Tuesday 11 October 2011

Take 5 sket..!

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni post santai je...Saya ada dua soalan.

Soalan 1: Apakah surah terpanjang dalam al-Quran?

Soalan 2: Apakah surah terpendek dalam al-Quran?




Jawapannye: 1) Al-Baqarah   2) Al-Kautsar

Friday 7 October 2011

PiliHan

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini saya berhajat untuk berkongsi ilmu yang saya dapat menerusi usrah. Alkisah mengenai pilihan. Dalam surah Al-Hajj iaitu surah ke 22, ayat 75. Saya menerangkan secara ringkas sahaja ayat tersebut. Ayat tersebut mengatakan bahawa Allah memilih utusan-utusannya daripada kalangan manusia dan malaikat. Apakah tugas manusia di muka bumi ini? Sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah. Seluruh manusia tidak kira muslim atau tidak memegang tanggungjawab yang sama sebenarnya. Sebenarnya, pilihan yang disebutkan dalam ayat ini merupakan peringkat pertama. Apakah pula peringkat kedua?


Kita lihat pula ayat 78 surah yang sama.


Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.


Maksudnya di sini, Allah membuat pemilihan kedua untuk meletakkan tanggungjawab yang lebih berat kepada insan-insan terpilih. Mereka inilah yang akan berjihad dengan sebenar-benarnya di jalan Allah. Namun begitu, Allah telah berjanji bahawa tidak akan membebankan mereka dengan bebanan yang tidak mampu dipikul untuk melunaskan tanggungjawab. Betapa beruntungnya mereka yang menjadi "The Chosen One" ini..Subhanallah.


Nak kongsi sket ni..: Dalam ramai-ramai sahabat Nabi, hanya 400 orang yang dikebumikan di Mekah. Selebihnya dikebumikan di merata tempat. Sebab apa? Hal ini menunjukkan bahawa mereka melunaskan tanggungjawab mereka sebagai khalifah yang berjihad di jalan Allah. Usaha mereka itu salah satu penyebab mengapa Islam sampai di negara kita hari ini. Alhamdulillah. Dapat merasa nikmat iman dan nikmat islam tu. 





Monday 3 October 2011

Critical Thinking!

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah atau tidak anda dihujani dengan soalan luar alam oleh non-muslim? Soalan luar alam yang saya maksudkan di sini ialah soalan yang mencabar KBKK anda?

Contohnya: Kenapa ada orang Islam ketika qiam, tangannya pada dada? bukan tu salah ke?

Jika anda diberi soalan begini, apakah jawapan anda? Mungkin ada sebahagian yang terus bernattoku (bersetuju) dengan soalan tersebut lantas mengiyakan. Bagaimana jika anda mengiyakan namun hakikat sebenar terdapat pelbagai pendapat mengenai soalan tersebut?

Justeru, di sinilah pentingnya untuk memiliki critical thinking ini. Jika kita dihujani dengan soalan-soalan atau pendapat-pendapat, jangan terus percaya bulat-bulat. Sila buat kajian terlebih dahulu. Barulah boleh percaya atau tidak. Hal ini kerana, umat Islam yang tidak mempunyai critical thinking ini sangat mudah dipengaruhi oleh orang lain. Oleh itu, marilah melatih minda kita menjadi critical thinking...


p/s: Tahniah kepada artis-artis Malaysia yang mula berubah ke arah kebaikan.semoga berterusan. InsyaAllah!