Friday 30 December 2011

Kalau Allah wujud, kenapa tak boleh nampak Allah?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni saya nak cite pasal satu lagi soalan kontroversi yang selalu ditembak ke umat Islam. Soalan dia..jeng..jeng..jeng...

"Korang kata Allah tu wujud, ada. Tapi kenapa kita tak boleh nampak Allah? Korang tipu eh??"

Cop..cop..!! Mana ada tipu. Betullah Allah ada, wujud. Tapi ada la sebab kenapa kita tak boleh tengok Allah. sebabnya Allah dah ciptakan kita tidak boleh melihat-Nya.

Senang cite macam ni, katalah saya cipta remote control aircond. Remote tu mestilah guna dia nak control aircond. Tapi saya cipta remote tanpa mata yang dapat tengok saya. So, agak-agak remote tu boleh ke tengok saya sebagai orang yang cipta dia? Of coz la tak boleh, sebab saya tak bagi dia mata untuk tengok saya.

Jadi, samalah konsepnya kenapa kita tidak boleh melihat Allah. Namun kita percaya akan kewujudan-Nya kerana banyak bukti yang menunjukkan kewujudan Allah.

Sekian untuk hari ini..:)

Thursday 29 December 2011

Kami tak Sembah Kaabah

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini nak post pasai soalan yang sering dilontarkan iaitu, "Orang Islam sembah Kaabah yang kat Mekah tu eh?" Pasai apa diorang tanya, diorang tengok orang Islam ni tertonggeng-tonggeng dok menyembah binaan segi empat tu.

Eh, mana ada kitorang sembah Kaabah! Kitorang sembah Allah s.w.t. Kaabah tu kiblat kitorang. Kalau betul kitorang sembah Kaabah, kenapa kitorang selamba je pijak gambar Kaabah yang kat sejadah tu? Kalau betul kitorang sembah Kaabah, mesti kitorang dok ngelak-ngelak gambar Kaabah kat sejadah tu. Lepas guna sejadah, mesti simpan sejadah kat tempat tiggi, tempat mulia. Tapi, lepas guna, kitorang biar je sejadah tu kat atas lantai. Haa, maksudnya kitorang tak sembah Kaabah tapi kitorang sembah Allah Maha Esa.

Jangan salah faham!! :)

Tuesday 27 December 2011

Ini kes serius!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Post kali ini benar-benar serius kerana post ini ditulis atas dasar rasa tidak puas hati terhadap golongan yang mengutuk Rasulullah s.a.w. Marcapada, saya sering sangat terbaca tuduhan yang mengatakan Rasulullah s.a.w. seorang yang sukakan kanak-kanak (ops..saya lupa istilah dia apa) dan sebagainya. Maka, post ini dipost untuk menjawab tuduhan tersebut.

Ehem2..anda mengatakan begitu kerana Rasulullah mengahwini Aisyah ketika Aisyah berusia 6 tahun. Pada pandangan anda, "uish, muda sangat ni Aisyah kawen". Namun begitu, cuba bandingkan tahap kematangan gadis zaman dahulu dan sekarang.

X nampak eh beza? -_-

Cuba bandingkan anda dengan nenek anda. Berapakah umur nenek anda sewaktu mula-mula berkahwin? Kebiasaannya umur belasan la kan? Umur 11 tahun, 12 tahun dan ke atas. Waktu tersebut, nenek anda sudah mampu menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah. Sudah boleh memasak, jaga anak, jaga suami. Semuanya mampu dijaga.

Sekarang, bandingkan pula dengan diri anda. Pada usia 11 tahun, mungkin ada yang masih merengek-rengek bila tak dapat apa yang dihajat. Senang cakap, "Baju pun bibik basuhkan, nak makan maggi pun tunggu mak masakkan, macam mana nak jaga suami? Diri sendiri pun terumbang-ambing."

Haa..nampak tak bezanya sekarang?

Kesimpulannya, Rasulullah s.a.w. kahwin dengan Aisyah bukan sebab baginda suka kanak-kanak (again, saya lupa istilah dia), tetapi sebab kematangan gadis-gadis pada waktu tersebut yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah.

Fikir-fikirkan..Kalau nak tambah, jangan malu-malu ye!! :)

Tuesday 11 October 2011

Take 5 sket..!

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni post santai je...Saya ada dua soalan.

Soalan 1: Apakah surah terpanjang dalam al-Quran?

Soalan 2: Apakah surah terpendek dalam al-Quran?




Jawapannye: 1) Al-Baqarah   2) Al-Kautsar

Friday 7 October 2011

PiliHan

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini saya berhajat untuk berkongsi ilmu yang saya dapat menerusi usrah. Alkisah mengenai pilihan. Dalam surah Al-Hajj iaitu surah ke 22, ayat 75. Saya menerangkan secara ringkas sahaja ayat tersebut. Ayat tersebut mengatakan bahawa Allah memilih utusan-utusannya daripada kalangan manusia dan malaikat. Apakah tugas manusia di muka bumi ini? Sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah. Seluruh manusia tidak kira muslim atau tidak memegang tanggungjawab yang sama sebenarnya. Sebenarnya, pilihan yang disebutkan dalam ayat ini merupakan peringkat pertama. Apakah pula peringkat kedua?


Kita lihat pula ayat 78 surah yang sama.


Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.


Maksudnya di sini, Allah membuat pemilihan kedua untuk meletakkan tanggungjawab yang lebih berat kepada insan-insan terpilih. Mereka inilah yang akan berjihad dengan sebenar-benarnya di jalan Allah. Namun begitu, Allah telah berjanji bahawa tidak akan membebankan mereka dengan bebanan yang tidak mampu dipikul untuk melunaskan tanggungjawab. Betapa beruntungnya mereka yang menjadi "The Chosen One" ini..Subhanallah.


Nak kongsi sket ni..: Dalam ramai-ramai sahabat Nabi, hanya 400 orang yang dikebumikan di Mekah. Selebihnya dikebumikan di merata tempat. Sebab apa? Hal ini menunjukkan bahawa mereka melunaskan tanggungjawab mereka sebagai khalifah yang berjihad di jalan Allah. Usaha mereka itu salah satu penyebab mengapa Islam sampai di negara kita hari ini. Alhamdulillah. Dapat merasa nikmat iman dan nikmat islam tu. 





Monday 3 October 2011

Critical Thinking!

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah atau tidak anda dihujani dengan soalan luar alam oleh non-muslim? Soalan luar alam yang saya maksudkan di sini ialah soalan yang mencabar KBKK anda?

Contohnya: Kenapa ada orang Islam ketika qiam, tangannya pada dada? bukan tu salah ke?

Jika anda diberi soalan begini, apakah jawapan anda? Mungkin ada sebahagian yang terus bernattoku (bersetuju) dengan soalan tersebut lantas mengiyakan. Bagaimana jika anda mengiyakan namun hakikat sebenar terdapat pelbagai pendapat mengenai soalan tersebut?

Justeru, di sinilah pentingnya untuk memiliki critical thinking ini. Jika kita dihujani dengan soalan-soalan atau pendapat-pendapat, jangan terus percaya bulat-bulat. Sila buat kajian terlebih dahulu. Barulah boleh percaya atau tidak. Hal ini kerana, umat Islam yang tidak mempunyai critical thinking ini sangat mudah dipengaruhi oleh orang lain. Oleh itu, marilah melatih minda kita menjadi critical thinking...


p/s: Tahniah kepada artis-artis Malaysia yang mula berubah ke arah kebaikan.semoga berterusan. InsyaAllah!

Tuesday 13 September 2011

Tamat sudah Ramadhan ini tahun!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Sedar tak sedar, sudah hampir dua minggu Ramadhan meninggalkan kita. Sekarang kita bertemankan Syawal pula. Tahniah kepada mereka yang berjaya memanfaatkan Ramadhan sebaik mungkin!!!

Oh ya! Setelah Ramadhan berlalu, marilah kita menambah pahala dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal ini. Kepada gadis-gadis dan wanita-wanita, jangan lupa untuk mengqadhakan puasa yang terpaksa ditinggalkan di bulan Ramadhan. Jangan bertangguh! Bimbang jika perkara yang mudah menjadi beban yang terpaksa kita pikul akibat sikap tidak endah kita sendiri.

Akhir kata, Selamat Menjalani Ibadah Puasa Enam dan Qadha Puasa.

Wassalam...

Sunday 21 August 2011

LasT PhasE!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Sedar atau tidak, kita sudah berada pada fasa terakhir bulan Ramadhan, fasa pembebasan dari api neraka!!!
Tadarus kita bagaimana? Sudahkah berada pada 10 juzuk terakhir?
Perbanyakkan amalan, mudah-mudahan mendapat LAILATUL QADAR!!!



Selamat beramal!!!

Thursday 11 August 2011

FaSa KeDuA!!

Fasa pertama Ramadhan iaitu RAHMAT ALLAH telah pun tamat..
Fasa kedua Ramadhan iaitu MAGHFIRAH bermula!!!
Oleh itu, JOM GANDAKAN AMALAN KITA!!!
YOSH!!!GANBARIMASYOU!!!


Monday 8 August 2011

Ramadhan Bulan Al-Quran


  • Bulan di mana semua orang berusaha untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran.
  • Tadarus Al-Quran.
  • Nuzul Quran pada 17 Ramadhan ini.
  • Di mana-mana sahaja dapat dilihat kebanyakan orang membawa Al-Quran bersama mereka.
Namun begitu, dalam keghairahan kita untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran, harus diingat bahawa kesucian Al-Quran hendaklah dijaga. Sebenarnya, objektif yang lebih utama ialah mencari redha Allah. Oleh itu, jika kita berjaya khatam Al-Quran, namun hukum tajwid, makhraj huruf dan sebagainya tidak diambil berat, tidak ada gunanya. Jika sekalipun kita gagal khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan ini namun berjaya memperbaiki mutu bacaan kita, itu lebih baik. Lebih elok lagi jika amalan ini diteruskan walaupun Ramadhan telah menutup tirainya. Selamat beramal...!

رمضان شهر القرءان

Wednesday 3 August 2011

Ahlan Ya Ramadhan!!!

Firman Allah S.W.T:
 “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ 
 (Surah Al-Baqarah: 183)


Monday 18 July 2011

Perginya Seorang Mujahidah...

Pagi ini kita telah dikejutkan dengan berita pemergian YB. Dr.  Lo'lo'. Sebenarnya, saya telah mendapat berita pemergian beliau lebih kurang pukul 11.00 malam, 17/7/2011. Alhamdulillah, saya telah berkesempatan untuk menziarahi jenazah pada pagi ini di Masjid al-Akram, Kg. Datuk Keramat. Saya juga berkesempatan untuk turut serta menghantar jenazah ke tanah perkuburan Keramat.

Dr. Lo'lo'-Dalam Kenangan
Saya mula berada di Masjid al-Akram sejak jam 7.00 pagi. Saya telah berpeluang untuk membacakan Yassin dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah. Ketika itu, masih sedikit orang yang berada di situ. Namun begitu, terdapat juga segelintir yang telah berada di masjid sejak malam sebelumnya kerana jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke masjid sejak lebih kurang jam 12.30 malam. Tatkala hari mulai cerah, semakin ramai orang memenuhi perkarangan masjid. Orang ramai tidak putus-putus mengunjungi masjid untuk memberikan penghormatan terakhir. Orang ramai berbaris panjang untuk berbuat demikian. Saya juga dapat melihat kekecewaan terpancar pada wajah mereka yang kecewa kerana tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarhamah. Kerana pada waktu itu sudah tiba masa untuk menunaikan solat jenazah.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Terdapat sebahagian jemaah lelaki yang terpaksa menunaikan solat jenazah di ruang atas masjid kerana ruang utama telah dipenuhi dengan para jemaah. Subhanallah! Bayangkan berapa banyak saf yang didirikan untuk menunaikan solat jenazah tersebut. 

Setelah selesai solat jenazah, jenazah Allahyarhamah telah diusung ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid. Orang ramai turut berarak untuk mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Orang ramai yang turut serta mengiringi jenazah Allahyarharmah ke tanah perkuburan.

Jenazah diangkat oleh orang ramai yang berjalan kaki ke tanah perkuburan.
Sebaik tiba di kawasan perkuburan, orang ramai berpusu-pusu mahu memenuhi kawasan tersebut walaupun pintu masuk ke tanah perkuburan agak sempit. Kawasan perkuburan tersebut dipenuhi oleh orang ramai dari pintu masuk hingga ke pintu masuk yang satu lagi. Dianggarkan bahawa lebih 3000 orang yang menziarahi jenazah Allahyarhamah. Sebahagian besar daripada mereka mengikuti hingga ke bacaan talkin. Jika difikirkan kembali, Allahyarhamah pulang ke rahmatullah sehari selepas nifsu sya'ban, setelah buku lama diganti dengan buku yang baru. Subhanallah! 

Semogo roh beliau dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah.InsyaAllah... 

Tuesday 28 June 2011

Insan yang Bergelar IBU..!!!

"Kalau mak aku nak add aku kat fb, aku kena buat akaun lain,"kata Z.
"Mengapakah?"tanya Y.
"Nanti mak aku tau la apa aku buat, aku tak suka,"jawab Z.

Saya seringkali mendengar luahan sperti dialog di atas ini. Dialog-dialog seperti ini menyebabkan saya terfikir akan institusi kekeluargaan pada hari ini. Pada pendapat saya, dialog ini tidak seharusnya wujud. Sekiranya hubungan kita dengan ibu dalam keadaan yang baik, apa salahnya jika ibu kita menjadi sahabat di akaun laman sosial kita. Tidak ada silapnya jika seorang ibu ingin mengambil tahu akan aktiviti kita dengan sahabat-sahabat. Itu tandanya bahawa masih ada orang yang mahu mengambil berat akan kita. Lebih elok jika kita bersikap jujur dengan ibu. Tidak guna jika kita ingin menyorokkan sesuatu daripada pengetahun ibu. Naluri seorang ibu tetap dapat membaca apa yang cuba disembunyikan.

 Bayangkan jika suatu hari nanti, tidak ada lagi insan yang bergelar ibu. Tidak ada lagi suara yang bertanya itu dan ini kepada kita. Siapakah yang masih mahu mengambil berat akan kita.? Samakah ibu kita dengan insan lain? Pada saat itu, barulah kita sedar akan betapa pentingnya kehadiran ibu dalam hidup kita. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Tidak ada gunanya lagi. Oleh itu, gunakanlah peluang yang  masih ada untuk berbakti kepada ibu. Tanpa ibu, siapalah kita....

Ciumlah pipi dan dahi ibu anda, peluklah beliau seerat-eratnya, bisikkanlah SAYA SAYANG IBU..IBULAH IBU SAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT...InsyaAllah.... 


Wednesday 15 June 2011

MukAshi to GenZai...(dulu dan kini)

Bismillahirrahmanirrahim...

  Kalau difikirkan kembali, bagaimanakah orang zaman dahulu dan hari ini mencari ilmu? Nampak ke perbezaannya.? Atau sama sahaja?

  Orang pada zaman dahulu sanggup bersusah payah untuk mencari ilmu. Walaupun terpaksa mengerah keringat, mengorbankan masa, mereka tetap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu tersebut. Contohnya, pada zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat sanggup menempuh pelbagai halangan, rintangan mahupun dugaan untuk mendengar dakwah Rasulullah s.a.w. yang diadakan di rumah al-Arqam.

  Cuba lihat pula bagaimana datuk, nenek atau moyang kita menuntut ilmu. Mereka juga mengalami pelbagai kesukaran untuk mendapatkan ilmu tersebut. Lebih-lebih lagi, apabila negara kita mula dimasuki penjajah, ilmu agama itu semakin sukar diperoleh. Hal ini berlaku disebabkan wujudnya campur tangan penjajah dalam sistem pendidikan negara.

  Namun begitu, hari ini pada saat ilmu itu sangat mudah dicari, tidak ramai yang berminat untuk berbuat demikian. Pada era millenium, zaman penggunaan teknologi yang berlakunya anjakan paradigma dari hari ke hari, segala maklumat di hujung jari, semakin bertambah rasa malas untuk mencari ilmu. Sepatutnya, kita yang berada pada zaman ini mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Sentiasa berkobar-kobar untuk menambah ilmu di dada. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.

