Saturday 11 August 2012

illuminati??so??

Olimpik London 2012 sudah hampir melabuhkan tirai. Majlis perasmiannya menjadi perbualan yang hangat. Ramai yang memuji. Hasil tangan pengarah Slumdog Millionare, kemunculan nama-nama hebat pada majlis tersebut meletakkan Perasmian Olimpik London 2012 antara yang perlu diingati sepanjang zaman.

Namun begitu, tidak kurang juga yang mengutuk. Dalam kalangan umat Islam, tiba-tiba heboh majlis itu dikatakan mengutuk Islam. Majlis itu dikatakan rancangan illuminati. Maka, ramailah umat Islam yang bersuara mengutuk majlis itu. Secara keras, terang-terangan, dan sorok-sorok.

Tetapi, ini apa yang saya rasa. Sebagai seorang umat Islam, siapa saja yang tidak berasa marah jika agama dijadikan bahan senda? Sedikit sebanyak mesti terasa punya. Namun begitu, kita kena fikir kembali beberapa perkara.
 1) Majlis tersebut diadakan di mana? Di London.
 2) London tu agama rasminya Islam ke? Tidak.

Daripada dua soalan tadi, saya dapat simpulkan beberapa perkara. Sebelum itu, saya ada soalan. Sebagai seorang yang beragama Islam, adakah kita berasa bangga dengan agama kita? Secara lojiknya, mestilah ya. Maka, adakah perasaan bangga itu akan menyebabkan kita cuba menonjolkan agama kita pada agama lain? Secara sedar atau tidak, mesti ada. Maka, seperti itu juga dengan orang yang bukan Islam. Mereka juga ada perasaan bangga terhadap agama mereka. Mereka juga ingin menonjolkan agama atau pegangan mereka kepada kita. Jadi, sebenarnya sama sahaja kita dan mereka.

Dalam Islam, kita buat usrah. Mereka pun ada usrah juga. Kita berusaha menyampaikan dakwah, ajak orang bukan Islam untuk peluk Islam. Mereka pun macam tu juga. Mereka pun sedang menggerakkan dakwah mereka. Mereka juga berusaha mengajak orang lain memeluk agama mereka. Contohnya, penganut Yahudi. Mereka sangat berusaha keras dalam melakukan apa yang dituntut dalam kitab mereka dan sangat bersungguh-sungguh meninggalkan apa yang ditegah. Oleh itu, jangan salahkan semangat mereka menonjolkan agama dan pegangan mereka. Anggap itu sebagai 'wake up call' untuk kita membaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.

Jika kita mengaku kita seorang umat Islam yang pantang jika Islam dicaci, maka jangan hanya berdiam diri. Jangan hanya pandai memaki kembali. Buktikan kita produk Islam yang berjaya duniawi dan ukhrawi. Bersama-sama kita teguhkan diri dengan Islam yang hakiki. Barulah kita boleh berbangga diri bahawa kita umat Islam yang sejati. InsyaALLAH. =)


2 comments:

sea_lavender said...

perkongsian yg membuka minda :)
syukran jazakaallah khairan ;)
teruskan berkongsi agar dmnafaatkan bersama ;)

IR. Adibah Mazwar said...

afwan sis..
insyaAllah.. :)