Monday 24 December 2012

Friendship Fillah!

"Hahaha...lawak gilos cerita ni..haila, penat aku gelak dari tadi."
"Ehem..ehem! Kau dah solat maghrib belum ni?
Aimi memandang Sofia yang sedang menanti jawapannya. Dia asyik menonton movie yang dipinjamkan oleh sahabat sekelasnya.
"He..he..belum lagi."
"Astaghfirullah..pergi la solat dulu. Cuba kau tengok jam tu, dah nak dekat pukul 8. Dah nak habis waktu maghrib."
"Ye la..ye la..aku gerak sekarang."
Aimi berjalan malas menuju ke bilik air. Sesudah berwudhu', dia menunaikan solat tergesa-gesa. 'Ada lagi dua episod nak habiskan ni..'
Sofia hanya mampu menggeleng. 'Semoga kau diberikan hidayah wahai sahabat.'

"Aimi, esok kau busy tak?"
"Tak busy kot. Kenapa?"
"Aku nak mintak kau teman aku pergi satu tempat ni.."
"Pergi mana?"
"Erm..adalah. Nanti aku bagitau. Tapi boleh tak temankan?"
"Yela..yela.."
"Yeay..sayang kau."

"Ni ke tempat yang suruh aku temankan tu??"
"Yup! Jomlah masuk."
Sofia menarik tangan Aimi yang teragak-agak untuk memulakan langkah ke dalam masjid tersebut.
Mereka lalu duduk didalam sebuah bulatan yang telah dibentuk oleh beberapa akhawat.
"Alhamdulillah, hari ini akak nak sharing pasal solat."
Tiba-tiba, hati Aimi bagai dijentik-jentik mendengar sharing itu. 'Ya Allah, apa aku dah buat selama ni?'

"Sofia, esok jangan lupa tau kita dating beramai-ramai kat masjid macam biasa."
"InsyaAllah, aku tak lupa. Sentiasa ingat."
Aimi semakin rajin mengikuti usrah. Dia juga mula berubah perlahan-lahan. Dia sering ingat pesan Sofia, "Drastikya perubahan itu tidak penting,tetapi apa yang penting adalah istiqamah."

"Aimi, uhibbuki fillah abadan abada."
Aimi hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Sofia itu pada suatu malam. Dia tidak mampu meluahkan kata-kata itu di mulutnya. Hanya isi hatinya sahaja yang membalas.


[credit]

   Percikan ombak yang mengenai wajahnya menyebabkan Aimi tersedar. Lama sungguh lamunannya di tepi pantai ini. Dari tadi dia duduk di atas batu besar ini, membuang pandang jauh ke tengah lautan. Hatinya rindu pada Sofia, namun apakan daya, dia tidak akan bertemu Sofia lagi. Sofia telah pergi meninggalkannya akibat sakit yang dipendam lama. Sofia, sahabat yang banyak membantunya mengenal Allah. Merubah dirinya sehingga menjadi Aimi yang baru. "Ana uhibbuki fillah abadan abada ya Sofia." Baru hari ini kata-kata itu mampu diluahkan. Tetapi sayang, Sofia tidak mendengarnya. Dia redha.

'Terima kasih ya Allah, kerana menghantar Sofia untukku. Moga kau tenang di sana sahabat.'

Rasulullah saw. bersabda, “Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.” (Abu Dawud dan Tirmidzi, hadits shahih)

Wednesday 12 December 2012

Peristiwa LRT

"KL Sentral. KL Sentral."
Fuh! Sampai jugak kat KL Sentral setelah melalui hampir 7 stesyen. Selepas ni ada lagi 7 stesyen nak kena lalu. Tadi naik KTM. Sekarang ni kena naik LRT pulak.
'Mak aih! Ramainya umat dalam LRT ni. Sah-sah takda tempat duduk. Berdiri la jawabnya.'
Sebaik sahaja saya berjaya mencelah ke dalam perut LRT, guruh mula berdentum. Saya berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku. Hujan semakin mencurah-curah membasahi bumi.

"Pasar Seni. Pasar Seni."
Seorang auntie berlari-lari masuk ke dalam LRT sambil mengepit sekaki payung. Dia juga berdiri seperti saya. Saya menanti sesiapa yang sudi bangun untuk memberikan tempat duduk kepada auntie itu. Walaupun saya panggil auntie, tapi saya kira kedut sudah mula kelihatan pada wajahnya.

5minit..10minit..

Takda siapa pun bangun. Sehinggalah dua stesyen berikut, seorang lelaki bangun kerana sudah tiba di destinasinya.  Auntie tersebut pun duduklah. Kesian dia, penat berdiri.

"KLCC. KLCC."
Semakin ramai di dalam perut LRT ini. Termasuklah seorang kakak yang sedang sarat mengandung. Saya yang sedang berdiri masih lagi menjadi penunggu setia. Menunggu insan-insan hebat yang sanggup berkorban tempat duduk mereka.

Tiba-tiba, auntie tersebut bangun lalu memberikan tempat duduknya kepada kakak tersebut. Saya hanya mampu memandang sambil menggeleng kepala. Bukan tidak ada orang muda di sekeliling tempat itu, tetapi ramai yang buat-buat tidak tahu. Ada yang berpura-pura tidur.

Mana akhlak kita? Perkara sesimple ini pun gagal dilaksanakan. Bayangkan ketika kita tua nanti, tiada siapa peduli akan kita. Kalau jatuh tepi jalan pun, sendiri la tanggung. Ingatlah, apa yang kita lakukan hari ini akan dibalas Allah suatu hari nanti. Walaupun bukan dengan cara yang sama. Yang pasti, balasan itu tetap ada. Semoga kita semua diberi kesedaran. InsyaAllah.