Friday 4 February 2011

Apakah tujuan hidup anda?


Sekiranya kita ditanya mengenai tujuan hidup kita di atas muka bumi ini, apakah yang akan keluar dari mulut kita? Saya percaya pelbagai jawapan akan diberikan. Ada yang mengatakan untuk mencapai impian. Ada juga yang mengatakan untuk mengumpul harta. Banyak lagi jawapan yang akan diberikan.

Namun, sedarkah kita bahawa kita diciptakan atas dua tujuan, menjadi khalifah dan beribadah kepada Allah. Tujuan ini telah pun dinyatakan dalam al-Quran. Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah? Khalifah ialah ketua, pemimpin dan lain-lain yang membawa erti yang sama dengannya. Hal ini bermaksud, khalifah juga berperanan untuk mengajak ke arah kebenaran dan mencegah kepada kemungkaran.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya ; “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman.”

Tujuan kedua kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Pencipta kita, Allah s.w.t. Beribadah kepada Allah juga merupukan hukuk al-'ibad iaitu hak hamba kepada Pencipta. Ibadah ibarat cara kita berterima kasih kepada Allah atas segala kurniaan-Nya. Contohnya, kita telah membantu seorang rakan kita yang susah sehingga menjadi senang. Apabila dia telah berjaya, dia lantas melupakan kita. Apakah perasaan kita ketika itu? Kecewa bukan? Begitulah juga kita sebagai hamba Allah.

Justeru, adakah kita telah sedar tujuan sebenar kita diciptakan? Fikir dan renungkan... InsyaAllah...

No comments: