dirinya sehingga menjadi Aimi yang baru. "Ana uhibbuki fillah abadan abada ya Sofia." Baru hari ini kata-kata itu mampu diluahkan. Tetapi sayang, Sofia tidak mendengarnya. Dia redha.

'Terima kasih ya Allah, kerana menghantar Sofia untukku. Moga kau tenang di sana sahabat.'

Rasulullah saw. bersabda, “Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.” (Abu Dawud dan Tirmidzi, hadits shahih)

Wednesday 12 December 2012

Peristiwa LRT

"KL Sentral. KL Sentral."
Fuh! Sampai jugak kat KL Sentral setelah melalui hampir 7 stesyen. Selepas ni ada lagi 7 stesyen nak kena lalu. Tadi naik KTM. Sekarang ni kena naik LRT pulak.
'Mak aih! Ramainya umat dalam LRT ni. Sah-sah takda tempat duduk. Berdiri la jawabnya.'
Sebaik sahaja saya berjaya mencelah ke dalam perut LRT, guruh mula berdentum. Saya berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku. Hujan semakin mencurah-curah membasahi bumi.

"Pasar Seni. Pasar Seni."
Seorang auntie berlari-lari masuk ke dalam LRT sambil mengepit sekaki payung. Dia juga berdiri seperti saya. Saya menanti sesiapa yang sudi bangun untuk memberikan tempat duduk kepada auntie itu. Walaupun saya panggil auntie, tapi saya kira kedut sudah mula kelihatan pada wajahnya.

5minit..10minit..

Takda siapa pun bangun. Sehinggalah dua stesyen berikut, seorang lelaki bangun kerana sudah tiba di destinasinya.  Auntie tersebut pun duduklah. Kesian dia, penat berdiri.

"KLCC. KLCC."
Semakin ramai di dalam perut LRT ini. Termasuklah seorang kakak yang sedang sarat mengandung. Saya yang sedang berdiri masih lagi menjadi penunggu setia. Menunggu insan-insan hebat yang sanggup berkorban tempat duduk mereka.

Tiba-tiba, auntie tersebut bangun lalu memberikan tempat duduknya kepada kakak tersebut. Saya hanya mampu memandang sambil menggeleng kepala. Bukan tidak ada orang muda di sekeliling tempat itu, tetapi ramai yang buat-buat tidak tahu. Ada yang berpura-pura tidur.

Mana akhlak kita? Perkara sesimple ini pun gagal dilaksanakan. Bayangkan ketika kita tua nanti, tiada siapa peduli akan kita. Kalau jatuh tepi jalan pun, sendiri la tanggung. Ingatlah, apa yang kita lakukan hari ini akan dibalas Allah suatu hari nanti. Walaupun bukan dengan cara yang sama. Yang pasti, balasan itu tetap ada. Semoga kita semua diberi kesedaran. InsyaAllah.

Saturday 24 November 2012

Tak Perlu Susah2 Boikot! -_-

Bismillahirrahmanirrahim.

  1 Muharram baru-baru ini, Gaza sekali lagi diserang dengan hebat oleh zionis. Maka, timbul kembali isu boikot-memboikot. Pihak yang rasa mereka akan diboikot, mulalah bangkit membela diri. "Kami tak bagi hasil keuntungan kami ke israel." Beberapa hari selepas itu, Malaysia dikejutkan dengan pemberian 'burger telur' F.O.C. Maka, ramailah rakyat Malaysia berbondong-bondong menuju ke premis terbabit untuk mendapatkan 'burger telur'. Buat sendiri kat rumah pun boleh, siap boleh ikut suka hati nak letak berapa biji telur. Nak letak satu papan pun tak ada siapa nak marah. :p

Mungkin ramai antara kita masih belum sedar isu Gaza ni. Bagi diorang, tak penting mana pun Gaza ni kot..

  Melalui perbincangan dengan sumber-sumber yang boleh dipercayai, tahukah anda bahawa Gaza sebenarnya tidak dibenarkan menubuhkan pasukan tentera? Sedangkan Israel mempunyai kekuatan ketenteraan mereka. Maka, adakah situasi di Gaza itu layak dipanggil WAR? Sebenarnya situasi di Gaza itu lebih layak dipanggil GENOCIDE (pembunuhan secara beramai-ramai).

Mereka di Gaza tercari-cari air untuk menunaikan solat, kita di Malaysia solat pun liat.
Mereka di Gaza tidur tak lena, kita di Malaysia dengar azan Subuh terus tutup telinga dan mata.
Mereka di Gaza tercari-cari makanan, kita di Malaysia buang-buang makanan.
Mereka di Gaza bunyi bom jadi santapan telinga, kita di Malaysia dengar bunyi mercun terus menyinga.

Gaza tak dibenarkan tubuh pasukan tentera. Secara logiknya, kekuatan untuk Gaza berperang adalah lemah. Tapi, kenapa zionis tetap nak serang Gaza? Apa yang best sangat main bom-bom Gaza ni?

  Kerana mereka yang berada di Gaza itu amat kuat individu muslim mereka. Maksudnya kat sini, Islam terpahat dengan kukuh dalam hati mereka. Anak-anak Gaza itu sendiri rata-rata sudah menghafaz al-Quran. Kerana itu zionis sangat berminat menyerang Gaza terutamanya membunuh anak-anak kecil Gaza. Pernah diceritakan mengenai kisah seorang rakyat Malaysia yang telah menjejakkan kaki ke Gaza. Kisahnya lebih kurang dialog kat bawah ni. M untuk orang Malaysia. G untuk orang Gaza.

G :  Juzuk al-Quran berapa yang dah kamu hafaz?
M : Saya dah hafaz juzuk 30. Alhamdulillah.
G : Eh! banyak itu je yang kamu hafaz? Bukan ke Malaysia itu aman damai? Tak macam kami di sini.
M : (terdiam)
G : Apa yang kamu sibukkan sampai satu juzuk je yang kamu hafaz?? Kamu sibuk berperang ke??
M : (sentap)

Itulah beza kita dan mereka. Mereka di Gaza ibarat al-Quran bergerak. Kita kat sini? Tafsir al-Fatihah pun tergaga-gagap lagi.

  Berbalik pada isu boikot. Bagi mereka yang ingin memboikot, ada tiga syarikat jenama yang paling perlu kita boikot : McD, Nestle, Starbucks.  Setakat ini belum ada lagi laporan berita mengatakan mereka yang memboikot produk-produk ini mati kebuluran. Mungkin usaha boikot ini kecik, tapi InsyaAllah ganjarannya besar di akhirat nanti.  Sumbangkan apa-apa sahaja walaupun sekecil-sekecil sumbangan.

   Bagi mereka yang tak nak boikot, mungkin kena cakap macam ni --> Tak yah susah-susah nak boikot. Buat penat anda je nanti. Takut-takut anda mati kebuluran pula. Maafkan saya jika ayat ini agak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kerana saya berpendapat bahawa manusia ini sifatnya semakin ditegah, semakin kuat rasa untuk melakukan sesuatu. Tetapi apabila disuruh, bukan main malas lagi nak buat.

Tepuk dada, tanya iman. Bak kata UAI, makan McD itu tidak haram. Tetapi bayangkan anak anda disembelih, kemudian orang yang menyembelih anak anda itu memberi anda makan. Apa perasaan anda?? Sedih? Marah? Tiada apa-apa yang berlaku? Keputusan di tangan anda.

Saya mohon maaf andai ada mana-mana bahagian pada entri ini yang membakar hati anda. Saya hanya meluahkan apa yang terbuku di hati. Untuk menjejakkan kaki ke Gaza, mungkin infiniti peluangnya. Tetapi doa sebagai seorang mukmin itu sangat hebat. Marilah membina individu muslim dalam diri kita. Agar kita memjadi lebih kuat. #PrayForGaza






Monday 5 November 2012

Kedekut VS Pemurah

Suatu petang, di sebuah warung di tepi jalan yang indah.

A : Nak pinjam duit boleh?
B : Kau nak guna untuk apa?
A : Aku nak keluar hujung minggu ni. Tapi takde fulus la...
B : Owh..dengan siapa?
A : Kesayangan aku la..siapa lagi..hehe
B : Makwe kau la ni??
A : Yup! Tepat sekali! Aku janji dengan dia nak belanja tengok wayang. Pinjam duit kau eh?
B : Alamak! Tidak mencukupi la untuk dipinjamkan..sori bangat..
A : Bukan kau baru keluarkan duit ke?
B : Eh, mana anda tau? Kantoi la kau intai aku..
A : Takde masa aku nak intai kau. Aku ternampak kau hari tu la..
B : Yeke..? Tapi serius sori ni, tak dapat memberi pinjam.

Tiba-tiba...

C : Assalamualaikum bro-bro sekalian!
B : Waalaikumussalam w.b.t. Hang dari mana ni?
C : Aku dari pekan. Beli barang-barang untuk program kerohanian hujung minggu ni.
B : Owh..dah settle ke semua benda?
C : Hampir laa..tapi duit ada problem sikit. Untuk makanan, duit tak berapa nak cukup..
B : Jangan risau(sambil seluk poket)..ambik la ni..buat bayar untuk makanan nanti.
C : Alhamdulillah. Tapi banyak sangat la ni..
B : Takpe..takpe..yang lebih tu kau masukkan dalam next program punya dana. Ok?
C : Baiklah kalau begitu. Thanks bangat bro. Aku gerak dulu. Assalamualaikum.
B : Waalaikumussalam w.b.t.

B : Apesal kau pandang aku dengan pandangan yang menakutkan?
A : Kau kata tak cukup duit nak bagi aku pinjam, tapi elok pulak kau bagi duit kat dia tadi. Siap bagi free 
     tak perlu bayar balik lagi. Aku nak pinjam bukannya banyak pun. Lagi sikit kot dari yang kau derma tadi.
B : Tenang..tenang..aku buat semua ni ada sebab aku sendiri.
A :  Apa sebabnya? Kau memang saja kan kedekut dengan aku..? fine la!
B : Memang pun aku saja kedekut dengan kau. Dan memang aku saja pemurah dengan dia tadi.
A : Atas alasan??
B : Kedekut dan pemurah biar pada tempatnya. 
A : Maksud?? Tak faham aku..(garu kepala laju-laju)
B : Aku kedekut dengan kau sebab kau nak pinjam duit aku untuk bawak awek kau tengok wayang.
     Wayang tu kan gelap. Lepas tu kau nak keluar dua orang je dengan awek kau. Mana boleh gitu. 
     Kalau aku bagi pinjam duit tu kat kau, nanti tak pasal-pasal aku dapat sekali saham neraka kau.
     Kenapa aku bagi duit kat bro tadi? Sebab aku tau duit tu akan digunakan untuk program-program
     kerohanian. Semoga keberkatan majlis itu sampai kepada aku. InsyaAllah, boleh la tolong isi saham 
     akhirat aku. 
A : Kau nak cakap aku ni jahat ke sebab keluar dating?
B : Bukan gitu. Aku cuma nak bagi kau nampak beza kedekut dan pemurah pada tempatnya tu. Kalau kau 
      rasa kau jahat, berubah la jadi baik.
A : Yela..yela..nanti aku berubah la.
B : Aku doakan kau berubah. :)

RENUNGAN BERSAMA.
Nak jadi kedekut boleh, tapi biar pada tempatnya. Jadilah kedekut pada perkara-perkara maksiat. Nak jadi pemurah boleh, tapi biar pada tempatnya.Jangan sampai jadi terlebih pemurah. Habis semua surat khabar, ada muka dia tengah sampaikan replika cek kat anak-anak yatim. It's not good. Segalanya terletak di tangan anda untuk jadi pemurah atau kedekut.

LETS BECOME A BETTER PERSON!!!