Wednesday 16 March 2011

Aurat...

Sejak dari zaman kanak-kanak ribena lagi, kita sudah diajar bahawa aurat lelaki itu antara pusat hingga lutut(bukan pusat dan lutut). Aurat perempuan pula seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan(bukan tapak tangan ya). Apakah hukum menutup aurat? Semestinya wajib. Kerana kewajipan ini telah diberi penekanan dalam al-Quran. Jelas sejelas-jelasnya menutup aurat adalah WAJIB!!!...

Hmm.... boleh ke ceritakan aurat wanita yang tertutup tu kat orang lain seperti lelaki ajnabi(lelaki yang halal dikahwini)? Mungkin ada orang yang mengatakan tidak salah untuk berbuat demikian. Bagi mereka, cerita semata-mata, bukan tunjuk yang real pun. Sebenarnya, HARAM ceritakan aurat seorang wanita kepada lelaki ajnabi. Kerana apa? Kerana boleh menimbulkan fitnah. Fitnah yang bagaimana? Apabila kita menceritakan aurat seorang wanita kepada lelaki ajnabi, sudah tentu lelaki tersebut akan membayangkan apa yang didengarinya. Sterusnya, mungkin sahaja lelaki tersebut akan mula berkhayal. Khayalan itu pula boleh membawa kepada maksiat, siapa tahu. Begitu juga kalau aurat seorang lelaki diceritakan pada perempuan ajnabi. Perkara-perkara di atas boleh terjadi rentetan khayalan yang wujud. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga aurat kita dan sesama kita.

No comments: