Sunday 14 October 2012

PengAKHIRan kita BAGAIMANA?

"Assalamualaikum Encik X. Encik bapa kepada Y bin X ke?"
"Ye saya. Siapa yang sedang bercakap ni?"
"Saya Inspektor Z. Anak Encik X berada dalam tahanan kami sekarang atas sebab merempit. Harap encik dapat hadirkan diri ke balai."
"Ye lah..ye lah..saya datang sekarang."
"Terima kasih encik."

"Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku."
"Maaflah pak. Saya janji tak buat lagi."
"Janji..janji..janji! Tu je yang kau tau sebut. Buatnya tak reti. Hidup menyusahkan orang, mati nanti pun menyusahkan orang agaknya."


Adakah anda pasti bahawa seseorang yang berperangai buruk ketika hidupnya akan mati sebagai seorang yang dikeji juga? Adakah anda juga pasti bahawa seseorang yang terkenal dengan sifat yang baik akan mati sebagai seorang yang disanjung?

Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Boleh jadi kita mati dalam keadaan sempat mengucap kalimah syahadah. Boleh jadi juga kita mati dalam keadaan sedang meneguk arak. Nauzubillah. Ada orang yag ketika hayatnya, asyik dikeji. Tetapi urusan kematiannya dipermudahkan Allah. Ada juga orang yang hayatnya sentiasa disanjung, tetapi jenazahnya tidak dikunjung. Sesungguhnya Allah s.w.t.  itu berkuasa untuk menjadikan segala sesuatu. Sebagai seorang hamba, kita mesti sentiasa berdoa agar kita mendapat husnul khatimah.

Beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari. Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seratus tahun lagi.

Semoga kita semua mendapat husnul khatimah. InsyaAllah.

Al-Fatihah buat mereka yang telah menuju ke alam barzakh.

No comments: