Sunday 24 June 2012

DnT

DnT tu apa? Dolce and Gabbana kot..tapi Gabbana tu G, bukan T. Takkan la Dolce and Tabbana. EH!?
Ha!! Kalau nak tau DnT tu maksud dia Dakwah dan Tarbiyah.  Bukan jenama yang mahal-mahal tu. So, hari ni nak coret-coret pasal DnT. JOM!!

Ada orang tak nak buat DnT sebab dia rasa takde sapa yang nak ikut apa dia cakap. Ada pulak yang bila dia start je DnT, semua orang pakat ramai-ramai nak condemm dia. Kesian dia. Mana yang kuat semangat tu, dia buat bodoh je apa orang cakap. "Lantak pi kat depa la. Asalkan tanggungjawab aku lepas." Tapi, mana yang lemah semangat tu, baru kena sembur sikit, terus tak nak terbabit langsung dengan DnT. "Kalau aku sibuk DnT, nanti semua orang tinggalkan aku. Baik tak payah la DnT ni."

Tapi kan, DnT ni wajib. DnT ni dah jadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam lebih-lebih lagi sejak kita dah takde sistem khalifah. Lagipun matlamat hidup kita ialah menjadi khalifah dan beribadah kepada Allah. Maka DnT itu salah satu ibadah yang perlu kita lakukan. Jika kita tidak buat, takut-takut nanti di akhirat apabila mereka yang tidak diberi DnT oleh kita disoal, kita dipersalahkan. "Orang ini tidak pernah memberi DnT kepadaku. Bagaimana aku mahu bertaubat?"

Justeru, kuatkan semangat, tanamkan azam dan bulatkan tekad untuk melaksanakan DnT. Memang akan ada dugaan yang perlu ditempuh. Sedangkan Rasulullah s.a.w. diuji, apalagi kita sebagai manusia biasa. Laksanakanlah walaupun berat. Sekurang-kurangnya tanggungjawab itu kita lakukan.

Firman Allah,
"Orang-orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka; tetapi (berkewajipan) mengingatkan agak mereka (juga) bertakwa."        (Al-An'am : 69)

Allah berfirman lagi,
"Dan (ingatlah) ketika  suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa."     (Al-A'raf : 164)

Maka, jom DnT. Tapi mesti ingat bahawa urusan mereka berubah atau tidak setelah DnT itu ialah urusan Allah. Kerana bukan kita yang pegang hati mereka, tetapi Allah. Kita juga tidak berdaya memegang hati kita sendiri. Peace!!


Saturday 23 June 2012

Aku nak jadi baik!

Sedang Rasya khusyuk menatap majalah fesyen terbaru, Myra datang duduk di sebelahnya.
"Aku rasa aku nak jadi baik la.." Myra membuka bicara.
"Bukan ke kau memang dah baik selama ni?" tanya Rasya dengan dahi berkerut.
"Aku rasa aku belum cukup baik lagi..ada lagi lompong-lompong."
"Lompong-lompong kebendanya? Kau kan memang baik dengan semorang? Apa lagi?"
"Aku rasa kosong kat dalam ni."(sambil tangan menunjuk ke dada)
"Maksud kau?"
"Aku rasa macam ada benda yang kurang."
 "Huh!? By the way, malam ni jangan lupa tau date kita kat tempat biasa."
"Hmm."
'Pelik la aku dengan budak ni. Buang tabiat ke apa?' terdetik hati Rasya.
..........................................

"Weyh, kau ni dah kenapa? Dari tadi menung je aku tengok?" tanya Irfan dengan suara yang tenggelam timbul dalam kerancakan bunyi muzik.
"Huhh.."
"Cite la kenapa? Mana tau aku boleh tolong." desak Irfan.
"Takde pape la weyh. Aku rasa penat je."
"Jom la join aku minum. Mesti kau happy balik. Nah!" Irfan menggoyang-goyangkan gelas berisi air kuning itu ke arahnya.
"No, thanks! Aku nak balik."
"Awalnya. Rileks la Myra. Malam masih muda ni." pujuk Irfan.
"Takpe la. Aku serious tak larat ni. Aku chow dulu!"
Myra terus berlalu meninggalkan kelab tersebut tanpa mempedulikan Irfan yang memanggil-manggilnya dalam keadaan separuh sedar itu.

...........................................

Baru sahaja Myra mahu melelapkan mata, Samsung S3 kepunyaannya berdering. Tertera nama 'Hubby'. 
"Hello sayang! Dah tidur ke? Sorry i kacau u tidur. I rindu sangat kat u la sayang!"
"I baru je nak tidur. U buat apa ni tak tidur lagi?"
"I tengah fikir pasal u la sayang. Sayang, I love U tau!"
"I love u too!"
Sejam kemudian baharulah Myra menamatkan perbualan dengan Hisyam, kekasih hatinya yang dicintai sepenuh hati. Mata yang tadi terasa berat dirasakan sukar untuk lelap kini. Entah mengapa, dia berasa kosong akhir-akhir ini. Akhirnya, dia terlena juga setelah memaksa matanya untuk tidur.

..............................................

Hari ini cuti. Seperti biasa, Myra mengonlinekan driri di Facebook dan Twitter. Rasya sudah hilang entah ke mana, dia tidak tahu. Dia mengushar timelime Faceboknya. Tangannya terhenti menggerakkan tetikus pada salah seorang rakannya yang telah jauh berubah. Pakainnya makin tidak mengikut trend, statusnya semua pasal dakwah. Selama ini Myra tidak pernah peduli dengan status kawannya itu, tetapi entah mengapa hatinya tergerak untuk stalk kawannya itu. 
Dia berasa tersentuh dengan salah satu status kawannya, "Being good in terms of Allah and Rasul is not a crime." -Versus from Hlovate- 

Sayup-sayup kedengaran azan berkumandang. Myra teringat bahawa sepanjang 20 tahun dia hidup di bumi Allah ini, hanya 3 tahun sahaja dia menunaikan solat. Itupun kejap solat kejap tak. Hatinya tergerak untuk bersujud kepada Yang Maha Esa kembali. Nasibnya baik kerana Allah masih belum menutup hatinya untuk bersolat. Dia berazam untuk tidak meninggalkan lagi solat mulai saat itu.

Usai solat, Myra bersiap-siap untuk keluar. Dia tidak sabar-sabar untuk mendapatkan novel Versus. Setelah mengenakan blaus lengan panjang dan seluar jeans Levi's, dia pun keluar dari biliknya. Namun, langkahnya terhenti di hadapan cermin. 'Seperti ada yang tak kena je kat aku. Tapi ape ek?'detik hatinya. Matanya memandang rambutnya yang tidak tertutp itu. 'Oh, aku tak bertudung!' Lalu Myra menelongkar kembali pakaiannya yang tersusun rapi di dalam almari. 'Nasib baik la ada tudung yang mak bagi masa mula-mula datang sini.' Setelah bertudung, Myra keluar meninggalkan rumah.

 .............................................

"Rasya, aku dah tau apa yang kosong kat hati aku ni." Myra berkata sambil tersenyum.
"Amende?"
"Aku dah lama hilang Allah. I don't want to lose Him twice. Aku nak jadi baik in terms of Allah and Rasul!"
"Apa kau cakap? Kau ni da hilang akal ke apa? Kau tu dulu bukannya baik sangat nak taubat tiba-tiba ni. Kau ingat Allah nak terima ke kaki kelab macam kau ni?"
"Rasya, apa kau merepek ni? Sampai hati kau cakap macam tu."
"What on Earth la Myra..dah la, aku nak blah. Boleh gila aku duduk dengan kau ni!!"

Setelah Rasya menghilang, Hisyam menghubunginya. 
"Hello sayang. I ada benda nak cakap dengan u sikit."
"Apa dia?"
"Tadi I macam nampak u kat MPH tadi. I nak tegur tapi takut salah orang."
"Kenapa pulak?"
"Sebab u nampak macam alienlah sayang pakai tudung tu. Takyah la pakai dulu. I malu la kalau orang nampak nanti."
"Ha? I taknak buka and i takkan buka!"
"Kalau u sayang i, buka la tudung tu. Please, sayang!!"
"No, i won't. Don't force me!"
"Fine! Kita clash! Pasal tudung yang apalah sangat tu, u nak gaduh kan? I dengan hidup i, and u go to hell with your life!"

Myra terhenyak di katil setelah apa yang berlaku. Dia berasa kesal dengan apa yang terjadi. Namun, dia berasa bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk kenal kembali Penciptanya. Dia sudah berasa sangat penat dengan hidupnya yang sia-sia selama ini. Cukuplah dengan apa yang telah dilakukannya selama 20 tahun hidup di bumi Allah.

'Biarlah aku hilang teman, biarlah aku hilang kekasih, biarlah aku hilang night life aku selama ni, asalkan aku tidak hilang ALLAH. Kerana aku nak jadi baik in terms of Allah and Rasul.' 
'If you forget Allah, Allah will make you forget about yourself.'
'Tunjukkanlah aku jalan yang lurus.'
'Bukakanlah pintu hati mereka yang masih belum tersedar untuk bertaubat kepadaMu Ya Allah. Amin.'

p/s: Coretan ni mungkin berulang-ulang kali pernah dibaca, tapi manusia itu sering lupa. Moga tidak bosan menghayatinya. Ingatlah, jadi baik in terms of Allah and Rasul is not a crime.(Hlovate). 



Thursday 21 June 2012

Kita Semua Sama je...

Bayangkan anda seorang yang jutawan, mempunyai paras rupa yang menawan lagi dabomb, punya akal yang bijak tak terhingga, punya segala-galanya yang orang lain takde. Anda masuk ke satu tandas awam yang penuh dengan mereka-mereka yang kenal anda. Ketika itu anda sedang sakit perut. Tanpa dapat ditahan lagi, anda terkentut dengan kuatnya. Dah la toilet tu bergema. Agak-agak orang kat luar tu dengar tak kentut anda tadi? Apa agaknya diorang cakap? Kalau saya di tempat mereka, saya akan berkata, "Mak aih orang kaya ni. Kentut pulak dia. Dah la 'wangi' gila!" Selalunya itulah yang akan orang perkatakan. Kalau anda di tempat mereka, tentu anda juga berkata macam tu. Apa pula perasaan anda yang berada di dalam toilet? Mesti anda malu semalu-malunya. Kan??? "Habislah jatuh maruah aku. Mana nak letak muka ni. Macam mana nak keluar ni!??" tu dialog yang akan keluar kat mulut anda.

Makanya, kalau anda seorang yang kaya-raya, cantik sampai kalau orang pandang anda boleh terhantuk langgar tiang, ada semua benda yang boleh buat orang lain jelous sampai terduduk, bijak anda mengalahkan Einstein, jangan sesekali rasa bangga diri. Sebabnya, kita semua ni sama saja. Kalau kentut, busuk jugak bau dia. Takde la pulak bau kentut tu ikut level banyak mana harta kita. Dan, bukan kecantikan atau kekayaan yang menjadi penentu kat mana kita di akhirat kelak. Apa yang menjadi penentunya ialah keimanan kita terhadap ALLAH s.w.t.

Sekian untuk kali ini. Ingat, jangan sombong dan bangga diri. Kalau mati, boleh masuk kubur, tanam mayat sendiri, silalah bangga diri. :)

Monday 4 June 2012

Agar Lenyap Dari Bumi


facebook


Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menentang kezaliman Bashar...See more with Peah and 9 others.

Like Comment  Share  10 hours ago


"Hmm..kenape ye kat Syria ni, macam budak-budak dengan perempuan yang banyak kena bunuh? Pening la fikir dari minggu lepas lagi, tak dapat-dapat jugak jawapan. Tanya Ayah la."

..................................................................................

"Ayah, kenapa kat Syria tu budak-budak dengan perempuan yang banyak kena bunuh?"
"Agar lenyap dari bumi ni."
"Err..tak faham. Apa yang lenyap?"
"Agar sesuatu suku kaum itu hilang lenyap dari bumi ini. Perempuan dibunuh agar zuriat mereka tidak lagi berkembang. Budak-budak dibunuh agar tiada lagi pejuang-pejuang di masa hadapan. Bila perempuan dan budak-budak dibunuh, yang tinggal nanti lelaki-lelaki dan orang tua-tua. Apa je orang tua boleh buat. Nak berperang lebih-lebih, dah tak larat. Yang lelaki pula hilang orang yang sentiasa memberi sokongan kat diorang iaitu isteri. Bila perkara tu berlaku, agak-agak boleh hilang tak suku kaum tu dari muka bumi ni?"
"Aah la..make sense."
"Contohnya dulu adakan satu suku kaum ni, kalau ayah tak silap, kaum Maya. Apa jadi dengan diorang sekarang? Dah takde kan dari muka bumi ni. Diorang pun kena macam tu la, budak-budak dengan wanita dibunuh."
"Baru sekarang faham."
"Dan sebab itu jugalah, Islam melarang untuk membunuh perempuan dan kanak-kanak ketika berperang.  Bukan sahaja sebab diorang tu insan yang lemah, tetapi juga untuk menjamin kesinambungan sesuatu suku kaum itu. Sebab Islam tidak kejam."
"SubhanAllah. Indahnya Islam itu."

p/s : Betapa indahnya Islam, segalanya sudah diatur Allah, Pencipta sekalian alam. :)