Sunday 24 June 2012

DnT

DnT tu apa? Dolce and Gabbana kot..tapi Gabbana tu G, bukan T. Takkan la Dolce and Tabbana. EH!?
Ha!! Kalau nak tau DnT tu maksud dia Dakwah dan Tarbiyah.  Bukan jenama yang mahal-mahal tu. So, hari ni nak coret-coret pasal DnT. JOM!!

Ada orang tak nak buat DnT sebab dia rasa takde sapa yang nak ikut apa dia cakap. Ada pulak yang bila dia start je DnT, semua orang pakat ramai-ramai nak condemm dia. Kesian dia. Mana yang kuat semangat tu, dia buat bodoh je apa orang cakap. "Lantak pi kat depa la. Asalkan tanggungjawab aku lepas." Tapi, mana yang lemah semangat tu, baru kena sembur sikit, terus tak nak terbabit langsung dengan DnT. "Kalau aku sibuk DnT, nanti semua orang tinggalkan aku. Baik tak payah la DnT ni."

Tapi kan, DnT ni wajib. DnT ni dah jadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam lebih-lebih lagi sejak kita dah takde sistem khalifah. Lagipun matlamat hidup kita ialah menjadi khalifah dan beribadah kepada Allah. Maka DnT itu salah satu ibadah yang perlu kita lakukan. Jika kita tidak buat, takut-takut nanti di akhirat apabila mereka yang tidak diberi DnT oleh kita disoal, kita dipersalahkan. "Orang ini tidak pernah memberi DnT kepadaku. Bagaimana aku mahu bertaubat?"

Justeru, kuatkan semangat, tanamkan azam dan bulatkan tekad untuk melaksanakan DnT. Memang akan ada dugaan yang perlu ditempuh. Sedangkan Rasulullah s.a.w. diuji, apalagi kita sebagai manusia biasa. Laksanakanlah walaupun berat. Sekurang-kurangnya tanggungjawab itu kita lakukan.

Firman Allah,
"Orang-orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka; tetapi (berkewajipan) mengingatkan agak mereka (juga) bertakwa."        (Al-An'am : 69)

Allah berfirman lagi,
"Dan (ingatlah) ketika  suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa."     (Al-A'raf : 164)

Maka, jom DnT. Tapi mesti ingat bahawa urusan mereka berubah atau tidak setelah DnT itu ialah urusan Allah. Kerana bukan kita yang pegang hati mereka, tetapi Allah. Kita juga tidak berdaya memegang hati kita sendiri. Peace!!


No comments: