Tuesday 28 June 2011

Insan yang Bergelar IBU..!!!

"Kalau mak aku nak add aku kat fb, aku kena buat akaun lain,"kata Z.
"Mengapakah?"tanya Y.
"Nanti mak aku tau la apa aku buat, aku tak suka,"jawab Z.

Saya seringkali mendengar luahan sperti dialog di atas ini. Dialog-dialog seperti ini menyebabkan saya terfikir akan institusi kekeluargaan pada hari ini. Pada pendapat saya, dialog ini tidak seharusnya wujud. Sekiranya hubungan kita dengan ibu dalam keadaan yang baik, apa salahnya jika ibu kita menjadi sahabat di akaun laman sosial kita. Tidak ada silapnya jika seorang ibu ingin mengambil tahu akan aktiviti kita dengan sahabat-sahabat. Itu tandanya bahawa masih ada orang yang mahu mengambil berat akan kita. Lebih elok jika kita bersikap jujur dengan ibu. Tidak guna jika kita ingin menyorokkan sesuatu daripada pengetahun ibu. Naluri seorang ibu tetap dapat membaca apa yang cuba disembunyikan.

 Bayangkan jika suatu hari nanti, tidak ada lagi insan yang bergelar ibu. Tidak ada lagi suara yang bertanya itu dan ini kepada kita. Siapakah yang masih mahu mengambil berat akan kita.? Samakah ibu kita dengan insan lain? Pada saat itu, barulah kita sedar akan betapa pentingnya kehadiran ibu dalam hidup kita. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Tidak ada gunanya lagi. Oleh itu, gunakanlah peluang yang  masih ada untuk berbakti kepada ibu. Tanpa ibu, siapalah kita....

Ciumlah pipi dan dahi ibu anda, peluklah beliau seerat-eratnya, bisikkanlah SAYA SAYANG IBU..IBULAH IBU SAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT...InsyaAllah.... 


No comments: