Wednesday 15 June 2011

MukAshi to GenZai...(dulu dan kini)

Bismillahirrahmanirrahim...

  Kalau difikirkan kembali, bagaimanakah orang zaman dahulu dan hari ini mencari ilmu? Nampak ke perbezaannya.? Atau sama sahaja?

  Orang pada zaman dahulu sanggup bersusah payah untuk mencari ilmu. Walaupun terpaksa mengerah keringat, mengorbankan masa, mereka tetap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu tersebut. Contohnya, pada zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat sanggup menempuh pelbagai halangan, rintangan mahupun dugaan untuk mendengar dakwah Rasulullah s.a.w. yang diadakan di rumah al-Arqam.

  Cuba lihat pula bagaimana datuk, nenek atau moyang kita menuntut ilmu. Mereka juga mengalami pelbagai kesukaran untuk mendapatkan ilmu tersebut. Lebih-lebih lagi, apabila negara kita mula dimasuki penjajah, ilmu agama itu semakin sukar diperoleh. Hal ini berlaku disebabkan wujudnya campur tangan penjajah dalam sistem pendidikan negara.

  Namun begitu, hari ini pada saat ilmu itu sangat mudah dicari, tidak ramai yang berminat untuk berbuat demikian. Pada era millenium, zaman penggunaan teknologi yang berlakunya anjakan paradigma dari hari ke hari, segala maklumat di hujung jari, semakin bertambah rasa malas untuk mencari ilmu. Sepatutnya, kita yang berada pada zaman ini mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Sentiasa berkobar-kobar untuk menambah ilmu di dada. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.

  Sekiranya umat Islam mempunyai semangat yang tinggi dalam menuntut ilmu, maka 10 orang yang terkaya di dunia adalah pengikut Rasulullah s.a.w. Senarai 100 orang yang cemerlang SPM, PMR mahupun UPSR terdiri daripada bin dan binti. Namun, disebabkan kelemahan orang Islam pada hari ini, penganut agama lain menguasai dunia.

  Ingatlah,     طلب العلم فريضة على كل مسلم

Melentur buluh biarlah dari rebung

No comments: