Sunday 14 October 2012

Tolonglah bersyukur!

Bismillahirrahmanirrahim.

Tengok tajuk pun dah boleh agak kan nak cerita pasal apa. Hari ni nak cerita pasal SYUKUR. Macam mana nak luahkan rasa bersyukur tu? Macam-macam cara ada. Tapi yang paling penting, segeralah ucapkan ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi Allah. Kalau nak tambah lagi, buat sujud syukur. Lagi bagus! Mari kita membuat sedikit penghayatan melalui petikan dialog di bawah ni. Percayalah, semua dialog ni selalu sangat dengar. Entah-entah, kita pun suka cakap jugak. Ops!!

"Wah, hebatnya kau jawab soalan ni!"
"Well..aku penat kot cari jalan macam mana nak jawab."
-> Hello bro/sis, please say Alhamdulillah. Kalau Allah tak bagi buah fikiran tu, tak terjawab jugak soalalan tersebut walaupun kacang je.

"Tengok warna kuah ni je, aku dah tau rasa dia entah pape."
-> Boleh tak kalau makan je makanan tu tanpa mengeluarkan sebarang komplen? Cuba bayangkan andai suatu hari nanti, takde sesiapa dah nak menghasilkan makanan, bahan nak masak makanan tu pun xde. Masa tu macam mana nak cari makanan? Mati kebulur gitu je la jawabnya. (Saya bagi andaian macam ni sebab saya rasa orang dah bosan kalau suruh bayangkan macam mana orang yang dekat Iraq sume tu.)

"Ya Allah. Kayanya kau sekarang..!"
"Ni semua hasil titik peluh aku sendiri selama aku hidup ni."
-> Wah..wah..wah..manisnya mulut anda berkata-kata. Anda hidup kat atas dunia ni pun pakai oksigen yang Allah s.w.t. bekalkan tau. Walaupun anda berusaha ibarat anda bekerja seperti akan hidup 100 tahun lagi, kalau Allah s.w.t. tak nak turunkan rezeki tu kepada anda, takkan kayalah anda jawabnya. Usaha itu penting, tetapi keberkatan rezeki itu lagi penting.

"Kacak gila mamat ni.."
Anda yang dipuji mulalah kontrol macho..ehem..ehem..'Ni semua hasil pencuci muka yang aku pakai.'
-> Jangan nak perasan sangatlah. Asyik nak kontrol macho je, dibuatnya terlanggar tiang, benjol kepala. Tak pasal-pasal dahi terlebih jendul. Hilang macho bro. Ingat sikit, semuanya datang daripada Allah s.w.t. Bukannya datang daripada pencucui muka ke apa, walaupun guna pencuci muka yang paling mahal.

Kalau nak tulis segala dialog yang seangakatan dengan dialog di atas ni, sampai esok pun saya tak habis lagi menaip.huhu. Apa yang penting, sentiasa hadirkan rasa syukur dalam diri kita. Ingatlah bahawa kita ni hamba Allah. Hamba yang lemah. Kerana untuk bernafas di muka bumi ini pun, kita menggunakan oksigen yang Allah s.w.t. bekalkan. Ada ke orang hidup kat dunia ni pakai oksigen sendirian berhad? Sekali Allah tarik oksigen tu, goodbye je lah jawabnya. Air takde kejap je pun kita dah menggelebah macam apa. Kan??

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu."       (Ibrahim : 7)

Maka, tidak ada ruginya jika kita bersyukur. Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Terpulang kepada kita bagaimana kita mahu menggambarkan rasa syukur itu. Lagi satu, situasi ni selalu berlaku kat kita. Bila ada orang puji kita, kita terkesima. Dah sejam lebih berlalu, "Alamak, aku terlupa nak ucap Alhamdulillah!" Sebab apa jadi begini? Budaya mengucapkan Alhamdulillah at the first place tu takda dalam jiwa kita. Maka, mari kita budayakan ucap ALHAMDULILLAH terlebih dahulu.

Say what???? Say "ALHAMDULILLAH." Tak susahkan nak sebut? Simple je bro.. Tak sampai tiga saat pun..

(credit)

PengAKHIRan kita BAGAIMANA?

"Assalamualaikum Encik X. Encik bapa kepada Y bin X ke?"
"Ye saya. Siapa yang sedang bercakap ni?"
"Saya Inspektor Z. Anak Encik X berada dalam tahanan kami sekarang atas sebab merempit. Harap encik dapat hadirkan diri ke balai."
"Ye lah..ye lah..saya datang sekarang."
"Terima kasih encik."

"Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku."
"Maaflah pak. Saya janji tak buat lagi."
"Janji..janji..janji! Tu je yang kau tau sebut. Buatnya tak reti. Hidup menyusahkan orang, mati nanti pun menyusahkan orang agaknya."


Adakah anda pasti bahawa seseorang yang berperangai buruk ketika hidupnya akan mati sebagai seorang yang dikeji juga? Adakah anda juga pasti bahawa seseorang yang terkenal dengan sifat yang baik akan mati sebagai seorang yang disanjung?

Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Boleh jadi kita mati dalam keadaan sempat mengucap kalimah syahadah. Boleh jadi juga kita mati dalam keadaan sedang meneguk arak. Nauzubillah. Ada orang yag ketika hayatnya, asyik dikeji. Tetapi urusan kematiannya dipermudahkan Allah. Ada juga orang yang hayatnya sentiasa disanjung, tetapi jenazahnya tidak dikunjung. Sesungguhnya Allah s.w.t.  itu berkuasa untuk menjadikan segala sesuatu. Sebagai seorang hamba, kita mesti sentiasa berdoa agar kita mendapat husnul khatimah.

Beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari. Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seratus tahun lagi.

Semoga kita semua mendapat husnul khatimah. InsyaAllah.

Al-Fatihah buat mereka yang telah menuju ke alam barzakh.

Friday 5 October 2012

Aku Menyesal!

"Argh!!!"
"Opocot mak kau..terkejut aku. Kau kenapa jerit tiba-tiba ni?" Amirah memukul lengan Yana.
"Aku tensi la..tensi!! Kau tau tak tensi tu apa!?"
"Rileks..aku tau lah tensi tu apa. Takut aku tengok kau. Kusut semacam je. Cuba cerita dengan aku."
Amirah cuba memujuk Yana.
Yana menggaru-garu kepala. "Aku tak tau nak mula dari mana.."
"Takpa..takpa..take your time. Aku tunggu."
"Haih..kau tau apa jadi kat aku dengan si buaya tu?"
"Buaya?? Siapa tu?" Amirah membuat muka blur.
"Alah..si Ramlan tu lah.."
"Oh..! Tapi kenapa buaya? Elok je aku tengok dia. Takda gaya macam buaya pun?" Amirah menyeringai.
"Aku je tau sebab dia. Kau takyah sibuk nak tau." Bengang Yana dengan Amirah yang banyak bertanya.
"Tak baik kau panggil dia macam tu. Tak elok tau kita bagi gelaran yang bukan-bukan kat orang. Nanti tak pasal-pasal kau yang jadi buaya. Aku tak tau." Amirah cuba menasihati Yana dalam nada gurauan.
Yana mendiamkan diri. Malas untuk membalas kata-kata Amirah. Mukanya masam mencuka.
"Ok..ok..back to your story." Amirah segera mengubah topik.
"Aku menyesal.." Perlahan sahaja suara Yana memulakan bicara setelah lama mendiamkan diri. Amirah tidak berkata apa-apa. Dia setia mendengar perkataan yang bakal meluncur dari mulut Yana.
"Aku menyesal sebab couple dengan  Ramlan dulu. Setahun..setahun yang sia-sia. Tak mengubah hidup aku apa-apa pun. Bukannya aku jadi makin baik..makin tak baik adalah..kenapalah aku bodoh sangat dulu..?"
Yana mula menangis. Terhenjut-henjut bahunya menahan tangis.
"Aku bodoh!!" Yana menggeleng-gelengkan kepala.
Amirah memujuk. Amirah menarik Yana ke dalam pelukannya, membiarkan air mata Yana tumpah ke bahunya. "Istighfar banyak-banyak Yana. Share dengan aku. Biar lapang dada kau."
"Aku tak tau kenapa aku boleh terjebak nak couple dengan 'dia' tu. Aku tau couple tu tak elok. Tapi.."
Semakin kuat esakan Yana.
"Aku menyesal..sangat menyesal. Aku nak lupakan setahun yang aku dah lalu dengan 'dia'. Aku nak segala memori aku dengan 'dia' tu hilang selama-lamanya.."
"Yana..anggaplah setahun yang kau dah lalu tu sebagai satu pengajaran. Allah takkan pilih kau untuk lalui semua ni kalau kau tak mampu."
"Aku nak lupakan segala memori aku dengan 'dia'..boleh tak?"
"Kau nak lupakan macam mana?"tanya Yana.
"Tak kisahlah macam mana pun. Aku rela kalau aku terhantuk kat pokok, aku hilang ingatan..asalkan memori aku dengan 'dia' hilang!" Yana masih belum reda dari tangisnya.
"Astaghfirullah..jangan macam tu Yana. Tak baik cakap macam tu. Tak semua perkara yang kita inginkan itu baik untuk kita. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 216 : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
Yana mendiamkan diri. Tangisannya mula reda. Amirah menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan bicara.
"Andai kata kau terhantuk pokok, kau rasa memori kau dengan 'dia' sahaja ke yang hilang? Macam mana pula memori kau dengan keluarga kau? Memori kau dengan sahabat baik kau ni? Kau sayang keluarga kau kan? Mesti kau tak nak memori kau dengan keluarga kau hilang. Betul tak?"
Yana mengangguk perlahan. Dia amat menyayangi keluarganya. Dia sayang akan persahabatannya dengan Amirah. Dia tidak mahu hanya kerana seorang lelaki, dia hilang segala memori dengan keluarga dan sahabatnya.
"Hidup perlu diteruskan. Kita kena maju ke hadapan. Jangan kenangkan perkara yang dah lepas."
"Tapi sekali-sekala kena toleh ke belakang juga. Ambil iktibar agar tidak tersasar di masa hadapan."
Yana menambah kata-kata Amirah sambil tersenyum. 
"Kau dah ok kan?"
"Alhamdulillah..terima kasih tau nasihat aku.."
"That's what friends are for.." 
Yana memeluk sahabat baiknya. "Aku sayang kau.."
"..kerana Allah.." sambung Amirah.