  Sekiranya umat Islam mempunyai semangat yang tinggi dalam menuntut ilmu, maka 10 orang yang terkaya di dunia adalah pengikut Rasulullah s.a.w. Senarai 100 orang yang cemerlang SPM, PMR mahupun UPSR terdiri daripada bin dan binti. Namun, disebabkan kelemahan orang Islam pada hari ini, penganut agama lain menguasai dunia.

  Ingatlah,     طلب العلم فريضة على كل مسلم

Melentur buluh biarlah dari rebung

Friday 20 May 2011

PERANG PEMIKIRAN!!!

Q : Siapakah pihak yang terlibat dalam peperangan ini?
A : Zionis dan umat Islam. Zionis merupakan penyerang manakala umat Islam adalah mangsanya.

Q : Adakah terdapat sebarang tujuan dalam melancarkan peperangan ini?
A : Ya, semestinya ada! Zionis melancarkan peperangan ini atas 4 tujuan iaitu; meragu-ragukan, memberi  
      gambaran buruk, peleburan budaya dan melakukan perubahan terhadap umat Islam.

Q : Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Yahudi untuk merealisasikan perang terbabit?
A : 1) Mereka mencabut al-Quran daripada umat Islam. 
     2) Mereka melenyapkan semangat jihad yang sepatutnya ada dalam diri setiap umat Islam.
     3) Mereka meleburkan keperibadian Islam.
     4) Mereka menghilangkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.

Q : Apakah pula alat yang digunakan oleh Yahudi dalam peperangan ini?
A : 5S -
     screen -> melalui rancangan-rancangan televisyen yang berbentuk hiburan sehingga mampu melalaikan
                    umat Islam daripada menjalankan kewajipan sebagai hamba.
     
     sex -> betapa banyaknya rancangan televisyen dan iklan yang berbaur seks.

     song-> berjaya menghasilkan lagu-lagu yang 'catchy' sehingga umat Islam lupa akan zikrullah...

     smokes-> bukankah telah adanya fatwa yang menyatakan pengharaman rokok???

     sport-> sangat gempak kalau bersukan sampai tak ingat dunia. Keasyikan bersukan ini menyebabkan
                  ada ulama yang berani menyatakan bahawa tidak mengapa meninggalkan solat kalau sedang
                  terlibat dalam game bola sepak..hmm...

      4F -
      Food-> berjaya memperkenalkan makanan segera yang sangat famous seperti McD, sedangkan McD 
                   merupakan antara penyumbang terbesar Yahudi untuk membunuh umat Islam!!!

      Fun-> keseronokan berhibur mampu mengatasi segala-galanya.

     Female-> sangat suka mengeksploitasi kaum wanita sedangkan Islam mengangkat darjat seorang wanita...

     Fashion-> fesyen Islamik tapi terdedah sana-sini...

Q : Apakah produk-produk yang menjadi penyumbang terbesar terhadap kejayaan Yahudi membunuh Islam?
A : Nestle, Coke, L'oreal, McD. Seboleh-bolehnya elakkan diri daripada membeli barang-barang ini.

p/s: Masing-masing telah dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir, maka fikir-fikirkanlah peperangan ini kerana sifatnya sangat sistematik dan diam-diam ubi berisi. Renung-renungkan dan selamat beramal...

Thursday 21 April 2011

IbTiLa' atau iStiDraJ???

Apa itu istidraj? Selalu dengar tapi tak pernah pula nak ambik tau maksud dia....Apa entah maksud dia...

Baiklah... Istidraj bermaksud sesuatu kesenangan yang Allah berikan kepada hamba-Nya untuk menambahkan lagi kesesatan hamba tersebut. Contohnya, seorang lelaki kafir. Tidak beriman kepada Allah. Namun begitu, kehidupannya sangat bahagia. Punya harta yang melimpah ruah. Kebahagiaan yang tidak terbatas. Pendek kata, orang lain juga akan berasa cemburu akan kehidupannya. Tetapi, keimanan terhadap Allah tidak pernah wujud dalam hatinya walaupun sekelumit. Malah, semakin jauh hatinya daripada keinginan untuk mengenali Allah. Situasi beginilah dikatakan sebagai istidraj.

Ibtila' ini apa pula? Lagi la tak pernah tau... Adik-beradik istidraj juga ke?

Ibtila' pula berlawanan dengan istidraj. Ibtila' ialah sesuatu musibah yang dikurniakan Allah kepada seseorang yang baik. Ibtila' ini dikurniakan Allah untuk memberi hikmah dan juga 'ibrah kepada hamba-Nya. Antara merek yang mendapat ibtila' ialah para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Ibtila' juga menunjukkan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Contohnya, seorang hamba yang taat telah ditimpa musibah berturut-turut. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Akan tetapi, hamba yang taat itu tidak pernah berpaling daripada Penciptanya malah semakin bertambah utuh keimanannya. Alhamdulillah...

Itulah sedikit perbezaan antara istidraj dan ibtila' yang dapat saya kongsikan.... 

Saturday 16 April 2011

Kisah KUMBANG dan BUNGA!!!

Pada suatu petang yang nyaman di sebuah taman bunga yang indah, "seorang Kumbang" yang hensem dan "seorang Bunga" yang cun sedang asyik memadu kasih...

Bunga : Kumbang, kenapa awak suka sangat hisap segala madu yang saya ada?

Kumbang : Dah memang kegemaran saya. Nak buat macam mana...

Bunga : Alah.... Awak bagi la sebab yang konkrit...

Kumbang : Sebenarnya saya suka sangat hisap madu awak sebab awak tak  pernah pun halang saya...Saya 
                  tidak pernah teringin pun nak buat macam tu. Tapi awak yang mula dulu..

Bunga : Apa yang saya buat? Saya rasa biasa je...

Kumbang : Awak sedar tak yang awak tu sangat cun. Pakaian awak, cara awak catwalk, makeup awak yang 
                  tebal-tebal tu membuatkan hati saya bergetar hebat...Bukan saya je macam tu... Cuba tanya 
                  kumbang-kumbang yang lain. Mesti mereka setuju dengan saya...

Bunga : Tapi, sebagai "seorang kumbang" yang dekat di hati saya, kenapa awak tak pernah tegur saya?
             Awak kan tahu betapa lemahnya saya. Saya kan dijadikan daripada tulung rusuk kiri yang bengkok. 
             Sepatutnya awak bimbing saya ke arah kebenaran...Awak kan bakal imam dalam keluarga....Tapi....

Bunga mula mengalirkan air mata penyesalan, Kumbang pula terdiam apabila menyedari kekhilafannya. Mereka berdua sedar bahawa gejala maksiat, kes buang bayi dan sebagainya tidak akan berlaku jika Kumbang dan Bunga faham akan peranan masing-masing. Faham akan batas-batas agama. Faham apa yang halal dan haram.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadi Kumbang yang soleh dan Bunga yang solehah.... InsyaAllah...

Monday 4 April 2011

Saya Malulah....

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Sifat malu sebenarnya dapat mendatangkan kebaikan kepada kita. Sifat ini juga merupakan sebahagian daripada iman. Dengan adanya sifat ini, kita akan berasa malu untuk melakukan kejahatan. Kita akan senantiasa berusaha untuk menambah amal kebajikan kita. Kerana apa? Kerana sifat ini menyebabkan kita takut akan Pencipta kita, Allah s.w.t. Sekiranya kita bersifat malu kepada Allah, kita akan berasa takut untuk menambah dosa. Kita sedar bahawa Allah s.w.t melihat setiap gerak-geri kita. Oleh itu, kita akan menjadi seorang yang sangat berwaspada dalam menjalani kehidupan seharian.

Namun begitu, jika dilihat pada situasi hari ini, keadaannya mungkin berbeza. Kebanyakan antara kita sudah mula hilang sifat malu ini. Buktinya, kes buang bayi makin meningkat dari setahun ke setahun. Kelab-kelab malam makin rancak menyajikan hiburan yang melalaikan kepada pengunjung-pengunjung setianya. Batasan aurat yang telah ditetapkan syara' makin dipandang enteng. Jika hendak disenaraikan segala maksiat yang mula bermaharajalela ini, mungkin lebih daripada satu "post" diperlukan.

Perkara-perkara maksiat menjadi bukti bahawa kita sudah semakin hilang sifat malu. Gadis-gadis menjadi malu untuk menolak maksiat apabila diajak oleh putera idaman mereka. Mengapa ini berlaku? Fikir-fikirkan... Pupuklah kembali sifat malu untuk menolak maksiat. Tetapi berani untuk menegakkan Islam yang tercinta...








Sunday 3 April 2011

PELIK tapi BENAR

Zaman sekarang zaman serba-serbi moden. Gaya hidup yang moden. Kereta yang moden. Rumah moden. Semuanya moden-moden belaka. Pakaian pun moden. Baik lelaki mahupun wanita. Apakah yang dimaksudkan dengan fesyen moden hari ini? Kalau dilihat pakaian tersebut mesti yang mengikut potongan badan, terbuka luas di mana-mana bahagian. Pendek kata boleh menmpakkan apa yang disembunyikan. Pakaian seperti itulah yang menjadi kebanggaan kebanyakan manusia hari ini.

Bayangkan di tengah-tengah khalayak yang berfesyen moden, terdapat seorang wanita yang dipandang sinis. Kerana apa? Kerana pakaiannya yang sangat pelik jika dibandingkan dengan mereka yang lain. Apa tidaknya... Pakaiannya terdiri daripada sehelai tudung akel, pakaian yang longgar dan tidak jarang, kaki yang ditutup rapi daripada pandangan ajnabi. Pelik bukan pakaian tersebut??? Langsung tidak moden mengikut kamus hari ini.

Pasti ada wanita-wanita yang menurut syariah Islam digelar kolot. Tidak mengikut peredaran zaman. Sanggup berpanas-panas dalam pakaian seperti itu. Sedangkan zaman sekarang "sangat terbuka" dalam berfesyen.

Sebenarnya inilah bukti bahawa Islam pada hari ini dianggap ghuraba(asing). Golongan yang berusaha untuk mengamalkan Islam sebaik mungkin dipandang pelik. Sebaliknya golongan yang langsung tidak berusaha mendalami Islam diagung-agungkan. Walaupun mereka dipandang pelik namun mereka sebenarnya golongan yang benar. Kerana mereka berusaha mengamalkan Islam mengikut syariat yang sebenar. Biarlah pelik pada pandangan manusia, tetapi benar mengikut syariah Islam...

Segala apa yang ditulis bukan sahaja merujuk kepada kaum wanita tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali...
Biar PELIK asalkan kita BENAR pada syariat Islamiah.....

Saturday 2 April 2011

Rezeki Masing-Masing...

Pernahkan anda mendengar frasa "rezeki masing-masing"?.... Pasti ada.....

Cuba fahami kronologi ini :- Allah telah menetapkan lubuk ikan kepada para pemancing. Oleh itu, setiap daripada mereka akan memperoleh jumlah ikan yang di lubuk tersebut. Maksudnya di sini, setiap orang akan memperoleh bilangan ikan yang berbeza.

Begitulah juga dengan rezeki kita. Allah s.w.t. telah menetapkan rezeki kita. Jadi, kita akan memperoleh rezeki tersebut mengikut apa yang telah ditetapkan Allah. Namun begitu, rezeki tersebut akan diperoleh dengan adanya usaha daripada kita sendiri. Bayangkan, di hadapan kita tersedia sepinggan nasi. Nasi itu rezeki bukan?    Bagaimana kita mahu memastikan nasi tersebut berada di dalam perut kita? Adakah kita hanya perlu memandang atau berusaha untuk mengambilnya dengan tangan? Fikir-fikirkan....!!!

Sesungguhnya, kita adalah makhluk yang benar-benar beruntung. Kerana apa? Sedarkah kita bahawa Allah s.w.t mengurniakan nikmat kepada kita untuk kita menambah pahala kita? Contoh nikmat tersebut ialah tangan. Dengan tangan kita mengiinfakkan harta kita ke jalan-Nya. Perbuatan tersebut InsyaAllah mendatangkan pahala kepada kita. Ibaratnya, seorang tuan rumah menghadiahkan rumahnya kepada kenalannya tanpa meminta sesen pun. Kenalan tersebut pula bertindak menjual kembali rumah tersebut kepada tuan rumah. Jika anda lihat di sini, siapakah yang mengalami kerugian? Siapakah yang untung? Yang rugi semestinya tuan rumah manakala yang untung adalah kenalannya. Sekarang, kaitkan pula kronologi tersebut dengan kita. Adakah anda rasa bersyukur sekarang??? Alhamdulillah....
Katakanlah, Alhamdulillah atas kurnian-Nya


Sunday 20 March 2011

mAri bErKuiz!!!


Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?

Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?

Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?

Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?

Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?

Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?

Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?

Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?

Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?

Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa  Rasulullah saw?

Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?

Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?

Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?

Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?

Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?

Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?

Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?

Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?

Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?

Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?

Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?

Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?

Jawab: Surah al-Ikhlash

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?

Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?

Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?

Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?

Jawab: Dalam 305 ayat.

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?

Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?

Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?

Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?

Jawab: Surah Saba '.

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?

Jawab: Surah al-'Alaq.

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?

Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?

Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?

Jawab: Surah al-Muthaffifin.

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?

Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?

Jawab: 4 surah..

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Nabi Musa as.

Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?

Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Isra'

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Siti Maryam.

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?

Jawab: Surah an-Nur.

Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?

Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?

Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?

Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?

Jawab: Burung Ababil.

Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?

Jawab: Nyamuk.

Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?

Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?

Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?

Jawab: Sa'id bin Jubair.

Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?

Jawab: Imam Ali as.

Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?

Jawab: Air susu.

Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Nyamuk.

Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?

Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?

Jawab: Tartil.

Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?

Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?

Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?

Jawab: Imam as-Sajjad as.

Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?

Jawab: Surah Yasin.

Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?

Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?

Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?

Jawab: Nahjul Balaghah

Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Huruf alif.

Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Huruf zha'.

Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?

Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?

Jawab: 25.500 huruf.

Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?

Jawab: 42 huruf.

Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?

Jawab: Di Makkah.

Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?

Jawab: Surah as-Sajdah.

Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?

Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?

Jawab: Surah Hud ayat 86.

Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?

Jawab: Surah Yasin.

Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?

Jawab: Surah Fathir.

Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?

Jawab: 13 tahun.

Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?

Jawab: Suara yang indah.

Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?

Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 90: Apakah zikir terbaik?

Jawab: Membaca Al-Qur'an.

Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?

Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56







Wednesday 16 March 2011

Aurat...

Sejak dari zaman kanak-kanak ribena lagi, kita sudah diajar bahawa aurat lelaki itu antara pusat hingga lutut(bukan pusat dan lutut). Aurat perempuan pula seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan(bukan tapak tangan ya). Apakah hukum menutup aurat? Semestinya wajib. Kerana kewajipan ini telah diberi penekanan dalam al-Quran. Jelas sejelas-jelasnya menutup aurat adalah WAJIB!!!...

Hmm.... boleh ke ceritakan aurat wanita yang tertutup tu kat orang lain seperti lelaki ajnabi(lelaki yang halal dikahwini)? Mungkin ada orang yang mengatakan tidak salah untuk berbuat demikian. Bagi mereka, cerita semata-mata, bukan tunjuk yang real pun. Sebenarnya, HARAM ceritakan aurat seorang wanita kepada lelaki ajnabi. Kerana apa? Kerana boleh menimbulkan fitnah. Fitnah yang bagaimana? Apabila kita menceritakan aurat seorang wanita kepada lelaki ajnabi, sudah tentu lelaki tersebut akan membayangkan apa yang didengarinya. Sterusnya, mungkin sahaja lelaki tersebut akan mula berkhayal. Khayalan itu pula boleh membawa kepada maksiat, siapa tahu. Begitu juga kalau aurat seorang lelaki diceritakan pada perempuan ajnabi. Perkara-perkara di atas boleh terjadi rentetan khayalan yang wujud. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga aurat kita dan sesama kita.

Tuesday 8 February 2011

Kitakah di barisan ke-12 itu?

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Di manakah kita pada hari kebangkitan tersebut? Mampukah amalan yang kita lakukan pada hari ini melayakkan kita untuk berada di barisan ke-12? Sekiranya kita tidak di barisan ke-12 itu, di barisan manakah kita akan berada? Fikir-fikirkan....