Friday 5 October 2012

Aku Menyesal!

"Argh!!!"
"Opocot mak kau..terkejut aku. Kau kenapa jerit tiba-tiba ni?" Amirah memukul lengan Yana.
"Aku tensi la..tensi!! Kau tau tak tensi tu apa!?"
"Rileks..aku tau lah tensi tu apa. Takut aku tengok kau. Kusut semacam je. Cuba cerita dengan aku."
Amirah cuba memujuk Yana.
Yana menggaru-garu kepala. "Aku tak tau nak mula dari mana.."
"Takpa..takpa..take your time. Aku tunggu."
"Haih..kau tau apa jadi kat aku dengan si buaya tu?"
"Buaya?? Siapa tu?" Amirah membuat muka blur.
"Alah..si Ramlan tu lah.."
"Oh..! Tapi kenapa buaya? Elok je aku tengok dia. Takda gaya macam buaya pun?" Amirah menyeringai.
"Aku je tau sebab dia. Kau takyah sibuk nak tau." Bengang Yana dengan Amirah yang banyak bertanya.
"Tak baik kau panggil dia macam tu. Tak elok tau kita bagi gelaran yang bukan-bukan kat orang. Nanti tak pasal-pasal kau yang jadi buaya. Aku tak tau." Amirah cuba menasihati Yana dalam nada gurauan.
Yana mendiamkan diri. Malas untuk membalas kata-kata Amirah. Mukanya masam mencuka.
"Ok..ok..back to your story." Amirah segera mengubah topik.
"Aku menyesal.." Perlahan sahaja suara Yana memulakan bicara setelah lama mendiamkan diri. Amirah tidak berkata apa-apa. Dia setia mendengar perkataan yang bakal meluncur dari mulut Yana.
"Aku menyesal sebab couple dengan  Ramlan dulu. Setahun..setahun yang sia-sia. Tak mengubah hidup aku apa-apa pun. Bukannya aku jadi makin baik..makin tak baik adalah..kenapalah aku bodoh sangat dulu..?"
Yana mula menangis. Terhenjut-henjut bahunya menahan tangis.
"Aku bodoh!!" Yana menggeleng-gelengkan kepala.
Amirah memujuk. Amirah menarik Yana ke dalam pelukannya, membiarkan air mata Yana tumpah ke bahunya. "Istighfar banyak-banyak Yana. Share dengan aku. Biar lapang dada kau."
"Aku tak tau kenapa aku boleh terjebak nak couple dengan 'dia' tu. Aku tau couple tu tak elok. Tapi.."
Semakin kuat esakan Yana.
"Aku menyesal..sangat menyesal. Aku nak lupakan setahun yang aku dah lalu dengan 'dia'. Aku nak segala memori aku dengan 'dia' tu hilang selama-lamanya.."
"Yana..anggaplah setahun yang kau dah lalu tu sebagai satu pengajaran. Allah takkan pilih kau untuk lalui semua ni kalau kau tak mampu."
"Aku nak lupakan segala memori aku dengan 'dia'..boleh tak?"
"Kau nak lupakan macam mana?"tanya Yana.
"Tak kisahlah macam mana pun. Aku rela kalau aku terhantuk kat pokok, aku hilang ingatan..asalkan memori aku dengan 'dia' hilang!" Yana masih belum reda dari tangisnya.
"Astaghfirullah..jangan macam tu Yana. Tak baik cakap macam tu. Tak semua perkara yang kita inginkan itu baik untuk kita. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 216 : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
Yana mendiamkan diri. Tangisannya mula reda. Amirah menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan bicara.
"Andai kata kau terhantuk pokok, kau rasa memori kau dengan 'dia' sahaja ke yang hilang? Macam mana pula memori kau dengan keluarga kau? Memori kau dengan sahabat baik kau ni? Kau sayang keluarga kau kan? Mesti kau tak nak memori kau dengan keluarga kau hilang. Betul tak?"
Yana mengangguk perlahan. Dia amat menyayangi keluarganya. Dia sayang akan persahabatannya dengan Amirah. Dia tidak mahu hanya kerana seorang lelaki, dia hilang segala memori dengan keluarga dan sahabatnya.
"Hidup perlu diteruskan. Kita kena maju ke hadapan. Jangan kenangkan perkara yang dah lepas."
"Tapi sekali-sekala kena toleh ke belakang juga. Ambil iktibar agar tidak tersasar di masa hadapan."
Yana menambah kata-kata Amirah sambil tersenyum. 
"Kau dah ok kan?"
"Alhamdulillah..terima kasih tau nasihat aku.."
"That's what friends are for.." 
Yana memeluk sahabat baiknya. "Aku sayang kau.."
"..kerana Allah.." sambung Amirah.




No comments: