Monday 4 April 2011

Saya Malulah....

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Sifat malu sebenarnya dapat mendatangkan kebaikan kepada kita. Sifat ini juga merupakan sebahagian daripada iman. Dengan adanya sifat ini, kita akan berasa malu untuk melakukan kejahatan. Kita akan senantiasa berusaha untuk menambah amal kebajikan kita. Kerana apa? Kerana sifat ini menyebabkan kita takut akan Pencipta kita, Allah s.w.t. Sekiranya kita bersifat malu kepada Allah, kita akan berasa takut untuk menambah dosa. Kita sedar bahawa Allah s.w.t melihat setiap gerak-geri kita. Oleh itu, kita akan menjadi seorang yang sangat berwaspada dalam menjalani kehidupan seharian.

Namun begitu, jika dilihat pada situasi hari ini, keadaannya mungkin berbeza. Kebanyakan antara kita sudah mula hilang sifat malu ini. Buktinya, kes buang bayi makin meningkat dari setahun ke setahun. Kelab-kelab malam makin rancak menyajikan hiburan yang melalaikan kepada pengunjung-pengunjung setianya. Batasan aurat yang telah ditetapkan syara' makin dipandang enteng. Jika hendak disenaraikan segala maksiat yang mula bermaharajalela ini, mungkin lebih daripada satu "post" diperlukan.

Perkara-perkara maksiat menjadi bukti bahawa kita sudah semakin hilang sifat malu. Gadis-gadis menjadi malu untuk menolak maksiat apabila diajak oleh putera idaman mereka. Mengapa ini berlaku? Fikir-fikirkan... Pupuklah kembali sifat malu untuk menolak maksiat. Tetapi berani untuk menegakkan Islam yang tercinta...








No comments: