Sunday 22 July 2012

Alah..esok ada!!

Adiq dan Rizal berehat-rehat sambil berbual setelah selesai menunaikan solat Terawih 20 rakaat.

"Esok Ramadhan dah nak mula. Aku ingat nak jadi baik la." Adiq membuka bicara.
"Bagus la kalau kau niat macam tu. Aku tumpang gembira."
"Aku dah lama dah nak berubah. Tapi aku memang nak tunggu Ramadhan datang, baru aku berubah."
"Eh, apasal macam tu pulak?"
"Yela, masa bulan Ramadhan kan syaitan takde. So, aku rasa inilah masa yang sesuai untuk aku berubah."kata Adiq sambil tersenyum.
"Boleh pulak macam tu. Macam mana kalau umur kau tak sampai Ramadhan esok ni?"
"Kau ni, cubalah bagi semangat kat kawan kau ni. Ada ke cakap macam tu."
"Takde la. Aku cakap benda yang betul. Kenapa kau mesti nak tunggu esok baru nak berubah? Kalau umur panjang, takpe. Kalau tak, rugi je weh."
"Kau ni memang nak kena hempuk la. Kau tengok je la nanti. Bermula Ramadhan ni, aku akan menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni, sampai bila-bila. Kau tunggu je la!"

Dengar-dengar itu
Beduk telah berbunyi
Sebulan berpuasa...


Lagu raya tidak henti-henti diputarkan di semua stesyen radio. Sempena Aidilfitri yang mulia, Rizal ke rumah Adiq untuk beraya.

"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam. Masuk la." pelawa ibu Adiq.
"Adiq, Rizal datang ni."
"Weh Rizal, selamat hari raya. Mintak maaf kalau aku ada salah kat kau. 0-0 eh?"
"Aku pun macam tu gak Diq. Kita 0-0.!"
"By the way,kau berjaya tak melakukan perubahan?"
"Err..belum lagi la Rizal. Aku rasa aku tak ready lagi la nak jadi baik ni. Aku rasa sekarang ni pun dah cukup baik kot."
"Memang la kau baik. Tapi baik in terms of Allah and Rasul, macam mana?"
"Err..yang tu nanti-nanti dulu la. Dah sampai seru, sku berubah la."
"Hari tu, kau jugak yang semangat nak berubah. Kau jugak yang kata Ramadhan takde syaitan. Ni ape cer?"
"Tu hari tu punya dialog. Hari ni, aku dah tukar dialog."
"Ingat weyh, mati itu pasti. Aku tak nak kau rugi je sebab tak berubah dari sekarang."
"Alah..aku muda lagi la. Esok-esok ada!"
"Sekarang ni syaitan dah ada balik. Macam mana?"
"Nak buat macam mana syaitan dah ada balik. Baru la mencabar kalau aku nak berubah. Tak gitu ke?"
"Haih kau ni. Perangai pun memang sama. Tak kira la syaitan tu ada ke takde. Aku harap kau tak bazir masa muda kau. Aku balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Hai, bila nak berubah ni? Alah, esok je la aku berubah!" Adiq berkata dalam hati.


Aiyoo! Bila macam ni berlaku, sapa kita nak salahkan? Nak salahkan syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk tidak berubah atau diri sendiri yang salah??

p/s : Selamat Menyambut Ramadhan. Tingkatkan ibadah di bulan mulia ini. :)



No comments: