Saturday 2 April 2011

Rezeki Masing-Masing...

Pernahkan anda mendengar frasa "rezeki masing-masing"?.... Pasti ada.....

Cuba fahami kronologi ini :- Allah telah menetapkan lubuk ikan kepada para pemancing. Oleh itu, setiap daripada mereka akan memperoleh jumlah ikan yang di lubuk tersebut. Maksudnya di sini, setiap orang akan memperoleh bilangan ikan yang berbeza.

Begitulah juga dengan rezeki kita. Allah s.w.t. telah menetapkan rezeki kita. Jadi, kita akan memperoleh rezeki tersebut mengikut apa yang telah ditetapkan Allah. Namun begitu, rezeki tersebut akan diperoleh dengan adanya usaha daripada kita sendiri. Bayangkan, di hadapan kita tersedia sepinggan nasi. Nasi itu rezeki bukan?    Bagaimana kita mahu memastikan nasi tersebut berada di dalam perut kita? Adakah kita hanya perlu memandang atau berusaha untuk mengambilnya dengan tangan? Fikir-fikirkan....!!!

Sesungguhnya, kita adalah makhluk yang benar-benar beruntung. Kerana apa? Sedarkah kita bahawa Allah s.w.t mengurniakan nikmat kepada kita untuk kita menambah pahala kita? Contoh nikmat tersebut ialah tangan. Dengan tangan kita mengiinfakkan harta kita ke jalan-Nya. Perbuatan tersebut InsyaAllah mendatangkan pahala kepada kita. Ibaratnya, seorang tuan rumah menghadiahkan rumahnya kepada kenalannya tanpa meminta sesen pun. Kenalan tersebut pula bertindak menjual kembali rumah tersebut kepada tuan rumah. Jika anda lihat di sini, siapakah yang mengalami kerugian? Siapakah yang untung? Yang rugi semestinya tuan rumah manakala yang untung adalah kenalannya. Sekarang, kaitkan pula kronologi tersebut dengan kita. Adakah anda rasa bersyukur sekarang??? Alhamdulillah....
Katakanlah, Alhamdulillah atas kurnian-Nya


No comments: