Friday 4 February 2011

Niat anda bagaimana???

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُول اللهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.

Hadis ini diriwayat berdasarkan kisah hijrah Ummu Qais. Diriwayatkan bahawa terdapat seorang lelaki yang menyertai penghijrahan umat Islam. Beliau menyertai hijrah tersebut kerana terdapat seorang gadis yang dicintainya di negeri yang bakal dituju. Beliau telah meneapkan dalam hati bahawa beliau ingin mengahwini gadis tersebut apabila tiba di di negeri tersebut. Kerana niat ini, beliau telah digelar berhijrah kerana Ummu Qais. Betapa ruginya hijrahnya. Sia-sia sahaja kerana tidak diniatkan kerana Allah.

Niat penting kerana membezakan antara adat dan ibadat. Maksudnya di sini, sekiranya kita tidur diniatkan kerana Allah, maka tidur itu menjadi satu ibadah. Jika tidak diniatkan, maka tidur itu adala satu adat yang hari-hari kita lakukan.

Justeru, dalam konteks hari ini, apakah niat kita sebenarnya? Contohnya, kenapa anda hendak belajar di Jepun? mungkin jawapan-jawapan tersebut akan keluar dari mulut kita. Sesungguhnya, kita akan dapat apa yang kita niatkan. Kerana kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkannya.

Seharusnya, kita hendaklah memasang niat kerana Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan. Hal ini kerana, Allah Maha Besar. Sekiranya kita niatkan untuk sesuatu yang besar, kita akan berusaha untuk dapatkannya. Maka, apabila kita berjaya mendapatkan yang besar itu, niat kita akan dapat memenuhi perkara-perkara yang kecil. InsyaAllah. Untuk itu, usaha yang gigih amat diperlukan. Tidak ada suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan dalam dunia ini. Maka, berusahalah dan beristiqamahlah untuk mencapai NIAT KERANA ALLAH...

No comments: