Sunday 3 April 2011

PELIK tapi BENAR

Zaman sekarang zaman serba-serbi moden. Gaya hidup yang moden. Kereta yang moden. Rumah moden. Semuanya moden-moden belaka. Pakaian pun moden. Baik lelaki mahupun wanita. Apakah yang dimaksudkan dengan fesyen moden hari ini? Kalau dilihat pakaian tersebut mesti yang mengikut potongan badan, terbuka luas di mana-mana bahagian. Pendek kata boleh menmpakkan apa yang disembunyikan. Pakaian seperti itulah yang menjadi kebanggaan kebanyakan manusia hari ini.

Bayangkan di tengah-tengah khalayak yang berfesyen moden, terdapat seorang wanita yang dipandang sinis. Kerana apa? Kerana pakaiannya yang sangat pelik jika dibandingkan dengan mereka yang lain. Apa tidaknya... Pakaiannya terdiri daripada sehelai tudung akel, pakaian yang longgar dan tidak jarang, kaki yang ditutup rapi daripada pandangan ajnabi. Pelik bukan pakaian tersebut??? Langsung tidak moden mengikut kamus hari ini.

Pasti ada wanita-wanita yang menurut syariah Islam digelar kolot. Tidak mengikut peredaran zaman. Sanggup berpanas-panas dalam pakaian seperti itu. Sedangkan zaman sekarang "sangat terbuka" dalam berfesyen.

Sebenarnya inilah bukti bahawa Islam pada hari ini dianggap ghuraba(asing). Golongan yang berusaha untuk mengamalkan Islam sebaik mungkin dipandang pelik. Sebaliknya golongan yang langsung tidak berusaha mendalami Islam diagung-agungkan. Walaupun mereka dipandang pelik namun mereka sebenarnya golongan yang benar. Kerana mereka berusaha mengamalkan Islam mengikut syariat yang sebenar. Biarlah pelik pada pandangan manusia, tetapi benar mengikut syariah Islam...

Segala apa yang ditulis bukan sahaja merujuk kepada kaum wanita tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali...
Biar PELIK asalkan kita BENAR pada syariat Islamiah.....

No comments: