- Bulan di mana semua orang berusaha untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran.
- Tadarus Al-Quran.
- Nuzul Quran pada 17 Ramadhan ini.
- Di mana-mana sahaja dapat dilihat kebanyakan orang membawa Al-Quran bersama mereka.
Namun begitu, dalam keghairahan kita untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran, harus diingat bahawa kesucian Al-Quran hendaklah dijaga. Sebenarnya, objektif yang lebih utama ialah mencari redha Allah. Oleh itu, jika kita berjaya khatam Al-Quran, namun hukum tajwid, makhraj huruf dan sebagainya tidak diambil berat, tidak ada gunanya. Jika sekalipun kita gagal khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan ini namun berjaya memperbaiki mutu bacaan kita, itu lebih baik. Lebih elok lagi jika amalan ini diteruskan walaupun Ramadhan telah menutup tirainya. Selamat beramal...!
![]() |
رمضان شهر القرءان |
No comments:
Post a Comment